Sunday, 24 April 2016

Janamanjung Fellowship Ride 2016 - 24 April 2016

Tahun ini masih lagi berpeluang untuk berkayuh di Janamanjung Fellowship Ride 2016. Acara tahunan yang dianjurkan oleh Tenaga Nasional Station Janamanjung, Lumut Perak. Tidak ketinggalan menyertainya semenjak kali pertama pada tahun 2014 walaupun event ini telah lama dianjurkan.

Sememangnya kayuhan Janamanjung Fellowship Ride ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kayuhan bukan berbentuk perlumbaan namun secara berkumpulan dan mementingkan aspek keselamatan dan semanggat berpasukan sambil mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara rakan-rakan kayuhan yang lain.

Namun, terdapat juga beberapa siri kemalangan yang melibatkan peserta disepanjang kayuhan. Boleh dikatakan disiplin pengayuh kali ini agak kurang berbanding tahun lalu. Sifat terburu-buru dan mengayuh dalam keadaan yang merbahaya menjadi punca berlakunya kemalangan. Tindakan memotong polis traffic di sebelah kanan mengundang padah apabila terdapat pengayuh yang bergesel dengan kenderaan bermotor polis traffic dan seterusnya terlanggar palang besi pembahagi jalan di bahagian tengah.


Janamanjung Fellowship Ride 2015
Janamanjung Fellowship Ride 2014


Penyertaan kali ketiga berturut-turut semenjak tahun 2014.....

Suasana di pagi hari di garisan permulaan.... 

Bersedia di garisan permulaan..
Credit to Cycling Malaysia.....


Rider mula berkumpul di garisan permulaan...flag off pada pukul 7.30 pagi...


Suasana pagi di Station Janakuasa TNB Janamanjung Lumut, Perak....

Bersama Basri dan Wak kali nie....


Kayuhan bermula pada pukul 7.30 pagi dan seramai 1,450 pengayuh menyertainya kali ini...

Water Station 1...di KM56....berhenti untuk refill air dan makan pisang....

Bersama rider junior Jiwa Basikal....


 Semakin ramai rider yang telah sampai.....

Basri...pertama kali berkayuh road menggunakan RB....peewaii katanya...tak sama macam mtb....



Smapai di Water Station 2....

Water Station 2....di Km80....di kawasan sekolah....berhenti untuk berihat sambil menunggu rakan-rakan yang tiba....


Berselfie lagi....

Lepak....keletihan....

25km lagi menuju ke finishing line....

Sampai di garisan penamat...

Sampai di garisan penamat....kayuhan sejauh 133km.....

Mandi air bomba dulu....kepanasan....sejukkan badan dulu....

Makan tengahari dulu....kelaparan...

Koleksi medal untuk tahun ini...1Rider 1Plant.....

Cuaca mendung dan berangin pada hari ini banyak membantu disepanjang kayuhan....tidak terlalu tertekan semasa kayuhan walaupun cuaca panas yang melanda ketika ini...

Semoga masih lagi berpeluang untuk berkunjung di Janamanjung pada tahun hadapan walaupun terdapat desas-desus berkaitan penganjuran pada masa akan datang....

Tuesday, 19 April 2016

Hiking d'Bukit Sentosa - 17 April 2016

Kesempatan hujung minggu pada kali ini adalah mendaki bukit di kawasan Bukit Sentosa. Program sihat hujung minggu anjuran Masjid As-Salam Bukit Sentosa pada kali ini adalah mendaki di Bukit Seroja berhampiran dengan Masjid As-Salam. Bersama wife serta 50 orang peserta yang lain mula mendaki pada pukul 8 pagi dan aktiviti tamat pada pukul 11.30 pagi.

Teruja juga apabila dapat melihat permandangan di sekitar Bukit Sentosa dan juga Bukit Beruntung. Pendakian ini telah diawasi oleh pihak Unit Amal Hulu Selangor bagi memastikan keselamatan para peserta kerana boleh dikatakan kebanyakan peserta adalah pertama kali mendaki bukit.



Sebenarnya memang dah lama berhajat untuk mendaki bukit di sini...dan kali ini dimakbulkan....

Menemani wife mendaki...kali pertama mendaki bukit semenjak berkahwin walaupun memangnya aktif dengan aktiviti lasak semasa muda remaja.....

Pendakian bermula....

Laluan masuk...berhampiran station pencawang TNB Bukit Sentosa....

Berselfie dulu.....

Pemandangan sekitar Bukit Sentosa....




Wife mendaki dengan menggunakan tali....


Peserta muslimin memulakan pendakian terlebih dahulu....


Pemandangan Masjid As-Salam dari puncak....

Sampai di atas puncak bukit.....


Pengisian rohani....tazkirah oleh Ustaz Masjid As-Salam berkaitan dengan iman dan beryukur dengan nikmat yang Allah berikan....

Pemandangan kawasan hutan berhampiran dengan perumahan Telipot....

Perjalanan turun dari puncak....menuruni cerun yang curam di kawasan hutan....

Menggunakan tali di laluan yang curam serta merbahaya....

Berhati-hati ketika melalui denai yang sedia ada....laluan kering kerana musin panas yang sedang melanda ketika ini...


Terdapat tasik tadahan air di kawasan ini...sunyi dan tidak berpenghuni...

Selesai pendakian...wife ceria walaupun keletihan....selepas ini minta nak mendaki di Bukit Broga pulak.... nasib baik bukan Bukit Tabur....sebab rasanya Bukit Tabur 10 kali ganda susah dari bukit ini.....