Wednesday, 28 September 2022

Kayuhan PKNS Nature Ride @Azhara Antara Gapi - 25 September 2022

Kayuhan PKNS Nature Ride anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di kawasan perumahan Azhara Antara Gapi. Kayuhan ini bertujuan untuk mempromosikan kawasan perumahan Azhara dan seterusnya perumahan di sekitar Antara Gapi. Kayuhan yang disertai lebih kurang 180 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Kayuhan santai di sekitar perumahan Antara Gapi. Kayuhan sejauh lebih kurang 8km dan bermula pada pukul 8.40 pagi. Kayuhan bersama wife kali ini kerana sudah lama tak merasai suasana berjambori.

Setakat hari ini selepas MCO dan aktiviti rekreasi telah dibenarkan, masih belum lagi menyertai mana-mana event berbasikal mahu pun berlari. Hanya pada bulan November nanti akan berlari di Standard Chartered KL Marathon, itu pun register pada tahun 2020 dan event ditunda sehingga ke tahun ini. Masih lagi belum membuat persediaan untuk berlari jarak jauh. Badan semakin kembang akibat MCO.

Kayuhan pagi ini disertai oleh pelbagai jenis basikal terutama mountain bike, road bike dan juga folding bike. Ramai yang membawa family sambil berkayuh. Puncak tertinggi yang didaki terletak di kawasan bukit tangki air. Laluan ini merupakan laluan semasa Kayuhan Antara Gapi pada tahun 2009. Banyak kenangan di Antara Gapi di awal penglibatan dalam dunia berbasikal. Tapi banyak juga kawasan hutan serta belukar yang telah dibersihkan untuk pembangunan.    


Bergambar di atas puncak paling tinggi di Antara Gapi....berkumpul beramai-ramai sambil melayan pemandangan di sini....

Starting point di Taman Perumahan Azhara Antara Gapi...kayuhan bermula pada pukul 8.40 pagi...dah lama tak merasa berkayuh beramai-ramai semenjak MCO...sekarang dah malas nak masuk event...lebih layan kayuh sendiri-sendiri atau dekat-dekat rumah jea...

Ramai yang berkayuh bersama family masing-masing...kayuhan santai bersama keluarga jea....

Kayuhan menuju ke simpang menghala Ulu Yam...tetapi tak sampai sana pun...buat pusingan u-turn...15 tahun dulu,laluan ini tiada...terdapat kolam pancing di sini dan tanah masih lagi ladang kelapa sawit...

Kayuh santai-santai jea...janji happy....

Climibing sikit dekat depan tuu...sebelum masuk ke taman perumahan yang baru...serta melalui Taman Tasik Antara Gapi....

Mendaki ke puncak tangki air.....ramai yang menolak basikal di sini...ada yang tak larat nak berkayuh....

Basikal yang pertama di beli masih lagi di sini....sekarang turun dengan wife dan anak pulak guna...first time beli dulu dekat Kedai Samy Batu Caves....masa itu kedai Samy masih lagi kedai papan tepi sungai sebelum pindah ke bangunan baru...rasanya dah 10 tahun tak pergi kedai Samy..

Bergambar dulu sebelum turun...layan downhill lepas ini...

Naik folding bike jea.....dah lama tersimpan....tak guna-guna...sesekali kena pakai jugak...

Laju jea turun...dulu masa Kayuhan PKNS Antara Gapi....jadi cameraman....duduk dekat cerun ini sambil ambil gambar peserta jamboree...dah lama sangat dah zaman tuu...tapi koleksi gambar masih simpan lagi...

Kejap jea dah sampai bawah...tadi kayuh naik macam nak putus nyawa....

Sampai semula di taman perumahan Azhara....pengacara masjis pada pagi nie...Azli Senario...

Sampai-sampai terus menuju ke food truck....makan memang mewah...ambil sahaja apa yang nak...ada 4 bijik food truck yang menyediakan makanan seperti air manggo blended, kebab, nasi ayam kunyit, mocha serta latte blended serta apam balik...puas betul makan...PKNS kalau buat event...bab makanan memang terbaik...

