Saturday, 30 December 2017

Running & Cycling di sepanjang tahun 2017 dalam ingatan.....

Tahun ini merupakan tahun yang kurang dengan aktiviti berbasikal sama ada mtb atau pun roadbike. Tahun ini juga banyak dihabiskan dengan acara larian sahaja dimana mood berbasikal telah berkurangan. Diharapkan tahun depan semangat berbasikal kembali semula.

Tahun ini juga merupakan pertama kali menyertai acara ultra dan tahun depan hendak mencuba lagi jika diberikan kesihatan dan kelapangan masa.


Audax BRM300 2017
1 January 2017
Kayuhan pembuka tirai di malam tahun baru. Berkayuh dalam kegelapan di waktu malam sehingga ke lewat petang....  

Pulau Indah 180 Ride For Glory
15 January 2017
Penyertaan kali ke-2 di Pulau Indah. Kayuhan dalam terik mentari dalam keadaan permukaan jalan yang kurang sempurna dan laluan sama seperti sebelumnya..

BBR Trail Run Challenge 2017
19 February 2017
Larian trail di sekitar Sungai Buaya dengan keadaan berbukit di ladang kelapa sawit. Laluan sama seperti route basikal sebelum ini....

Shah Alam Half Marathon 2017
26 February 2017
Larian half marathon yang pertama untuk tahun ini di sekitar bandaraya Shah Alam di waktu tengah malam

Powerman Asia Championship Putrajaya 2017
5 March 2017
Penyertaan kali ke-2 di Powerman Putrajaya. Jika tahun lepas memasuki acara sprint, manakala kali ini mencuba acara classic@long pula....di antara acara yang terhebat untuk tahun ini...

Janamanjung Fellowship Ride 2017
30 April 2017
Tahun ini dengan kelainan, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini dilangsungkan di perkarangan Stesen Janakuasa TNB Janamanjung, namun kali ini bertempat di kawasan perkelahan Teluk Batik. Walaupun tidak semeriah dulu, namun tetap berpuas hati....

Deuter International Trail Run 2017 : Chapter 5 - The Final Curtain
7 May 2017
Penyertaan kali ke-2 di acara ini. Memang ditunggu-tunggu untuk berlari di kawasan Batu Arang ini. Laluan trail yang menarik dengan pemandangan yang mempesonakan....

Standard Chartered KL Marathon 2017
21 May 2017
Penyertaan kali ke-2 dengan acara HM setelah hanya menyertai larian 10Km pada tahun sebelumnya. Seperti biasa, acara ini memang mempunyai kehebatan yang tersendiri dan merupakan penyertaan teramai setakat ini...

Audax BRM200 2017
2 July 2017
Kayuhan endurance selepas Hari Raya, 3 pendakian berbukit di Ulu Yam, Bukit Fraser dan Janda Baik... antara event yang mencabar untuk tahun ini dengan keadaan bermandi hujan semasa menuju ke garisan penamat...

Conquer Denai Alam Night Trail Run 2017
15 July 2017
Larian di dalam trail di waktu malam pada tahun ini. Mencabar mental dan fizikal dengan banyak pendakian di dalam hutan serta semak belukar....

Men's Health Women's Health Night Run 2017
22 July 2017
Penyertaan kali ke-2 pada tahun ini dan pertama kali berlari di Maeps Serdang pada waktu malam...

IJM Duo Highway Challenge Besraya 2017
30 July 2017
Larian di atas highway yang ditutup sepenuhnya. Teruja dapat berlari dengan sebebasnya tanpa sebarang gangguan kenderaan bermotor....

Merdeka MyBuddies Run 2017
20 August 2017
Penyertaan kali ke-2 untuk event ini setelah penat berlari di Cyberjaya pada tahun lepas. Kali ini berlari lagi di Maeps Serdang dalam kategori HM pula...

IJM Duo Highway Challenge NPE 2017
10 September 2017
Larian combo setelah Highway Besraya. Kali ini nie NPE Highway berhadapan dengan Sunway Pyramid...

2XU Compression Run 2017
24 September 2017
Larian di sekitar Padang Merbok KL dan semestinya di laluan berbukit Bukit Tunku....pendakian yang memenatkan...

MAKNA Founder's Night Run 2017
30 September 2017
Larian yang pertama kali pada tahun ini di Putrajaya. Larian waktu malam sejauh 21km sempena memberikan sokongan kepada semua pengidap kanser di Malaysia...

Hari Sukan Negara Night Marathon 2017
14 October 2017
Larian sempena Hari Sukan Negara. Berlari di waktu malam di Dataran Merdeka dan sekali lagi kawasan Bukit Tunku menjadi igauan ngeri yang memenatkan....

Putrajaya Night Marathon 2017
4 November 2017
Penyertaan kali ke-2 pada tahun ini. Berlari di dalam keadaan badan tidak sihat serta kurang bermaya...

Penang Bridge International Marathon 2017
26 November 2017
Penyertaan kali ke-3 di Penang Bridge semenjak tahun 2015. Namun tahun ini kecaman dari peserta lagi hebat dari tahun lepas. Tahun ini agak worst dengan kegagalan pihak penganjur menyediakan Finisher Tee serta Finisher Medal dengan mencukupi sehingga bantahan serta kecaman di saluran ke media sosial serta surat khabar...diharapkan tahun depan boleh diperbaiki kerana acara ini diserta oleh ramai pelari dari luar negara....

