Satu kayuhan amal sempena mengutip sumbangan derma ikhlas dan bacaan doa serta tahlil telah diadakan bagi memperingati pemergian allahyarham saudara Jafryin Jaafar. Kayuhan ini telah dianjurkan oleh
Alternative Cycling Club Gombak (ACCG),
Kelab Kayuh D'Bangi (Kd'B) dan
Harimau Malaya Riders (HMR). Kayuhan bermula di hadapan
Sekolah Menengah Teknik Gombak menuju kawasan rehat
R&R Karak melalui jalan lama Gombak-Karak. Sambutan yang diterima amat menggalakkan iaitu seramai lebih kurang 150 orang pengayuh telah hadir.
Kayuhan bermula pada pukul 11malam dengan dibantu oleh marshall yang bermotosikal serta berkereta sehingga sampai di hentian rehat Karak. Kayuhan mendaki selepas
Hospital Orang Asli Gombak Batu 12 sehingga menuju Karak. Laluan agak gelap tanpa lampu jalan raya dan seringkali terserempak dengan lori yang berulang-alik dari Gombak ke Bentong untuk mengambil bekalan sayur ke
Pasar Borong Selayang. Berkayuh secara berhati-hati serta memberikan laluan kepada lori-lori untuk memotong ketika pendakian. Bukan hanya lori-lori sayur yang melalui jalan ini, terdapat juga lori-lori balak yang mengangkut kayu balak di laluan ini. Terserempak juga dengan lori kontena 40kaki yang sarat dengan muatan menggunakan jalan sempit disini.
Lebih kurang tinggal lagi 2km sebelum sampai ke destinasi, hujan renyai mulai turun. Terdapat juga riders yang berpatah balik akibat hujan yang turun. Semasa sampai di R&R, hujan turun dengan lebatnya pada pukul 1pagi. Suasana yang cukup dingin amat bermakna sambil menikmati teh tarik panas dengan maggie kari.
Setelah semua rider sampai, acara bacaan tahlil telah diadakan sambil kutipan derma ikhlas dan jualan lelong barangan basikal daripada pihak penganjur. Setelah selesai, kami bertolak turun pada pukul 2.30pagi di dalam cuaca hujan lebat sambil meredah kegelapan malam. Cukup bermakna pengelaman pada kali ini......
Berkayuh sambil beramal....
Wakil Prima Riders....
Briefing daripada pihak penganjur....
Kayuhan bermula pada pukul 11 malam....
Di pertengahan jalan....bergambar dalam kegelapan...
Sampai bulatan Karak......
Menjamu selera dalam kesejukan....
Kawasan rehat yang dipenuhi oleh rider-rider tegar....
Tahlil dan doa selamat.....
Jualan lelong....
Terima kasih kepada pihak penganjur di atas keprihatinan dalam meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga arwah....semoga rohnya dicucuri rahmat....amin.....