Saturday, 24 April 2021
PKPB Nite Hiking Ramadhan @Rawang Bypass - 24 April 2021
Friday, 23 April 2021
PKPB Offroad Nite Ramadhan @Bukit Tagar - 23 April 2021
Setelah sekian lama tidak berkayuh malam terutama di malam bulan Ramadhan, namun kali ini berpeluang untuk berkayuh bersama rakan kayuhan di sekitar Bukit Beruntung. Kayuhan yang pada mulanya kurang mendapat respon namun akhirnya seramai 29 orang pengayuh berkayuh pada malam ini. Kayuhan bermula di Kedai Ajis menuju ke Rasa dan seterunya laluan offroad menyusuri Sungai Selangor sehinggalah ke SKC MK Land dan seterusnya menuju semula ke Bukit Beruntung. Kayuhan santai tetapi bertenaga. Ramai yang berstamina pada malam ini dengan memecut laju sambil membelah kegelapan malam dengan lampu rechargeable masing-masing. Terang-benderang di dalam trek sambil mengelak lopak-lopak air yang terdapat di sepanjang laluan.
Kayuhan tamat pada pukul 12.45 tengah malam, sambil melepak di Restoran Alinas Bukit Beruntung untuk minum menghilangkan dahaga. Harap-harap ada lagi kayuhan malam disepanjang Ramadhan ini. Boleh jugak melepaskan gian untuk berkayuh.
Saturday, 3 April 2021
Mengimbau zaman kegemilangan Sungai Lembing - 3 April 2021
Kehebatan zaman perlombongan bijih timah di Sungai Lembing suatu masa dahulu merupakan sejarah negara yang perlu diingati. Kemuncak zaman kegemilangan perlombongan di sini telah menjadikan kawasan ini maju kehadapan berbanding tempat lain. Tetapi sejarah pelombongan di sini tidak kekal lama apabila zaman kemelesetan serta kejatuhan harga bijih timah pada tahun 1985 telah menyebabkan lombong yang diusahakan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) ditutup pada tahun 1986. Teknik perlombongan dengan cara mengali terowong bawah tanah kerana tanah di sini berbatu keras. Kawasan perlombongan di sini juga dikenali sebagai El-Dorado. El-Dorado merupakan cerita lagenda mengenai seorang ketua suku yang tinggal di Amerika Selatan yang badannya diseliputi dengan debu emas.
Pusat perlombongan bijih timah ini mencapai zaman kegemilangan di sekitar tahun 1940-an sehingga 1950-an dan merupakan lombong bijih timah yang terbesar di dunia ketika itu. Sejarah pelombongan Sungai Lembing bermula pada tahun 1888 apabila Almarhum Sultan Ahmad Muadzam 1 bersetuju dengan penubuhan syarikat Pahang Corporation Limited (PCL). Kawasan seluas 2,500 ekar persegi telah dipajakkan selama tempoh seratus tahun. Pada tahun 1915 syarikat ini telah ditukar nama kepada Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) dan seterusnya ditukar kepada Pahanag Investment Public Limited Company (PIPLC) pada tahun 1984. Dalam tempoh beroperasi, lombong ini telah mengeluarkan 13 juta tan metrik bijih timah kasar yang menghasilkan 150,000 tan metrik jongkong timah dengan nilai hampir USD 2,000 juta.