Monday, 26 November 2018

Penang Bridge International Marathon 2018 - 25 November 2018

Penang Bridge International Marathon 2018 merupakan acara tahunan yang semestinya disertai setiap tahun. Namun kali ini, ingin mencuba nasib dengan menyertai acara Full Marathon pula. Nak merasakan azab di atas jambatan pulak. Memang mental nak menghabiskan larian FM nie, jika dulu kena semasa Larian Jambatan Sultan Mahmud kali nie kena lagi di Jambatan Pulau Pinang pulak. Tak pernah serik. Tapi bila dah melaluinya terasa puas pulak. Agak pressure juga nak menghabiskannya dalam masa COT bagi memastikan medal dan finisher-T diperolehi. Kali ini peraturan agak straight berbanding dulu dan tahun lepas berlaku kekecohan semasa di finishing line akibat ramai peserta yang berjaya sampai namun tidak mendapat medal dan baju. 

Namun PBIM tahun ini terdapat kelainan iaitu berlari di dalam hujan lebat diikuti dengan petir berdentum di langit semasa berada di atas jambatan Pulau Pinang. Hujan lebat mulai turun semasa sampai di tengah-tengah jambatan. Hujan lebat diikuti dengan tiup angin yang agak kencang serta kilat sabung menyambung merupakan situasi yang agak merbahaya namun tiada tempat berlindung semasa berada di atas jambatan. Dalam situasi yang sukar ini, terpaksa meneruskan larian sehingga ke tanah besar kerana tiada tempat untuk berteduh di atas jambatan. Tiang-tiang lampu di atas jambatan bukan tempat yang selamat untuk berlindung.

Terdapat pacer yang membawa belon terkena panahan petir semasa larian berbaki 3km lagi. Nasib baik kilat menyambar ke belon yang di bawa sehingga menyebabkan belon tersebut pecah akibat di panah petir. PBIM kali ini juga menjadi sejarah apabila acara 10km terpaksa dibatalkan. Namun semuanya selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Keseronokan di Penang bukan setakat berlari sahaja, selepas marathon.... "makanthon" pulak. Itu lagi hebat. Restoran Hamiddiyah Lebuh Campbell memang tetap terbaik. Memang tidak akan ketinggalan jika ke Pulau Pinang.


Kategori FM yang kedua tahun ini dan yang pertama kali di PBIM.... dan merupakan penyertaan tahun ke-4 semenjak tahun 2015.... 

Telah sampai di tapak event seawal jam 12.15 pagi....ramai peserta mula menuju ke garisan permulaan...

 Starting line.....terdapat runner yang telah bersiap sedia seawal jam 12.30 pagi...


Bahagian hadapan di kawal oleh unit beruniform sukarelawan....

Bertemu dengan Umar ARB....ada juga rakan semasa di starting line....
Tiada gambar semasa berlari disebabkan hujan lebat yang turun semasa 22.5km sehinggalah sampai di garisan penamat.....

Suasana hujan lebat semasa berlari di atas jambatan..

Medal full marathon yang kedua....

Personal record lebih baik berbanding semasa di Larian Jambatan Sultan Mahmud..

Syukur ....alhamdullilah berjaya menghabiskan larian FM pada kali ini....


Seperti setiap tahun...pasti ada komen-komen yang negative berkaitan dengan pembatalan acara serta faktor keselamatan peserta dan juga medal finisher untuk peserta.... situasi pembatalan juga sama dialami semasa di Putrajaya Night Marathon bulan lalu...pun banyak komen-komen negative.. memang susah untuk memuaskan hati semua orang, jika dibatalkan sebelum larian...merunggut minta wang dikembalikan....jika diteruskan, dikatakan tidak menitikberatkan faktor keselamatan peserta... pokok pangkal terletak di hati masing-masing...setiap penganjur akan cuba buat yang terbaik....
Jumpa lagi di PBIM 2019 pada tahun hadapan....

