Sunday, 26 April 2015

Janamanjung Fellowship Ride 2015 - 26 April 2015

Janamanjung Fellowship Ride 2015 merupakan acara yang ditunggu-tunggu pada tahun ini. Setelah kali pertama mencubanya pada tahun lepas dan kali ini sudah menjadi ketagih. Kayuhan santai sejauh 130km secara berkumpulan tanpa memikirkan tentang kedudukan ranking serta wang kemenangan, yang penting berkayuh bersama dan selamat sampai di garisan penamat.

Laluan yang dilalui ialah Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah-Sitiawan-Ayer Tawar-Beruas-Parit-Bota Kanan-Ayer Tawar-Sitiawan dan kembali semula ke Stesen Janakuasa. Lebih kurang 1300 orang menyertainya kali ini dan jumlah ini terpaksa dihadkan atas faktor keselamatan dan kesesuaian pihak penganjur. Medal serta t-shirt yang disediakan kali ini lebih menarik serta mantap berbanding sebelum ini dan bersesuaian dengan jumlah yuran yang dikenakan.


Penyertaan untuk tahun yang kedua walaupun sudah mencecah edisi yang kelapan....

Pemandangan di waktu pagi Stesen Janakuasa memang menarik dengan limpahan lampu disekitar bangunan...

Antara menara cerobong yang terdapat disini....cukup tinggi...


Solo rider.....rakan-rakan berkayuh di Melawati Jamboree..dan ada yang menyertai UPSI Powerman dan juga Hash PACC....

Pagi sudah terang....dan peserta berada di garisan pemulaan sambil menunggu pelepasan....

Flag off pada pukul 7.10 pagi...

Water Station 1....jika tahun lepas, tempat ini merupakan water station 2...

Penuh dengan minuman isotonik 100+ serta air mineral dan juga pisang....

Terbaik....

Bersama Syeikh JiwaBasikal....


Water Station 2 pula.....


Bekalan minuman mencukupi...penuh dengan 100+ serta air mineral sejuk.....memang menyegarkan...


Bergerak semula...menghabiskan baki kayuhan sejauh 50km lagi...


Mandi dulu....cuaca memang panas...38deg...

Koleksi medal terhebat tahun ini....

Puas mandi....bergambar pulak...

Alhamdullilah...syukur...

Anak-anak serta wife yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat...

Terbaik....tahun depan datang lagi....

Kayuhan sejauh 130km.....


Sunday, 19 April 2015

Batu Arang Heritage MTB Jamboree 2015 - 19 April 2015

Batu Arang Heritage MTB Jamboree 2015 telah berlangsung di pekan bersejarah Batu Arang dan telah dianjurkan oleh JKKK Batu Arang dengan kerjasama dari Kota Puteri Cyclers (KPCC) dan Kuala Selangor Cycling Club (KSCC). Kawasan Batu Arang memang terkenal dengan sejarah perlombangan arang batu semasa penjajahan British dahulu dan kini masih lagi terdapat peninggalan lombong serta bangunan semasa era kegemilangannya.

Seramai 1000 orang peserta menyertai acara kali ini  dengan laluan trek yang menarik dan mencabar. Banyak pendakian di kawasan terbuka dan terdedah dengan cuaca panas. Pendakian di bukit yang terakhir memang menguji mental dan fizikal kerana cuaca yang panas tetapi berangin. Keseluruhannya, penganjuran kali ini memang cukup sempurna dengan trek yang mencabar, perjalanan acara yang teratur serta kawalan lalu lintas yang menjamin keselamatan peserta. Tahniah kepada pihak penganjur.....



Prima Riders berkumpul semula di Batu Arang....


Ceria sebelum memulakan kayuhan....


Kayuhan road sejauh 6km sebelum memasuki laluan off road....


Laluan sesak disebabkan trek yang sempit...



Downhill sebelum uphill semula....

Terdapat juga rider yang terjatuh semasa menuruni laluan ini...curam dan licin...


Pendakian semula....


Along dan Wak....

Kayuhan di ladang kelapa sawit....

Climbing sehingga ke jirat Cina di atas puncak bukit....

Pendakian lagi di kawasan terbuka...panas..


Rehat dulu...


Climbing lagi....

Water Station....

Pendakian lagi di kawasan terbuka....

Woow....sayup mata memandang...pendakian sehingga ke puncak....

Layan downhill sebelum uphill semula.... 

Tolak jea laahh....


Water Station....100 plus + Air Mineral....

Climbing tarmac....


Yang tak larat....tolak jea....

Menuju garisan penamat....


Syukur....

Mandi air bomba dulu....memang menyegarkan...

Medal mantap sebagai kenangan....