Seawal pukul 5.30 pagi, kami semua telah bangun bersiap sedia untuk memulakan kayuhan pada hari ini. Kami bertolak ke dataran Simdex pada pukul 6.40 pagi dan tiba 10 minit kemudian. Setiba disana, sudah ramai peserta-peserta jamboree bersiap sedia dengan jentera masing-masing. Kelihatan peserta-peserta mundar-mandir sambil memanaskan badan. Setelah segala kelengkapan disiapkan, kami bergerak ke tempat permulaan. Setiba di sana, kami lihat telah ramai peserta menunggu di garisan permulaan. Kami berada dikelompok tengah dengan dianggarkan lebih kurang 800 orang peserta kali ini.
No.Plate Sri Iskandar MTB Exploration 2010
Bersiap sedia sebelum kayuhan
Tajul, Nazmi & Nuar
Garisan Permulaan
Bacaan Doa Sebelum Kayuhan Bermula
Kayuhan Jamboree Bermula
Kelihatan committee SIT mula menampalkan sticker untuk Check Point 1. Setelah “briefing” mengenai trek laluan dan keselamatan diberikan oleh pihak penganjur, kami pun dilepaskan dengan siren angin tepat jam 7.35 pagi. Sejurus siren dibunyikan peserta mula meluru memulakan kayuhan. Suasana meriah sambil tempikan suara oleh para pengunjung untuk memberikan kata-kata semanggat menjadikan keadaan menjadi meriah. Pemulaan kayuhan dengan jumlah peserta yang ramai melambatkan kayuhan. Tetapi dengan bantuan pihak polis yang menjaga disetiap simpang dan laluan memudahkan pergerakan kami disepanjangan laluan tarmac. Laluan sepanjang 8.3 kilometer dengan melalui Bangunan Pentadbiran Sri Iskandar dan kawasan perumahan. Laluan tarmac berbukit melambatkan kayuhan para peserta.
Laluan Off Road Bermula
Setelah lebih kurang 20 minit melalui jalan tarmac, kami pun dihidangkan dengan laluan off road kelapa sawit. Pendakian bermula. Kelihatan semua peserta masih gagah untuk meneruskan kayuhan. Tetapi ada juga yang tewas semasa mendaki bukit kedua. Tolakan basikal bermula. Kayuhan semakin perlahan. Sesampai di puncak, downhill pertama memang mengujakan.
Pendakian Bermula......
Di sini, satu kemalangan telah berlaku di hadapan aku. Nuar hampir-hampir melanggar seorang peserta yang terjatuh semasa menuruni bukit pasir dan berbatu. Aku hampir melanggar basikalnya yang terbabas. Mujur aku dan Nuar dapat mengelak. Laluan downhill aku pergunakan sepenuhnya, sehingga kelajuan mencecah 47.0km. Sejurus selepas itu, laluan landai ladang kelapa sawit ditempuhi. Di sini kayuhan aku dan Nuar kembali laju dan bertenaga. Laluan pasir dan berdebu serta sedikit tompokan takungan air disepanjang laluan.
Laluan Trek Kebun Getah
Laluan seterusnya, bukit botak menuju check point ke-2. Laluan disini lebih terbuka tanpa litupan pokok. Mujur cahaya matahari belum sampai ke kepala. Di sini aku dan Nuar, menolak basikal kerana tidak mahu membuang tenaga kerana perjalanan masih jauh. Bard, Josh & Azam sudah jauh ke depan tidak kelihatan. Semasa mendaki aku terserempak dengan Wak & Tajul. Di belakang kami masih terdapat Ain & Nazmi yang masih belum kelihatan.
Kaki Bukit Botak....menuju Check Point Kedua
Setiba di puncak bukit botak (check point 2) kami dihidangkan dengan air mineral untuk menghilangkan dahaga. Aku dan Nuar mengambil kesempatan untuk membasahkan kepala & badan. Dari puncak bukit botak, laluan downhill agak curam dan berpasir. Pengunaan brek adalah penting bagi mengelakkan basikal terbabas atau tertonggeng ke hadapan.
Turun Downhill Selepas Chech Point Kedua
Setelah menuruhi bukit, sekali lagi kami dihidangkan dengan beberapa lagi bukit. Bak kata peserta lain….bukit..bukit…bukit… jea….
Tolak Basikal....
Tidak dinafikan memang bukit sahaja laluan menuju check point 3. Setelah keluar dari kawasan kepala sawit, kami memasuki laluan tarmac. Kalau tak silap Jalan Ipoh-Lumut. Tetapi kami hanya melintas jalan sahaja. Laluan kepala sawit disambung semula. Pendakian kali ini amat memenatkan. Di laluan ini ramai peserta hanya mampu menolak basikal sahaja. Speedometer Cateye aku menunjukkan jarak 28.8 kilometer. Di sini aku terserempak dengan Azam yang sedang mengalami kekejangan. Bukan senang nak tengok Azam mengalami kekejangan.
