Sunday, 29 April 2012

Jasin S2H Jamboree 2012 (43Km) - 29 April 2012

Jasin S2H Jamboree 2012 merupakan penganjuran kali ke-2 oleh J Bikerz dan kali ini bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin. Seramai 2,300 penyertaan dan merupakan salah satu jamboree yang mendapat penyertaan terbanyak pada tahun ini. Berbanding dengan tahun lepas, penyertaan kali ini bertambah sekali ganda, ini mungkin kerana kejayaan pada penganjuran yang lepas. Lokasi jamboree memang cukup sesuai kerana mempunyai ruang yang luas serta selesa.

Distance : 43.2 Kilometer
Moving Time : 2 hours 36 minutes
Stopped Time : 9 minutes 37 seconds
Max Speed : 54.3 km/hour
Moving Avg : 16.5 km/hour


Seramai 2300 orang pengayuh bersedia untuk memulakan kayuhan...

Bersama Fairuz....



Tajul....

Di starting point....




Offroad...



Menuju Check Point 2....




Lagi 1 kilometer saja....

Menuju ke IPD Jasin...

Menuju finishing line... terpaksa beratur menunggu giliran untuk ranking number....

Terbaik....


Sampai di garisan penamat...


Bersama anak-anak...

Hadian lucky draw menunggu para peserta...

Bersama Bro Ayub Cyclemotion semasa hari mengambil goodies...
(Harap-harap Plentong Epic Ride tahun ini dapat dianjurkan seperti tahun sebelumnya...)

Jarak keseluruhan trek...43 kilometer...

Vertical profile palling tinggi...pada ketinggian 462.9ft dapat jarak 12.7 kilometer (di Bukit Langsat)

Secara keseluruhannya, trek yang disediakan memang cukup menarik dan mencabar. Pendakian di Bukit Langsat serta downhill yang cukup teruja dan menyeronokan. Segala persiapan seperti marking signage yang jelas serta mudah dilihat, water station yang penuh dengan bekalan air serta marshall yang cukup prihatin dan mengambil berat tentang keadaan peserta dan juga laluan trafik yang dikawal sepenuhnya oleh pihak polis. Walaupun dengan jumlah peserta yang ramai, tetapi acara kali ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Tahniah serta pujian kepada Jasin Bikerz diatas penganjuran yang terbaik dan harus dijadikan contoh oleh penganjur yang lain.... Bravooo... Jasin Bikerz...tahun depan akan datang lagi...

Wednesday, 25 April 2012

Jasin S2H Jamboree 2012

Jasin S2H Jamboree 2012 merupakan penyertaan kali ke-2 setelah tahun lepas acara ini berjalan dengan jayanya. Jika pada tahun lepas acara ini diadakan di Stadium Jasin tetapi pada kali ini IPD Jasin menjadi pilihan lokasi oleh pihak J Bikerz. Jika penyertaan pada tahun lepas sekitar 1200 orang tetapi kali ini penyertaan telah mencecah seramai 2300 orang. Jamboree pada kali ini merupakan salah satu jamboree yang mendapat sambutan paling ramai pada tahun ini. Diharapkan perjalanan jamboree kali ini berjalan dengan lancar dan teratur serta segala persiapan diuruskan dengan teliti dan rapi supaya dapat menampung jumlah peserta yang ramai.

Tarikh : 29 April 2012
Masa : 8.00 pagi ~ 3.00 petang
Lokasi : Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin
Coordinate : 2.29094,102.406311
Jarak Trek : 45 kilometres ++

Berikut merupakan ulasan pada tahun lepas (2011) :

http://primariders.blogspot.com/2011/05/jasin-s2h-jamboree-2011-29-may-2011.html



Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka


T-Shirt Jamboree....

Grand Prize Lucky draw....

Profile trek yang akan diharungi sejauh 45km....

Lucky Number...81

Sunday, 22 April 2012

Putrajaya MTB Jamboree 2012 - 21 April 2012

Putrajaya MTB Jamboree telah berlangsung di Wetland Park, Putrajaya dan telah dianjurkan oleh Red Adventure Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya. Penyertaan lebih kurang seribu orang pengayuh dengan jarak kayuhan sejauh 30 kilometer merangkumi Taman Wetland, Taman Botani serta Taman Rimba Alam. Kayuhan landai serta rata dan hanya terdapat climbing berlumpur di Taman Rimba Alam.

Distance : 30.3 Kilometer
Moving Time : 1 hour 52 minures
Stopped Time : 3 minutes 45 seconds
Max Speed : 36.6 km/hour
Moving Time : 15.4 khm/hour


Bergambar sebelum kayuhan bermula...

(Laluan : Taman Wetland-Taman Rimba Alam-Taman Botani)

Menuju ke starting point....

Bersedia...



Ramai riders telah bersedia di starting point...





Pengacara majlis...Arash Muhammad...

Laluan offroad berbatu....





Traffic jamm....


Laluan road menuju Taman Rimba Alam...


Climbing di Taman Rimba Alam...

Sesak....laluan licin dan berlumpur....


Tolak basikal beramai-ramai....





Laluan berpatah balik menuju ke Wetland dan seterusnya melalui Taman Botani...

Kawasan tasik....ditenggelami air...


Pikul basikal....


Meraduk di dalam tasik...


Brother Life Guard....stand-by kalau-kalau ada yang dihanyutkan air...

Laluan landai serta berbatu...

Lagi 500 meters menuju ke garisan penamat...

100 meter lagi....

Menuju finishing line....

Selamat sampai....

Nuar dan Iswardy PKNS....

Basri & Iswardy...


Lepak di pondok Gazibo sebelum menunggu lucky draw...

Laluan keseluruhannya...30.3 kilometer

Puncak paling tinggi... 446.3ft pada kilometer 12.23

Secara keseluruhannya, trek adalah santai dan bersahaja. Seperti yang dijangka, tidak banyak climbing sebab memang tidak banyak bukit di Putrajaya. Tetapi kayuhan tetap enjoy dan layan.....