Malaysian Gold Jamboree 2011 mencipta sejarah di dalam Malaysia Book of Record dengan penyertaan yang paling ramai setakat ini iaitu 2600 penyertaan. Bertempat di Bukit Merah Lake Town Resort, acara ini telah berjalan dengan jayanya. Program yang telah dianjurkan oleh Biro Sukan Pemuda Umno Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan.
Distance : 45.7Km
Moving Time : 2 hour 36 minutes
Stopped Time : Zero
Max Speed : 58.8 Km/hour
Moving Avg : 17.5 km/hour
No. Plate...2238
Peserta di Starting Point....
Tempat acara jamboree berlangsung...
Puncak Jamboree....letih mendaki kat area nie...dah nak sampai penamat kena mendaki menuju Lake Town Resort...
Berjaya menamatkan kayuhan...
Solo lagi.....
Acara membasuh basikal...
Anak kesayangan datang membantu....
Medal... Malaysian Gold Jamboree
Laluan trek sejauh 46.7 kilometer
Laluan kali ini agak landai dan kurang berbukit....tapi sedikit pendakian di saat akhir menuju garisan penamat
Secara keseluruhannya, jamboree kali ini agak berjaya walaupun terdapat kelemahan yang perlu diatasi. Rata-rata kebanyakan peserta melahirkan perasaan tidak puas hati semasa di starting point. Untuk penganjur, tindakan mengarahkan peserta yang berada di bahu-bahu jalan ke garisan permulaan merupakan tindakan yang sia-sia sahaja. Perkara ini telah banyak kali berlaku semasa jamboree yang lepas. Sepatutnya, tempat yang lebih luas serta kawasan permulaan yang dipalang dengan pagar seperti di Jerai Jamboree perlu diambil perhatian. Ini kerana penyertaan kali ini mengundang jumlah yang ramai dan segala kemungkinan perlu dijangkakan.
Laluan trek yang landai serta kurang berbukit mungkin sesuai untuk keadaan musin hujan pada ketika ini. Segulung tahniah kepada pihak penganjuran kerana berjaya menjayakan jamboree kali ini dengan sebaik mungkin...Syabas!!!