Sunday, 25 May 2014

Klang Premiere Century Ride 2014 - 25 May 2014

Minggu ini kayuhan roadbike sekali lagi di Klang Premiere Century Ride 2014 bertempat di Hotel Premiere, Bukit Tinggi. Kayuhan sejauh lebih kurang 118km dengan penyertaan lebih kurang 700 orang  peserta. Route laluan adalah Hotel Premiere-Bandar Diraja Klang-Bukit Tinggi-Sijangkang-Telok Panglima Garang-Jenjarom-Banting-Pulau Carey-Telok Panglima Garang-Sijangkang-Bukit Tinggi-Hotel Premiere.

Kayuhan landai dan kurang pendakian serta dalam keadaan cuaca panas. Ini merupakan event yang kedua disertai bersama organizer yang sama setelah event Cycle for Life pada tahun lepas. Secara keseluruhannya, event ini amat berjaya dengan kawalan trafik dan marshall yang ramai disetiap simpang serta traffic light, lucky draw yang mantap serta hidangan makanan tengahari di dalam dewan yang berhawa dingin serta selesa.

Tahniah kepada pihak penganjur.... TriSportz Event Management Sdn Bhd


Event roadbike ketiga untuk tahun ini...

Berselfie dulu sebelum memulakan kayuhan....

Sampai di garisan penamat...

Woow...lega...

Medal tanda ingatan....

Bergambar dengan rakan-rakan kayuhan...

Meriah....



Hidangan makan tengahari....mantap...

Lunch dan lucky draw di dalam dewan ballroom...memang selesa dan meriah...



Persembahan tarian...

Acara lucky draw...macam biasa, tak lucky...

Medal menarik untuk kenangan....

Jarak kayuhan sejauh 118km....

Sunday, 18 May 2014

Shah Alam Enduride 2014 - 18 May 2014

Minggu ini kayuhan endurance di Shah Alam Enduride 2014 yang telah berlangsung di Extreme Park Seksyen 13 Shah Alam. Kayuhan road sejauh 150km ini telah disertai oleh seramai lebih kurang 600 orang peserta dan telah dilepaskan oleh Menteri Besar Selangor, YB Khalid Ibrahim pada pukul 8.00 pagi.

Route laluan ialah Extreme Park S13-Bukit Jelutong-Kota Damansara-Sungai Buloh-Paya Jaras-Batu Arang-Tasik Puteri-Fruit Valley Bestari Jaya-Ijok-Kuala Selangor-Ijok-Puncak Alam-Cahaya SPK-TTDI Jaya-Extreme Park.

Kayuhan landai di awal kayuhan dan pendakian ketika di Batu Arang dan seterusnya Fruit Valley Bestari Jaya. Laluan landai semula menuju Kuala Selangor serta pendakian yang memeritkan semasa di Puncak Alam menuju Cahaya SPK. Keseluruhanya, laluan yang disediakan memang mencabar terutama di laluan Cahaya SPK. Tahniah kepada pihak penganjur iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam di atas pengajuran yang meriah serta terbaik dari segi kawalan lalu lintas.


Event roadbike yang kedua untuk tahun ini....

Di garisan permulaan.....



Peserta dilepaskan pada pukul 8 pagi oleh Menteri Besar Selangor, YB Khalid Ibrahim...



Medal...mantap..

Kayuhan yang memenatkan....


Sunday, 11 May 2014

Kayuhan Prima Hill Bersama PRCC-Jiwa Basikal-Harian Metro-SBOT-Yaa'fur-SCT..... 11 May 2014

Kayuhan di Prima Hill pada minggu ini bersama Jiwa Basikal-Harian Metro-SBOT,Yaa'fur dan juga SCT. Kayuhan bermula di Kedai Jiwa Basikal di kawasan perniagaan Adenium Bukit Beruntung dan kayuhan bermula lewat sedikit iaitu 9.30pagi. Seramai lebih kurang 50 orang pengayuh menyertai acara kali ini.

Acara kayuhan santai kali ini adalah untuk mengeratkan lagi ikatan sillaturrahim antara rakan-rakan basikal. Walaupun santai tetapi banyak pendakian dan dengan itu jarak kayuhan telah dipendekkan. Terima kasih kepada Jiwa Basikal serta rakan-rakan basikal yang lain.....


PRCC bergaya dengan jersey baru.....



Kayuhan bermula di hadapan kedai Jiwa Basikal....


Kayuhan road sejauh 1km sebelum memasuki laluan offroad....

Bergambar dulu....jarang dapat berkumpul beramai-ramai seperti ini....


Pit Stop.... rehat dulu....letih mendaki...



Penat uphill....layan downhill pulak....

Berkumpul di perkampungan Orang Asli Bukit Manchong..


Pendakian di Bukit Roundabout..... letih tengok bukit nie...

Woow....hampir sampai puncak...

Puncak tertinggi....layan pemandangan sambil berehat....


Profile ketinggian kawasan Prima Hill....


Thursday, 8 May 2014

Jersey Baru Prima Riders.....Edisi 2014

Jersey terbaru Prima Riders Cycling Club (PRCC) untuk tahun 2014..... masih mengekalkan warna rasmi iaitu merah dan hitam. Kali ini warna hitam mendominasi keseluruhan jersey agar nampak lebih gelap dengan sedikit warna kelabu dibahagian belakang.

Apa-apa pun, terima kasih kepada Ciclista di atas design yang terbaik.....


Jersey Edisi 2014....