Saturday, 14 April 2018

Night Hiking @Puncak 3 Puteri KDCF - 14 April 2018

Kali terakhir mendaki ke Puncak 3 Puteri di waktu malam adalah pada bulan Ramadhan tahun lepas. Setelah sekian lama tidak ke sini maka perancangan secara spontan telah diatur pada sebelah petangnya dan seramai 6 orang geng PRCC bersetuju untuk menyertainya. Pendakian bermula pada pukul 11 malam dan kami tiba di puncak setelah sejam 15 minit mendaki. Laluan tidak sukar kerana tidak banyak pendakian yang curam dan hanya slop yang agak licin serta berpasir.

Pendakian di waktu malam kena lebih berhati-hati disebabkan suasana gelap dan kadang-kadang terdapat tunggul kayu serta akar pokok di laluan trek. Tidak ramai pendaki pada malam ini hanya terdapat sekumpulan pendaki yang hendak turun semasa kami sampai ke puncak.


Sampai di puncak 3 Puteri pada tengah malam...suasana damai walaupun tiada bulan yang kelihatan pada malam ini...

Sebelum memulakan pendakian....bergambar dulu di laluan masuk trail....hanya kedengaran bunyi cengkerek serta unggas malam...



Pendakian bermula.....suasana gelap tanpa bulan pada malam ini....

Mendaki di dalam gelap memerlukan tumpuan serta perhatian yang lebih bagi memastikan keselamatan...

Melalui Trail Sahabat.... signage yang jelas diletakkan di sepanjang laluan trail, namun disebabkan suasana gelap, kadang-kadang tidak terlihat atau perasan akan tanda yang diletakkan... 

Mendaki sebelum sampai ke puncak...

Bergambar di dalam gelap...

Akhirnya sampai di atas puncak....

Pemandangan Highway Utara-Selatan...Bukit Lanjan...kenderaan masih banyak walaupun hari semakin pagi...

Bergambar dulu....suasana agak panas pada malam ini tanpa angin yang bertiup...


Penghuni di kawasan ini....hidup menjalar....kena lebih berhati-hati....

Masak air panas untuk minum teh serta maggie.....hidangan terbaik semasa berhiking...

Sebelum memulakan pendakian...lepak dulu di Restoran Subaidah Kota Damansara.... Apiz join lepak tetapi tak join mendaki disebabkan terpaksa bekerja pada keesokan harinya....

Sebelum memulakan pendakian.....berbincang untuk aktiviti seterusnya... permintaan untuk camping bermalam di dalam hutan setelah terdapat beberapa rakan lain yang tidak berpeluang untuk bermalam di Lata Medang pada minggu lepas termasuklah aku kerana berlari di SCKLM.... perancangan awal sebelum ramadhan akan bermalam semula di Lata Medang....

Monday, 9 April 2018

Standard Chartered KL Marathon 2018 - 8 April 2018

Ini merupakan penyertaan kali ke-3 di Standard Chartered KL Marathon yang telah berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Penyertaan kali ini mencecah seramai 38K orang dan merupakan penyertaan event terbesar setakat ini. SCKLM merupakan event yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh setiap runner disebabkan oleh kemeriahannya serta jumlah penyertaan yang paling ramai. Tahun ini merupakan sambutan ulang tahun yang ke-10 dan terdapat sedikit kelainan dari segi warna t-shirt yang diberikan iaitu berwarna hijau. Tahun ini juga peserta diberikan pilihan untuk memilih sama ada t-shirt berlengan atau tanpa lengan.

Medal juga ada sedikit kelainan walaupun masih mengekalkan latar belakang bangunan KLCC. Seperti biasa peserta FM dilepaskan pada pukul 4pagi manakala peserta HM pada pukul 5.30pagi. Route yang berbeza daripada tahun lepas, namun kali ini agak landai berbanding tahun lepas.


Half Marathon yang kedua di Standard Chartered KL Marathon.....

First time pergi SCKLM naik LRT....disebabkan masalah booking hotel, bermalam di rumah family di Gombak. Sudah lama berurusan dengan Agoda namun kali ini tiada rezeki untuk bermalam di KL...

Bangun seawal jam 3pagi dan bergerak ke LRT Gombak pada pukul 4pagi...suasana lenggang dan sunyi tanpa pengunjung...yang hanya ada beberapa peserta yang sedang menunggu train...

Tiada dikenakan sebarang bayaran....masuk percuma...mula-mula panic jugak sebab dah lama tak naik LRT, banyak dah berubah...

Train sampai pada pukul 4.20 pagi....lebih kurang 12 orang penumpang yang terdiri daripada peserta SCKLM...

