Hiking yang pertama untuk tahun ini dan yang ke-8 setakat ini di
Bukit Kutu. Aktiviti pendakian terpaksa dihentikan 2 bulan disebabkan oleh arahan dari
Jabatan Hutan Negeri Selangor yang melarang sebarang aktiviti di kawasan hutan simpan disepanjang musim tengkujuh yang lalu. Baru awal tahun ini, kebenaran diberikan semula selepas cuaca hujan semakin berkurangan.
Pendakian kali ini bermula seawal jam 8.30 pagi setelah bersarapan pagi di pekan KKB berhampiran dengan pasar pagi. Perkena nasi lemak dengan teh tarik dahulu sebagai pengalas perut semasa mendaki nanti. Kali ini membawa bekalan air minuman serta maggie untuk dimasak semasa di atas puncak. Tidak ramai pendaki pada hari ini, mungkin disebabkan masih ramai yang belum mengetahui tentang pembukaan semula trek disini.
Prima Riders bersama Babat, Josh, Tn Haji Azham dan Jefri @David....Afitz pun ada tapi dengan geng-geng pelari denai...tak boleh follow geng-geng nie, semuanya berdesup-desup berlari....macam tak ada jantung...
Dah lama tak hiking bersama Tn Haji....ini kali kedua mendaki bersama ke Bukit Kutu...last hiking bersama pun 2 tahun lepas....
Jambatan besi yang masih sengget sehingga kini...mungkin in trademark untuk ke Bukit Kutu....kena cross jambatan ini dulu sebelum terdapat simpang di hadapan untuk ke kiri menuju ke Lata Medang, Gunung Rajah, Lata Macau atau ke kanan menuju ke Bukit Kutu,,,,
Cuaca baik hari nie...mendung di sepanjang pendakian....
Cross sungai yang kedua....sebelum start climbing selepas nie....ramai pendaki yang membuka kasut semasa mengharungi sungai nie....takut kasut basah....malas nak buka kasut...redah jea air sungai tuu...nanti time climbing, kering lah kasut tuuu....pemilihan kasut hiking penting bagi memastikan keselesaan semasa mendaki...pemakaian kasut Goretex banyak membantu disebabkan mudah kering apabila basah...
Sejuk air sungai nie....maklumlah masih di pagi hari lagi...sejuk dan jernih...
Selfie dulu sambil menunggu nak cross sungai nie....bagi adik-adik cross dulu...tak perlu terburu-buru...jauh lagi nak sampai puncak...
Pendakian sudah bermula....muka pun dah mula berubah....tadi boleh senyum...sekarang dah mula berkerut-kerut....dah lama tak mendaki....terasa penat sangat....lama sangat rehat..ini lah sebabnya...
Josh dan Tn Haji Azham...nasib baik ada tali...senang sikit nak mendaki....
Sampai di pit stop "I Love Bukit Kutu".... 45 minit sampai di sini....selepas nie, pendakian semakin mencabar....pacak semakin tegak....banyak tenaga nak digunakan.... terdapat pokok tumbang dilaluan ini...dan terdapat lencongan denai baru yang telah dibuat bagi mengelak laluan pokok tumbang tersebut....terdapat banyak pokok tumbang di laluan denai sehingga ke puncak...ini mungkin disebabkan oleh musim hujan baru-baru nie dan larangan mendaki disepanjang musim tengkujuh oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sememangnya munasabah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini kepada pendaki....
Woow....pacaknya laluan nie....dah letih sangat nie....nafas pun dah termengah-mengah nie....nak mintak nyawa dah nie...
Akhirnya....sampai di Batu Tedung....rehat sekejap...ambil nafas dulu.....
Dari sini ada lagi 45 minit pendakian sehingga sampai ke puncak....laluan pacak mendaki selepas nie....rehat dulu ambil tenaga....
Akhirnya sampai di puncak Bukit Kutu.....3 jam masa diambil untuk sampai di sini....pewaaiii sangat dah nie.....
Bergambar dulu sebelum turun....dah buruk dah bendera Malaysia tuu...
Pemandangan cantik kali nie....cuaca cerah....
Batu besar di atas Bukit Kutu....malas nak naik sebab dah penah naik....lagi pun nak kena tunggu giliran untuk naik...sebab kawasan tak luas dekat atas batu tu,..
Ada teddy bear pulak dekat signboard Kutu tuu....siapa lah yang gantung...
Masak air dulu sebelum turun...
Pekena teh o panas dan makan maggie dulu sebelum turun....lepak selama 45 minit...
Sampai di sungai yang kedua....lepak mandi dulu dekat sini....badan berpeluh dan berlumpur...
Lebih kurang 5 jam diperlukan untuk naik dan turun kali ini....agak perlahan jika dibandingkan dengan sebelumnya....kena built-up stamina balik....
Distance lebih kurang 12km untuk turun dan naik.....jarak tidak jauh tetapi azabnya memang terasa...jangan terpedaya dengan Bukit Kutu....nama jea bukit, tetapi teruknya seperti mendaki gunung....