Harian Metro MTB Challenge @Sungai Buaya 
2 December 2017
Merupakan acara MTB yang pertama untuk tahun ini. Kayuhan di sekitar Sungai Buaya dan laluan trail yang disediakan memang terbaik dengan pelbagai bentuk muka bumi....

Janda Baik Ultra 2017
17 December 2017
Penyertaan acara ultra yang pertama walaupun jarak larian bukan ultra di sekitar Janda Baik. Merupakan titik permulaan untuk menyertai acara ultra pada masa akan datang...


Analisis Event :

MTB Jamboree                     :  1 Acara
Road Bike Jamboree            :  4 Acara  
Duathlon                              :  1 Acara  
Running @Marathon HM   :  15 Acara

Lokasi Event :

1. Selangor : 12
2. Kuala Lumpur : 3
3. Pahang : 1
4. Perak : 1
5. Penang : 1
6. Putrajaya : 3

Monday, 25 December 2017

Mencari Awan Carpet di Puncak Bukit Senaling - 24 December 2017

Bukit Senaling terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 2jam. Kami bergerak dari Kuala Lumpur pada pukul 3 pagi dan sampai di Petronas Senaling pada pukul 5 pagi. Bersolat suboh di Masjid Kariah Senaling sebelum memulakan pendakian.

Bukit Senaling menjadi viral baru-baru ini disebabkan oleh awan karpet yang terbentuk di sekitar puncak bukit tersebut. Pemandangan yang indah ini telah menjadi daya tarikan kepada semua peminat hiking untuk berkunjung di sana. Ketinggian bukit ini hanya 394m sahaja dan pendakian hanya mengambil masa lebih kurang 1jam setengah serta laluan trail adalah santai dan tidak hardcore. Hanya ada satu laluan yang memerlukan pendaki menggunakan tali yang disediakan untuk mendaki. Bayaran RM15 dikenakan kepada setiap peserta yang ingin mendaki dan pendaftaran masuk perlu kerana jumlah pendaki dihadkan  kepada 200 pendaki sehari bagi mengelakkan kesesakan semasa berada di atas puncak serta faktor keselamatan.


Berada di puncak Bukit Senaling...kawasan sekeliling masih lagi dilitupi kabus tebal walaupun jam sudah pukul 9 pagi... 

Berkumpul di Petronas Senaling....ramai hikers berkumpul di sini...suasana meriah..lepak dulu sambil menunggu masuk waktu solat suboh....

Bersolat Suboh di Masjid Kariah Senaling....lebih kurang 300m dari Petronas Senaling...

Jemaah terdiri daripada penduduk setempat dan juga para hikers yang akan mendaki hari ini....Tuan Imam dan Bilal juga sudah menduga tujuan kami ke sini sambil mengatakan bahawa malam tadi hujan, pasti ada awan carpet pagi ini....hanya mampu tersenyum dan berharap dimakbulkan hajat ke mari...

Mengekori marshall yang sudah menunggu ke tempat parking kenderaan berhampiran dengan rumah penduduk kampung. Tempat parking agak terhad dan di atas permukaan tanah yang lembut serta berlumpur. Jika musim hujan, pasti menyukarkan...

Laluan masuk ke Bukit Senaling.... berhampiran dengan rumah penduduk di sini...

Daftar masuk dulu sebelum memulakan pendakian....senarai nama diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan pendaki yang telah mendaftar sahaja yang dibenarkan naik...

Pendakian bermula....awal-awal dah mendaki bukit pacak....suasana masih lagi samar-samar...

Terdapat laluan anak sungai di kawasan nie....air jernih dan sejuk....

Pendakian di kawasan terbuka....jika tengahari memang panas....tapi masih awal pagi lagi...bahaga panas masih belum terasa....

Laluan tanah liat keras dan berbatu kelikir....

Kabus menyelubungi sekitar kawasan nie.... kawasan ini merupakan kawasan penanaman semula kelapa sawit... lepas ini kalau pokok sawit dah besar tentu dah tak panas lagi bila mendaki....

Hari dah terang.....

Titi kayu disediakan disebabkan berlaku sedikit hakisan tanah di kawasan ini...


Laluan tidak berapa teruk....sesuai untuk mereka yang ingin membawa family terutama kanak-kanak....



Separuh dari perjalanan untuk sampai ke puncak....view dekat sini pun layan jugak....

Kabus masih menyelubungi pemandangan....

Bergambar dulu sebelum kabus hilang.....

Menuju ke puncak.....laluan memanjat menggunakan tangga serta tali, namun tidak berapa sukar...

Slow and steady....

Sampai di puncak...terdapat beirut di sini....kekadang terasa sejuk bila angin bertiup....

Kabus masih tebal di atas puncak.....tak nampak apa-apa kecuali kabus putih menyelubungi sekitar kawasan....

Perjalanan masa yang diambil untuk sampai ke puncak lebih kurang 1 jam...itu pun bergantung kepada kemampuan masing-masing....

Bergambar dulu....

Kabus masih lagi tebal.....kadang-kadang langsung tak nampak apa-apa...

Bergambar sakan dulu sebelum turun....




Atas puncak masih ramai lagi dengan pendaki....walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, namum suasana masih lagi berkabus....


Bergerak turun pada pukul 9.30 pagi dan sampai di parking kereta setengah jam kemudian....
Kepada mereka yang ingin melihat awan carpet dengan pendakian yang santai, Bukit Senaling merupakan tempat yang sesuai....namun bagi mereka yang inginkan pendakian yang mencabar, di sini bukan tempatnya....mungkin Gunung Angsi lebih sesuai...
In sya Allah....selepas ini Gunung Angsi pulak...