Setelah berihat selama 10 minit bersama peserta yang lain, aku, Nuar, Azam & Wak meneruskan kayuhan menuju ke check point 3. Tolakan bermula lagi dan sedikit kayuhan. Akhirnya kami pun sampai di check point 3 pada pukul 10.35 pagi. Hidangan air 100 Plus + Air Mineral & Buah Epal. Terasa nikmat dapat memakan buah epal di atas bukit sambil melihat bukit botak (check point 2) sayup di atas bukit. Di sini kami dapat melihat laluan downhill kami semasa menuruni check point 2. Sungguh curam & merbahaya. Semasa kami berihat, Ain, Azam, Nazmi & Tajul mula muncul. Kami bersama kumpulan kembali tetapi tanpa Josh & Bard. Umar ARB dan rakan-rakanya juga telah sampai. Setelah aku men”refill” air 100 plus ke dalam CamelBack aku, kami pun meneruskan kayuhan.
Pemandangan Bukit Botak dari Bukit Check Point Ketiga
Check Point Ketiga....
Makan Epal...
Downhill dilaluan ini memang best untuk dilayan. Akibat teruja dengan trek downhill tersebut, kelajuan aku menjejah 53 kilometer/sejam. Teruja sungguh…..
Setelah sampai di kaki bukit…. apa lagi…panjat bukit lagi lah kami… laluan berbukit menguji kami lagi. Kepenatan terasa kembali. Di sini aku mula berkayuh secara solo. Rakan-rakan lain berada di belakang.
Setelah menuruni anak tangga sambil memikul basikal serta memasuki laluan road tarmac, aku pun memasuki laluan trek balak. Laluan yang aku jangkakan pasti agak mencabar fizikal. Memasuki permulaan laluan trek balak, aku terpesona dengan keindahan hutan belukarnya. Sejurus selepas itu, adalah tempat untuk refill air. Aku membasahkan badan dan meneruskan semual kayuhan. Laluan yang sunyi serta keadaan hutan yang nyaman serta bunyi unggas-unggas hutan. Terdapat kolam-kolam air yang menggenelamkan pokok-pokok hutan, ala-ala Tasik Kenyir.
Laluan Trek Balak....4 Kilometer
Tapi tidak banyak gambar yang dapat aku ambil dari camera aku, disebabkan keadaan yang letih hingga aku menjadi malas, ditambah pula aku keseorangan semasa ini. Setelah 2 bukit didaki sampailah aku di check point 4. Semasa ini aku hanya mampu menolak basikal sahaja disebabkan kecuraman bukit yang sukar untuk ku daki. Dipertengahan bukit, committee SIT bersama motor scrambler tersenyum memberi semanggat. Aku hanya mampu tersenyum. Setelah 4 kilometer mengharungi trek balak. Aku pun memasuki laluan ladang kelapa sawit. Di sini kayuhan aku bertenaga semula setelah melihat GPS di handle bar aku menunjukkan laluan ke UTP tidak berapa jauh lagi. Setelah bukit yang terakhir di tawan, aku pun dapat melihat pemandangan di kawasan kampus UTP. Laluan landai batu gravel menambah kelajuan aku. Di sini aku terserempak dengan Abg.Rahim ARB yang berkayuh secara solo. Sempat jugak aku bertanyakan tentang persiapan group ARB untuk HASH KLMBH di Tasik Puteri pada April nanti. Kami melalui kawasan kampus UTP sambil dipantau oleh Pengawal Keselamatan universiti. Sebelum keluar dari kawasan UTP, check point yang terakhir di pintu pagar no.8. Setelah sticker CP5 ditampal di Plate No., kepuasan sungguh terasa. Kayuhan berbaki 3 kilometer lagi untuk menuju semula ke Dataran Simdex. Aku sampai di garisan penamat pada pukul 12.55 tengahari dengan rangking di tempat 265 daripada 800 orang. Pada aku, kedudukan rangking bukanlah segala-galanya, tetapi berjaya menamatkan kayuhan tanpa berlaku sebarang kecederaan yang tidak diingini lebih dari segala-galanya. Medal Sri Iskandar berjaya dikalungkan dileherku. Tidak lama selepas itu, aku lihat Nuar sedang menuju ke garisan penamat.
Secara keseluruhannya, trek jamboree kali ini sungguh menyeronokan dan mengujakan. Walaupun terdapat banyak laluan berbukit tetapi kepuasan memang tidak dapat dinafikan. Downhill yang menyeronokan walaupun merbahaya tetap memberikan kepuasan yang sebenar.
Motor Berkuasa Tinggi
Dapat Hamper...Cabutan Bertuah
Hadiah Cabutan Bertuah....
Tahniah kepada pihak SIT kerana berjaya menganjurkan jamboree yang terbaik untuk semua peminat-peminat mountain bike. Semoga team-team lain yang berhajat untuk menganjurkan jamboree di tempat mereka dapat mengambil sedikit pengalaman dan nasihat dari pihak penganjur.
Laluan Trek Sejauh 51 Kilometer
Akhir kata.. SYABAS….dari kami (Prima Riders Cycling Club, PRCC) kepada SIT kerana berjaya menganjurkan Sri Iskandar MTB Exploration 2010…..
-SEKIAN-