Sunday, 18 November 2018

Shah Alam Half Marathon 2018 - 18 November 2018

Shah Alam Half Marathon pada tahun ini berlangsung lagi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Jika tahun lalu berlangsung pada bulan February dan bermandikan hujan di tengah malam semasa berlari namun kali ini cuaca lebih baik tetapi panas. Route masih lagi sama seperti tahun lepas dan dilepaskan tepat jam 12 tengah malam. Berlari di sekitar bandaraya Shah Alam di tengah malam mengurangkan sedikit kesesakan lalu lintas disekitarnya. Jika dulu pernah dimarahi oleh pengguna jalan raya lain akibat kesesakan yang berlaku di mana acara larian dilepaskan pada waktu puncak iaitu jam 8 malam semasa malam minggu.

Peserta kali ini berjumlah lebih kurang 10,000 orang yang terdiri daripada 2 kategori iaitu HM dan 10Km.

Merupakan penyertaan kali ke-2 di Shah Alam Half Marathon.... larian di tengah malam di sekitar Shah Alam....

Solo jea pagi nie.....muka macam barai jea....mata mengantuk...letih pagi tadi tak hilang lagi...

Ramai peserta kali nie.....sesak Dataran Kemerdekaan dengan runner....parking kereta pun penuh di sekitar Shah Alam...


Front runner di garisan paling hadapan....laju-laju runner nie....semua champ podium nie....

Flag off lewat 10 minit atas faktor kesesakan jalan raya disebabkan acara perhimpunan politik di bandaraya Shah Alam....


Warm-up dulu sambil menunggu laluan clear untuk flag off....

Ada jugak gambar time kat finishing line.....muka memang dah barai....mata pun dah menggantuk....

Pewaii Baraii Bonk teruk kali ini....letih sebab berlari di Serendah Eco-Run pada sebelah paginya...

Laluan sekitar bandaraya Shah Alam....laluan masih sama seperti tahun lepas...

Laluan berbukit sekitar Shah Alam....

Saturday, 17 November 2018

Serendah Eco Run 2018 - 17 November 2018

Serendah Eco-Run 2018 telah berlangsung di Telaga Tujuh Serendah dengan 2 kategori dipertandingkan iaitu 14Km dan 7Km. Acara ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Majlis Daerah Hulu Selangor.  Disebabkan jarak acara yang berhampiran dengan rumah dan ramai rakan-rakan yang menyertainya serta yuran penyertaan yang murah berbanding dengan acara larian yang lain, maka tidak berlenggah untuk mendaftar.

Flag off kategori 14Km pada pukul 8.15 pagi manakala kategori 7Km dilepaskan 10 minit selepasnya. Laluan tarmac dipermulaan larian sejauh lebih kurang 3km dan melalui kawasan offroad selepasnya. Trail yang menarik serta terdapat air terjun yang cantik serta sejuk di kawasan ini. Banyak pendakian panjang yang memenatkan namun kepuasan apabila sampai di puncak.


Ramai rakan-rakan kali ini....tapi semua nie semuanya champ-champ....berdesup-desup kat dalam trail....

Sebelum flag off...berposing gambar dulu....

Banyak gerai yang dibuka...pelbagai makanan serta minuman dan juga pakaian dijual di sini...meriah dengan pelbagai gerai yang dibuka...

Flag off lewat....matahari pun dah mula menyinarkan cahaya....


Peserta mula berkumpul di garisan permulaan....

Gimik untuk flag off.....berkayak sambil membawa penukul gong untuk diserahkan kepada YB Parlimen bagi mengetuk gong untuk flag off....

Peserta 14Km bersiap sedia....

Memasuki laluan offroad.....setelah 3km berlari di tarmac....

Menuju ke kaki Bukit Manggis....pendakian panjang di kawasan nie...

Single trail yang menarik.....suasana alam yang menyegarkan sambil kedengaran bunyi unggas....

Selfie dulu......ambil nafas dulu....lepas nie layan turun downhill pulak...

Laluan tarmac sejauh 4km menuju ke garisan penamat.... melalui kawasan perumahan Taman Melor...

Mental jugak kat tarmac nie......

Sampai di garisan penamat dengan selamat.....alhamdullilah, tanpa sebarang kecederaan....

Santai dengan champ ultra.....