Dulu masa Bernam Jaya MTB Jamboree pun sama jugak....makanan mewah, makan sampai puas....siap pengacara masjid, Zainal Abidin Headwind lagi....Azlynn Hi Hi Bye Bye time nie memang pengayuh tegar MTB....sampai pergi Thompson Trail Cameron Highland pun dia ada...

Food truck...minuman...ada ice blended bermacam-macam....minta jea...tak payah bayar...nak beratur banyak kali pun tak apa...selagi belum habis...bedal jea...

Food truck...kebab....boleh tahan juga rasa kebab dia...mantap..

Layan makan sampai tersandar....

Acara lucky draw bermula....ada hadiah basikal..tapi macam biasa tak lucky....hanya lucky dapat botol air jea....jadilahhh...

Tak tunggu sampai acara habis...kena balik awal...tak sempat jumpa dengan pasukan bola Selangor...sebab dia orang masih lagi on the way nak sampai ke sini...gerak dulu...

Ramai jumpa geng-geng lama basikal dekat sini terutama rakan-rakan dari PKNS...geng yang jumpa time first time kayuhan ke Thompson Trail pun ada....dah lama sangat tak berjumpa....

Kalau ada event lagi...pasti akan datang untuk support kawan-kawan....terima kasih PKNS...

Mileage tak penting..yang penting dapat jumpa dengan kawan-kawan lama...ramai yang masih lagi aktif berbasikal...dan ramai juga dah beralih kepada sukan lain...yang penting tetap kekal sihat...

Kayuh basikal dah sudah....hiking bila lagi nie....dah lama sangat tak bau hutan nie...

Monday, 26 September 2022

MTB Offroad @Bukit Tagar - 18 September 2022

Kayuhan offroad ke Bukit Tagar dengan melalui Jalan Rasa serta menyusuri Sungai Selangor sehingga ke Bukit Tagar. Sudah lama tidak berkayuh di laluan ini. Jika dulu, laluan ini merupakan laluan yang sering digunakan pada hujung minggu. Laluan menyusuri Sungai Selangor adalah landai serta berbatu dan kadang-kadang terdapat juga lopak-lopak air yang bertakung. Kayuhan bermula pada pukul 8.15 pagi setelah bersarapan di Kedai Ajis. Hanya 6 orang pengayuh sahaja yang berkayuh kali ini.

Laluan roller coaster di jalan BB-Rasa sememangnya cabaran awal yang perlu dilalui. Penat kayuhan semalam masih belum habis, hari ini kayuh lagi di laluan ini. Setelah sampai di Rasa, bergambar dulu di jambatan besi Rasa. Banyak sejarah dan cerita yang terdapat di jambatan ini, kerana ia dibina semasa zaman penjajahan British dulu dan kawasana Hulu Selangor sememangnya terkenal dengan kawasan perlombongan bijih timah. 


Dah lama tak ber"offroad"....mencari semangat yang hilang....

Habis layan roller coaster jalan BB-Rasa.....rasa nak minta nyawa laluan dekat sini....lepak rehat dulu sebelum masuk laluan offroad...

Jambatan besi Rasa yang dibina di zaman penjajah British...jambatan ini bagi memudahkan laluan untuk membawa keluar bijih timah....

Berposing dulu...sebelum meneruskan semula kayuhan...

Laluan landai dan berpasir serta berdebu.....menuju ke SKC...berhampiran dengan MK Taman Bunga Raya....

Menyusuri Sungai Selangor....ramai pemancing tegar di kawasan ini....setiap sudut ada sahaja pemancing yang mencari rezeki di sini atau sekadar hobi meluangkan masa....

Jambatan yang telah roboh....suatu masa dahulu jambatan ini digunakan untuk merentasi sungai....namun disebabkan pembukaan tapak kolam ikan serta aktiviti mengorek pasir yang giat dijalankan dulu menyebabkan jambatan ini runtuh...

Titi kayu yang dibina semula untuk kemudahan melintas di kawasan ini...akan cuba berkayuh di laluan ini nanti...nampaknya laluan ini boleh dilalui...

