Saturday, 24 November 2012

Kayuhan Komuniti Malaysia Cergas @ As-Sakinah Fun Ride 2012 - 24 November 2012

Kayuhan Komuniti Malaysia Cergas anjuran As-Sakinah Cycling Club telah berlangsung di Rest House Kuala Kubu Baru, KKB. Acara berbentuk santai @ fun ride untuk riders di sekitar daerah Hulu Selangor. Hujan lebat di awal pagi telah menyebabkan "flag off" dilewatkan sedikit bagi memberi peluang kepada riders yang baru sampai untuk mendaftarkan diri. Lebih kurang 150 orang telah berjaya mengharungi cabaran yang disediakan walaupun terpaksa berkayuh di dalam hujan sambil bermandi lumpur dan lecah.

Kayuhan bermula pada pukul 9.20 pagi dengan jarak kayuhan sejauh 16 kilometers. Pendakian di awal kayuhan serta downhill teknikal serta singletrek di akhir kayuhan. Walaupun jarak kayuhan yang pendek tetapi mempunyai banyak pendakian serta keadaan lalauan yang licin disebabkan hujan, sudah cukup memberikan kepuasan untuk berkayuh.

Distance : 16.6 kilometers
Moving Time : 1 hour 45 minutes
Stopped Time : 4 minutes 24 seconds
Max Speed : 38.3 km/hour
Moving Avg : 9.0 km/hour


Babat,Afitz,Nuar,Azam,Basri,Nasir,Pak Berahim @ Castello

Pendaftaran serta pembahagian no. plate...

Di starting line....


Hujan masih turun renyai-renyai.....


Brifieng oleh Saudara Jack Baling.......

Kayuhan bermula pada pukul 9.20 pagi....

Pendakian yang panjang di ladang getah....


Climbing lagi.....


Layan downhill pulak.... trek licin...

Nasir @ Sungai Rider ......


Puncak bukit pencawang elektrik....


Cuaca masih berkabus....menarik

Di check point last...Kg.Paya Dalam bersama Tokji Bahari dan Zul Strange Rawang..


Singletrek... menarik

Climbing lagi....

Tinggi jugak bukit nie....

Aduhh.....letihnya...

Berjaya sampai di finishing line.....

Parking kereta di masjid KKB....

Makan tengahari sambil menunggu lucky draw....macam biasa tak lucky....yang lucky kali ini Basri, Azam & Afitz...

Puncak paling tinggi...841ft

Jarak keseluruhan sejauh 16 kilometer...

Saturday, 17 November 2012

Menjejaki Trek "Cycle 4 Care" - 17 November 2012

Minggu ini kayuhan di trek sekitar Alam Budiman, Shah Alam dengan menjejaki semula trek "Cycle 4 Care" yang telah diadakan pada bulan May yang lalu. Dengan bantuan GPS treklog yang telah direcordkan, kayuhan telah bermula berhampiran Nerd Cycle pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 2.30 petang.

Cuaca cerah pada permulaan kayuhan dan mendung serta bermandi hujan semasa sampai di puncak Bukit Ramlee. Kayuhan di dalam hujan serta basah kuyup memang menyeronokan walaupun mengalami banyak kesukaran disebabkan oleh keadaan trek yang licin serta berlumpur.  Walaupun jarak kayuhan hanya sejauh 27 Km berbanding 33Km yang sepatutnya....tetapi kepuasan tetap ada.....  


Babat,Afitz,Basri,Nuar,Nazmi,Nasir

Laluan road sejauh 5km sebelum memasuki offroad.....

Dragon Back......

Laluan offroad bermula....


Cuaca mendung.... ada tanda-tanda hari nak hujan...

Climbing tarmac...

Tangki Air Menara Bukit Cherakah Jaya, Meru


Pemandangan menarik...cuaca dan mula gelap.....

Menuju Bukit Ramlee...


Berehat di puncak Bukit Ramlee....


Kedai tak buka.....tak dapat minum air nenas....(tak ada rezeki)..


Hujan lebat mula turun semasa di puncak Bukit Ramlee....

Berkayuh di dalam hujan.....


Jalan Batu Arang....

Climbing....

Meletihkan....berkayuh di dalam keadaan basuh kuyup...

Signage "Cycle 4 Care" masih tetap kekal di sepanjang laluan trek...

Menuju Check Point 3....Bukit Altantuya....

Berhenti rehat di Check Point 3....

Afitz masih sempat membasuh basikal.....

Angkat basikal...pokok tumbang di singletrek Green Hill....