Lenggang tanpa penumpang pada permulaannya...namun agak penuh apabila sampai di Station Masjid Jamek...tidak semua station yang dibuka untuk peserta, hanya station LRT yang tertentu sahaja...information ini harus dirujuk di website SCKLM bagi mengelakkan kekeliruan...

Sampai di Station Masjid Jamek pada pukul 4.45 pagi....ramai peserta sudah membanjiri station ini dan mula bergerak ke Dataran Merdeka....

Ramai sebenarnya peserta yang menggunakan kemudahan LRT....lebih mudah dan lancar kerana tidak perlu mencari parking kenderaan di waktu pagi kerana tidak semua lot parking kenderaan di buka di awal pagi...

Sampai di Dataran Merdeka.... masih awal lagi kerana flag off pada pukul 5.30 pagi...

Peserta HM sudah mula menuju ke starting line....

Lebih kurang 11k peserta untuk acara HM pada kali ini....

Hanya dapat PEN4 sahaja...maklumlah lari tak kuat, kena duduk belakang lah...tak apa asalkan dapat lari bukan nak kejar podium pun...

Flag off tepat jam 5.30 pagi....lepas 7 minit flag off baru lah dapat melintasi garisan permulaan....punya lah banyak manusia....awal larian pun agak sukar sedikit disebabkan terlalu ramai peserta...

Laluan Duke 2 selepas cuaca cerah....

Baru sempat nak bergambar....sibuk berlari tak ada mood nak ambil gambar.... tak banyak pun gambar yang diambil semasa berlari....

Di KM16...laluan menuju ke KL Sentral....

Menuju ke finishing line.....


Fuuuhhh...lega dah sampai rupanya...

Alhamdullilah...akhirnya berjaya jua sampai di garisan penamat tanpa sebarang kecederaan...

Ramai peserta mula membanjiri Dataran Merdeka....penuh sesak di atas padang serta di sekitar jalan raya...

Tidak menunggu lama...selepas dapat medal serta makanan terus menuju ke LRT Station Masjid Jamek untuk pulang...

Selfie satu keping gambar dulu sebelum balik....

Sesak.... ramai orang di station....peserta mula pulang ke rumah masing-masing....berpeluh-peluh serta berhimpit-himpit di dalam LRT...ramai penumpang LRT yang lain berasa kurang senang dengan kami peserta SCKLM yang berpeluh-peluh menaiki LRT...minta maaf lah...baju tak sempat nak kering....

Koleksi medal SCKLM yang ketiga untuk tahun ini...tahun pertama 10Km, tahun kedua dan ketiga HM....in sya Allah tahun depan FM pulak kalau diberikan kekuatan serta umur yang panjang...
Berjumpa lagi di SCKLM 2019 pada tahun hadapan...

Monday, 2 April 2018

Petzl Trail Night Run 2018 - 31 March 2018

Larian denai di waktu malam yang pertama untuk tahun ini di Petzl Trail Night Run yang bertempat di Taman Rimba Alam Putrajaya. Kali terakhir berlari denai di waktu malam adalah di Denai Alam Trail Run pada bulan Julai tahun lepas. Seramai lebih kurang 1,300 orang peserta yang menyertainya yang terdiri daripada 2 kategori iaitu 7Km dan 17Km.

Laluan trail yang disediakan berbentuk tarmac di awal larian di sekitar Taman Rimba Alam, hanya selepas 10Km dapat merasai sepenuhnya laluan di dalam trail dengan keadaan berlumpur serta berselut akibat hujan yang turun pada sebelah petangnya. Banyak pendakian berbentuk roller coaster di kawasan Taman Rimba Alam dengan laluan agak licin disebabkan permukaan jalan yang basah.


Night Trail Run yang pertama untuk tahun nie...

Solo jea kali nie..tak ada geng..

Peserta lebih kurang 700 orang bagi kategori 17km... tidak ramai seperti acara-acara yang lain...


Water Station yang pertama sebelum memasuki laluan offroad....

Tidak banyak gambar yang diambil disebabkan malam gelap.... lagi pun tak nampak apa-apa pun...layan berlari jea dan kadang-kadang terdengar bunyi burung hantu di dalam trail...

Selamat sampai di finishing line.... alhamdullilah semuanya ok...

Beratur untuk mengambil refreshment sebelum balik... 

Rakan runner untuk 2km yang terakhir.... sama-sama di garisan finishing...

Tidak menunggu lama...terus balik ke hotel...

Koleksi medal yang seterusnya pada tahun ini....