Man Badang....dah lama tak berlari bersama....

Mat Mir..... kaki gunung yang berpengalaman....habis semua gunung ditawannya...

Bergambar dulu.....

Bergambar bersama geng basikal yang telah menceburi bidang larian...."Rider Karat Kellys"....

Medal trail run seterusnya pada tahun nie....

Trail sejauh 14Km.... single trail memang awesome.....

Tinggi jugak bukit nie....sebab tuu macam letih jea....

Sunday, 11 November 2018

N8 Road & trail Fitness Challenge 2018 - 11 November 2018

Larian trail pada minggu nie selepas IIUM Trail pada bulan lepas. Kali ini di Setia Alam, bertempat di Alam Nusantara. Sudah lama sangat tidak berlari di sini. Terasa rindu pulak dengan trek di sini. Jika dulu tahun 2015, banyak acara larian di sini seperti Puma Night Run, Mizuno Night Run dan banyak lagi.

Bermula di kawasan parking kenderaan berhampiran dengan McDonald Alam Nusantara, larian road dipermulaan laluan sejauh 3.5km dan seterusnya memasuki laluan trail di sekitar Setia Eco-Park. Laluan berbentuk berbukit di dalam trail dan banyak pendakian walaupun nampak macam mudah jea.

Larian trail yang seterusnya pada tahun nie....kebetulan tanpa perancangan mendaftar untuk event nie...warm-up sebelum Serendah Eco Run pada minggu depan...

Bermula di kawasan parking kenderaan berhampiran dengan McDonald dan juga shop lot kedai...

Peserta 12km tidak ramai...lebih kurang 200 orang jea....

Mata macam mengantuk lagi jea nie....badan tak berapa sihat...banyak gangguan kesihatan sepanjang minggu nie....

Flag off tepat jam 6.30 pagi....

Berlari di sekitar kawasan perumahan sejauh lebih kurang 3.5km sebelum memasuki laluan offroad....

Matahari baru menyinar...cuaca cerah pada pagi ini....

Water Station pertama sebelum memasuki laluan offroad....

Ramai runner lain yang berlari di trail yang sama....trail ini juga merupakan kawasan untuk penduduk di sekitar untuk beriadah bersama keluarga....terpaksa berhati-hati disebabkan terdapat runner yang bersantai sambil berjalan....

Masuk offroad...terus pacak climbing.....suasana trail seperti di KDCF.....


Banyak laluan climbing di sini....walaupun nampak mudah tetapi banyak bukit...tak semudah yang disangkakan....


Lepas satu climbing...ada climbing lagi....boleh tahan jugak climbing dekat sini....ingatkan boleh santai-santai jea...



Tak larat berlari...kita jalan jea....asalkan sampai atas puncak...



Fuuuhhh.....letih jugak....bermandi peluh pagi nie....

Layan view sekitar dulu....sambil ambil nafas....dah tersemput-semput nafas pagi nie....maklumlah, batuk...selsema... sakit tekak belum sembuh sepenuhnya lagi... layan jea laa...lagi pun minggu lepas dah skip larian dekat Bukit Jalil sebab badan tak sihat....


Ingatkan dah sampai puncak....rupanya ada climbing lagi....




Climbing yang terakhir sebelum sampai puncak.....

Ada jugak gambar semasa berlari....sampai atas puncak...

Ada port lepak rupanya dekat atas puncak nie....tak berhenti lama..nak layan downhill lepas nie pulak...

Layan downhill....kena berhati-hati sebab banyak pokok enau di tepi laluan....takut tercucuk duri pulak...

Turun lebih kurang 2km sebelum baki larian di tarmac menuju ke garisan finishing....

Alhamdullilah...akhirnya sampai di garisan penamat dengan selamat tanpa sebarang kecederaan....

Tidak menunggu lama...terus balik disebabkan hendak ke JB selepas nie...ada hal keluarga di Johor...


Ini jea yang mampu...jadi lahh..... dengan terbatuk-batuk di dalam trail...

Minggu depan berjumpa di Seredah Eco-Run pulak.....harap-harap minggu depan dah sihat sepenuhnya....