Saturday, 20 June 2020

PKPP Ride @BB-KKB Dam - 20 June 2020

Kayuhan santai dari Bukit Beruntung ke Empangan Kuala Kubu Bahru bersama Josh dan Tuan Sabri serta geng SCT. Sudah lama tidak berkayuh ke Dam KKB, rasanya sudah lebih setahun. Syukur alhamdullilah apabila dapat melihat jumlah takungan air di paras maximum di empangan akibat hujan yang kerap turun sejak kebelakangan ini. Ketenangan dapat mendengar deruan air dari empangan tidak lama apabila di halau keluar oleh pihak security yang menjaga di sana. Tidak pasti kenapa hari ini tutup pula kawasan ini. Jika dilihat dari signboard yang ditulis, hanya tutup pada hari Isnin sahaja. Tak apa lah..dapat tengok kejap pun jadi lah.

Ramai pengayuh yang berkayuh hari ini. Ramai yang menuju ke Fraser Hill dan ada juga hanya sampai di Sungai Chilling sebelum berpatah balik. Cuaca hari ini memang terbaik, mendung sepanjang jalan. Namun, nasib baik sempat sampai di rumah sebelum hujan lebat turun.


Macam biasa...port bergambar kalau dah sampai di Empangan KKB.... ada group lain pun tunggu giliran nak bergambar jugak....ramai pengayuh pada pagi nie...

Persimpangan Jalan Rasa-KKB.... tunggu rakan-rakan lain sampai....

Sampai di pekan KKB....uiikk silap...ini nak ke mahkamah KKB....sibuk sikit jalan...banyak kenderaan...

Lepak dulu..take five sebelum kayuhan ke dam KKB....lepas nie nak kena climbing pulak...

Sampai di pintu masuk Empangan KKB......fuuuhh letih mendaki...

Hari ini berkayuh bersama pemain bola sepak Selangor 2.... 

Alamak...tutup ke empangan ini...macam mana nak masuk ini...redah jea lah...nanti kalau kena halau...keluar jea laa...bukan apa pun...nak ambil gambar jea...

Woow...air penuh...capacity maximum....hujan yang kerap turun sejak kebelakangan ini telah menambahkan capacity takungan air di empangan KKB...

Tenang dan mendamaikan sambil mendengar deruan air yang turun...tapi tak lama..sebab security dah jerit bagi tahu yang tempat ini tutup hari ini...pulak dah...baru ingat nak lepak lama dekat sini...

Tak apa lah...lain kali datang lagi....tak ada rezeki nak lepak lama dekat sini....

Mileage hanya 68Km jea dari Bukit Beruntung ke Dam KKB dan berpatah balik...

Fuuhh....puncak paling tinggi di Empangan KKB....memang mencunggap naik dekat sini....

Next time repeat lagi naik Fraser Hill pulak.....

Sunday, 7 June 2020

Offroad PKPB @SCT Loop - 7 June 2020

Semalam kayuh road, hari kayuh offroad pulak. Lama sangat berihat semasa musin PKP, bila dapat peluang guna sepenuhnya. Kayuhan di laluan trek SCT dengan jarak kayuhan sejauh 18Km. Seramai 13 orang pengayuh pada pagi ini dan bermula di Kedai Ajis seawal jam 8 pagi.

Laluan trek basah serta berlumpur disebabkan hujan yang kerap turun sejak kebelakangan ini. Perlu berhati-hati semasa berkayuh terutama semasa downhill. Ada rider yang jauh pada ride kali ini disebabkan laluan berpasir dan licin. Namun tiada kecederaan yang serius.


Pemandangan di kawasan berbukit selepas kilang batu-bata....redup serta nyaman cuaca pada kali nie...memang best berkayuh sebab tak panas...

Berkumpul di kedai Ajiz...dan kayuhan bermula pada pukul 8 pagi...

Berkumpul dulu sebelum memasuki laluan offroad setelah melayan laluan tarmac lebih kurang 2 kilometer...

Laluan masuk ke Pusat Tahfiz Ustaz Halim....

Lepak dulu...tunggu rakan yang lain sampai....

Pusat Tahfiz Ustaz Halim...sunyi sepi disebabkan PKP...tiada penghuni...

