Sunday, 15 March 2020

Genting Sempah Weekend Ride - 15 March 2020

Sudah sekian lama tidak mendaki ke Genting Sempah, hari ini bersama Hanazli berkayuh sehingga ke puncak. Dapat berjumpa dengan ramai rakan kayuhan serta rakan FB hari ini. Cuaca cerah dan berangin ketika sampai di puncak. Jarang dapat menikmati tiupan angin yang kencang semasa di puncak. Selalunya keadaan ini hanya berlaku semasa awal tahun. Semasa berkayuh, terserempak dengan rakan-rakan sekolah lama dari Gombak.

Kayuhan bermula lewat sekitar jam 8.30 pagi dengan bermula di kedai makan Batu 7 Jalan Gombak


Sampai di puncak Genting Sempah lebih kurang 11 pagi....angin bertiup dengan cukup kencang ketika ini....

Berhenti seketika....berehat sebentar...letih, dah lama tak berkayuh....

Jumpa rakan sekolah lama...Idham...boleh dikatakan setiap minggu berkayuh di sini....dah jadi rutin kayuhan setiap minggu....

Lepak lagi....berkenalan dengan rakan kayuhan yang lain....sebelum meneruskan kayuhan ke puncak semula...lebih kurang ada 8km lagi nak sampai puncak....

Ada halangan....kerja-kerja pembinaan tebing di kawasan cerun bagi mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh....

Penebangan pokok di kawasan cerun bagi pembinaan tembok...bagi memastikan keselamatan, menunggu sehingga kerja-kerja menebang pokok selesai....bertungkus-lumus pekerja-pekerja Bangla ini mengalihkan pokok yang tumbang....

Sampai di puncak Genting Sempah....layan angin yang bertiup kencang..... kering peluh dekat baju...

Layan minum air kurma sejuk sambil makan buah....alas perut dulu sebelum turun....

Cuaca dah panas.....kena balik awal....ada ramai jugak pengayuh yang meneruskan kayuhan sehingga ke Janda Baik....

Posing bergambar dulu....


Semasa turun...layan bergambar di tebing menghadap Highway Karak....bergambar dulu...

Banyak kenderaan di Highway Karak...maklumlah cuti persekolahan...ramai yang bercuti dan balik kampung....walaupun wabak Convid-19 semakin mengancam negara... 

Highway Karak.....

Jarak kayuhan hanya 40km jea.....walaupun pendek tapi letih mendaki....

Next time....nak berkayuh nite ride punlak time bulan Ramadhan nanti....In Sya Allah....dah lama tak berkayuh malam di sini...last kayuh malam pun 2 tahun lepas...

Monday, 2 March 2020

Santai Run @Taman Botani Shah Alam - 1 March 2020

Sudah sekian lamanya tidak menjejakkan kaki di Taman Botani Shah Alam yang dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah namun telah ditukar nama pada tahun 1991 kepada Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Namun, namanya sekali lagi ditukar pada tahun 2007 kepada Taman Botani Negara Shah Alam. Jika 25 tahun lalu semasa awal pembukaannya, taman ini dihiasi dengan landskap yang sungguh menarik. Kawasannya terjaga dan diuruskan dengan baik. Antara daya tarikan yang cukup hebat ketika itu adalah "Rumah Iklim" yang terdiri dengan 4 musim. Taman ini cukup gah ketika itu, sehebat Mimaland yang merupakan taman tema yang pertama di Malaysia. Namun, bila masa berlalu pergi, taman ini terbiar dengan alasan tiada peruntukan untuk menguruskan dan memerlukan perbelanjaan yang besar.

Disebalik alasan yang diberikan, ada usaha tangan-tangan manusia yang tamak serta rakus yang ingin menjarah tanah yang ada disini. Dengan alasan pembangunan, taman ini hendak dikorbankan demi kerakusan manusia atas nilai tanah yang ada disini. Namun, taman ini masih kekal di sini tetapi sukar untuk menentukan sampai bilakah ia akan kekal di sini.

Berdua dengan wife....meluangkan masa bersama....memang sudah lama merancang untuk ke sini....akhirnya tercapai jua hajat....

Bayaran sebanyak RM3 dikenakan untuk dewasa....

Di kawasan tasik yang dipenunhi dengan bunga kiambang ini terdapat kawasan bendang sawah padi....semasa dulu kawasan ini sememangnya cantik apabila musim menuai...

Terdapat perkhidmatan motor electrik serta basikal untuk disewa...penggunjung juga boleh membawa basikal mereka sendiri dan bersiar-siar di sekeliling taman....kawasan yang berbukit disekitar taman ini...kadang-kadang menguji kemampuan kepada mereka yang berjalan atau berlari....tidak kurang hebatnya jika berbasikal di sini....

Suasana yang mendamaikan serta menenangkan...kedengaran bunyi unggas hutan walaupun sebenarnya berada di kawasan bandar...terasa seperti di kawasan luar bandar walaupun disekelilingnya merupakan hutan batu....

Laluan berbukit disini....menguji ketahanan fizikal kepada mereka yang berlari mahu pun yang berbasikal....

Wife hanya mampu untuk berbasikal... walaupun begitu...kepenatan tetap terasa...

Lepak dulu....ramai penggunjung pada pagi nie...ramai yang berbasikal dan ada juga yang berjoging...

Empangan Sungai Baharu....lenggang dan sunyi kawasan nie....tak ramai yang sampai ke sini disebabkan agak jauh ke dalam serta laluan agak sunyi...

Seram jugak kat kawasan nie....pondok terapung yang telah ditinggalkan....tiada berpenghuni...

Tembok empangan....tak tunggu lama sangat di sini...lepas ambil gambar terus bergerak keluar....sebab hanya ada sepasang couple jea time nie...

Laluan sunyi...hanya kedengaran bunyi unggas hutan sahaja....bila time berpatah balik...baru terserempak dengan penggunjung yang lain...yang ingin menuju ke empangan....

Berpatah balik.....jarak lebih kurang 2.8km dari center....letih jugak berlari di sini....jika tadi jalan menurun...tapi kali ini mendaki pulak....

Walaupun jarak hanya 8km....tetapi letihnya tetap terasa....next time nak plan lagi berlari di sini...

Hajat di hati nak buat loop... tapi laluan ke Empangan Air Kuning ditutup....terpaksa menggunakan laluan yang sama untuk balik...