Wednesday, 26 June 2013

Kayuhan @Puncak Prima Part 2 - 23 June 2013

Minggu nie berkayuh semula di Prima Beruntung atas permintaan dari rakan-rakan yang inginkan sedikit pendakian serta menguji stamina. Seramai 28 orang pengayuh menyahut cabaran kali ini dengan permulaan di Kedai Jiwa Basikal di kawasan perniagaan Adenium. Laluan kali ini telah diubah sedikit memandangkan terdapat rakan-rakan yang baru dalam dunia mtb, ini bagi mengelakkan kejutan kepada mereka.

Laluan offroad memasuki perkampungan Orang Asli Bukit Manchong dan seterusnya ke kawasan Bukit Tagar dan melalui MK Land Taman Bunga Raya.


Bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan....

Laluan road Prima Beruntung..
 
Highway PLUS....berjerebu...

Memasuki offroad Prima Beruntung....



Tetamu jemputan... Kapt. Yaa'fur..

Syeikh Jiwa Basikal....

Rider baru berjinak dalam dunia MTB....
 
Puncak sawit....bergambar sambil menikmati pemandangan berjerebu di sekitar ladang...keadaan jerebu makin teruk...

Kawasan ditenggelami air.... dulu kawasan ini tidak begitu berair namun sekarang sudah menjadi tasik....

Terpaksa mencari laluan alternative, air terlalu dalam....

Dah jadi macam tasik kawasan nie....

Memasuki dusun buah-buahan....tapi sekarang belum musim buah lagi....

Macam biasa....jika berkayuh di sini, kawasan ini akan jadi "port" untuk lepak sambil berehat...

Kampung Muhibah Perdana....dah selalu berkayuh disini, baru pertama kali tahu nama kampong nie...


Lepak dulu...ada rakan-rakan dah mula nak cramp....
 

Santai......

Terowong PLUS menuju MK Land....

Offroad Ladang Sawit MK Land menuju pulang....


Jumlah jarak... 28kilometer....


Friday, 21 June 2013

Nite Ride @FRIM - 21 June 2013

Setelah sekian lama tidak berkayuh malam...kali ini ber"nite" ride di FRIM untuk melayan pemandangan di waktu malam disekitar Kuala Lumpur dan Kepong. Seramai 6 orang pengayuh meredah kegelapan malam melalui kawasan jirat Cina di Kg.Melayu Sungai Buloh dan seterusnya memasuki laluan offroad menuju FRIM. Suasana malam di FRIM agak gelap walaupun pun bulan penuh pada malam ini, mungkin disebabkan keadaan jerebu telah menyukarkan pemandangan.

Semasa kayuhan, habuk jerebu juga dapat dilihat melalui sinaran lampu pada basikal dan semasa bernafas juga terasa akan habuk yang masuk pada hidung. Kayuhan kami hanya di laluan Streroid, Helipad serta Pinus Trail sahaja tanpa memasuki kawasan pusat FRIM.


Pemandangan di seitar Kuala Lumpur serta Kepong dalam suasana jerebu....

Nuar & Afitz melayan perasaan.....

Suasana jerebu di waktu malam...
 

Berehat setelah penat melayan streroid...
 
Basri,Nasir & Nuar....

Dapat test lampu baru....walaupun pun dah lama dibeli...

Berbahang juga cuaca malam ni...mungkin disebabkan dah lebih seminggu tak hujan..
 

Kayuhan menuju helipad...gelap tapi menarik...
 


Lepak dulu...sebelum menuju pulang...

Sunday, 16 June 2013

Kayuhan Trek SCT Batu 30 - 16 June 2013

Minggu ini kayuhan bersama kelab-kelab basikal yang berada di sekitar Bukit Beruntung seperti Sentosa Cycling Team (SCT), BBSe7en Cycling Team, Prima Riders Cyling Club (PRCC), Jiwa Basikal RiderPerodua Cycling Club (P2CC) di trek SCT menuju Batu 30. Seramai 38 orang pengayuh berkayuh bersama-sama pada kali ini dengan acara berkenalan terlebih dahulu bersama YB yang baru dipilih iaitu YB Nazri Dahlan.

Kayuhan sejauh 28 kilometer dengan pelbagai laluan yang menarik dengan pendakian serta singletrek hutan yang sememangnya dapat mengasah kemahiran serta keberanian.


Bergambar bersama YB Nazri Dahlan sebelum memulakan kayuhan....

Bacaan doa oleh Saudara Azam....

Bersama legend rider...Azahari...telah lama tidak berkayuh bersama...

Castello @Pak Berahim pun ada....

Kayuhan bermula pada pukul 8.10 pagi dengan laluan road sejauh 1km menuju Widuri...

Mie Cha bergandingan dengan Pak Berahim ....

Offroad bermula....

Halangan pokok tumbang serta tanah runtuh.....

Pikul basikal....

Berhenti rehat...menunggu rakan-rakan di belakang...

Addduhhh....dah gondol bukit ini...lama-lama habis kawasan hutan disini akibat pembangunan....

Downhill teknikal di celah-celah pokok....menarik

Laluan ladang getah...antara laluan yang menarik disepanjang kayuhan...

Berhenti rehat di Serendah Batu 30....

Kayuhan diteruskan dengan laluan di ladang getah...

Downhill singleterk teknikal yang cukup menarik....walaupun dah lama tak berkayuh di laluan ini tetapi tetap teruja....

Menunggu rakan yang terjatuh semasa downhill serta cramp... namun kecederaan tidak serius...

Laluan balik road sejauh 3km menuju Kiosk Ajiz....


Laluan sejauh 28km.....namun tetap puas...