Selalunya terdapat pelajar tahfiz di sini....mungkin semuanya sudah balik ke rumah masing-masing disebabkan musim PKP ini...

Climbing pun bermula.....panjang bukit ini...



Kawasan kilang batu-bata.....dulu kawasan ini hutan...tapi sekarang dah gondol kena tarah....habis clear dah kawasan nie...


Kawasan rumput ini pun cantik dulu...tapi sekarang agak teruk disebabkan oleh pembangunan...

Tak boleh kayuh...kita tolak jea....ada anak sungai....

Bergambar dulu kat sini...dulu lagi cantik kawasan nie....


Layan singletrek pulak....menarik laluan ini...dah lama tak layan singletrek..memang teruja...

Singletrek semak samun....laluan yang dah jarang digunakan....semak dah mula tumbuh...

Laluan ladang sawit pulak.....

Layan main lumpur.....teruk nak basuh basikal lepas nie...

Pokok tumbang....


Layan....

Total mileage 29km....tapi dalam trail hanya 18km jea...yang balance tuu sebab berkayuh dari rumah...

Elevation boleh tahan....Bukit Lanjut memang mencabar....panjang betul climbing dia...

Cukup untuk kali ini...lain kali kayuh lagi....10 June nie dah PKPP pulak...boleh kayuh lagi jauh lepas nie...tapi event basikal masih lagi tidak dibenarkan sehingga hujung tahun....kita layan kayuh kita-kita jea laa....

Saturday, 6 June 2020

Kayuhan Rentas Negeri @Warung Misteri Tg. Malim - 6 June 2020

Kayuhan rentas negeri ke Warung Misteri Tanjung Malim pada minggu ini dengan kayuhan bermula dari Bukit Beruntung. Seawal jam 7.15 pagi berkayuh dari Bukit Beruntung bersama Anas dan berkumpul bersama Geng UYB yang bermula dari Antara Gapi di persimpangan KKB-Rasa. Cuaca mendung pada pagi ini.

Melepasi roadblock rentas negeri di hadapan Balai Polis Kelumpang. Kebenaran diberikan kerana kami hanya ingin ke Tanjung Malim dan kemudiannya berpatah balik. Namun warung misteri pada pagi ini tutup maka kami pun bersarapan pagi di warung di sekitar Ulu Bernam.


Sampai di Warung Misteri Tanjung Malim...tapi kedai tutup pulak....tak dapatlah makan nasi kerabu...

Kayuhan bersama Anas dari Bukit Beruntung....

Menunggu rakan-rakan yang lain di persimpangan KKB-Rasa....

Rentas negeri...dah sampai dah Tanjung Malim....

Laluan lenggang ....tidak banyak kenderaan....mungkin disebabkan hujung minggu...

Kedai tutup...kita berposing jea lah depan kedai...tak ada rezeki nak makan nasi kerabu pagi nie...
 
Cari warung lain untuk bersarapan pagi sebelum balik semula ke BB....

Warung di kawasan Ulu Bernam....mematuhi arahan SOP....hanya 2 orang jea untuk satu meja...tokey kedai bagi amaran nanti kena saman....

Makan kuih jea lah.....tak ada mood nak makan nasi.... 

Sarapan dulu....lepas ni nak kayuh balik...kasi carbo-loading dulu...

Basri bersama Geng UYB meneruskan kayuhan ke Selisek manakala kami berpatah balik ke BB...disebabkan ada urusan penting hari nie...

Kayuhan pulang....menempuhi semula roadblock di Kelumpang....

Abang polis bagi lalu....asalkan hanya sampai di Tanjung Malim jea....tak boleh pergi jauh...

On the way...singgah di Shell KKB....beli air dulu...dahaga...

Lepak 20 minit sebelum meneruskan semula kayuhan...cuaca redup pagi nie memang sesuai untuk climbing roller coaster di Jalan Rasa-BB....

Hanya 91km jea.....

Tak dapat jugak target untuk 100km....hanya 91km jea.....nak lajak lagi tapi masa tak mengizinkan...urusan keluarga penting petang nie...
Next week...kayuhan lagi...selagi belum dalam mileage 100km...