Bergambar lagi....kali ini di dalam kebun sawit menuju ke SKC....

Di kawasan perumahan berhampiran dengan Bukit Beruntung Golf Club....dah lama tak bergambar di sini...

Setelah penat berkayuh...sebelum balik, singgah di Restoran Rahim Bukit Sentosa untuk lepak dan minum....plan nak kayuh mana lagi selepas ini...

Mileage hanya 31km sahaja.....cukup untuk minggu ini ber"offroad"....next time kayuh di Widuri pulak...

Kayuhan ke Empangan Sungai Tenggi akan dirancang selepas ini....sudah lama tidak berkayuh di sana...pasti banyak perubahan...in sya Allah akan menyusul semula...

Sunday, 25 September 2022

Kayuhan Lontong Kering @Serendah - 17 September 2022

 Kayuhan santai bersama Pak Brahim menuju ke Gerai Lontong Kering di Serendah. Gerai ini terkenal dengan hidangan lontong keringnya walaupun terdapat juga juadah makanan yang lain. Plan yang sebenarnya untuk berkayuh ke Warung Misteri Tanjung Malim tetapi disebabkan jarak kayuhan yang jauh dan mungkin akan balik dalam keadaan cuaca panas terik, maka hajat tersebut terpaksa dibatakkan dan hanya ke Serendah.

Kayuhan bermula seawal jam 7.15 pagi dalam suasana mendung pagi tetapi panas semasa kayuhan pulang. Seperti biasa kayuhan di laluan roller coaster Bukit Beruntung-Rasa menjadi cabaran di awal pagi. Terserempak dengan ramai pengayuh pagi ini. Masing-masing dengan hala tujuan sendiri.


Adduhh....tak sempat nak ambil gambar sebelum....dah licin baru teringat nak ambil gambar....nampak sangat lapar betul....kalau nak merasa lontong kering boleh waze jea...bukan setakat lontong kering, lontong basah pun ada...akan berjumpa dengan simpang ke Air Terjun Serendah dan Telaga 7 dahulu sebelum sampai...

Berkayuh bersama Pak Brahim....otai yang kuat berkayuh....kayuhan pun padu...

Tak banyak gamabr kali ini.....tak sempat nak ambil gambar...fokus dengan kayuhan....

Bukit Beruntung Loop....sambil makan lontong....tak nak kayuh jauh-jauh sangat, sebab esok nak kayuh offroad pulak....

Saturday, 3 September 2022

Pewaii Ride @Bukit Beruntung - Dam KKB - 3 September 2022

Kembali semula di atas saddle setelah sekian lama menyepikan diri dan sibuk dengan aktiviti lain serta kerja. Kayuhan solo dari Bukit Beruntung ke Empangan KKB dalam cuaca mendung tetapi tetap pewaii. Maklumlah dah lama tak berkayuh, rasa perit semasa climbing roller coster di Jalan Rasa-Bukit Beruntung. Rasa minta nyawa nak habiskan kayuhan di laluan ini. Time nak balik lagi azab setelah tenaga habis digunakan untuk sampai ke Empangan Kuala Kubu Bahru. Suasana berangin semasa climbing ke empangan yang menyeksakan. Kuat angin pagi ini. Terserempak dengan beberapa pengayuh yang berkayuh ke Fraser Hill. Rasanya dah lama sangat tak renew lesen Fraser ini, tapi apa kan daya masih belum fit lagi untuk ke sana.


Dah lama tak berkayuh...memang pewaii dibuatnya....climbing sambil minta nyawa...inilah akibatnya kalau kurang berkayuh memang goyang kepala lutut...

Solo jea kali ini...tak ada geng nak kayuh...tapi disebabkan dah gian nak kayuh....layan kan jea laa....janji kayuh...

Tunggu keretapi lalu lambat sangat....mungkin awal lagi....time kayuh menuju pekan KKB baru lalu..tak sempat nak ambil gambar...

Pekan KKB...banyak kereta pagi ini....jalan sibuk....kena berhati-hati...

Setelah penat climbing....akhirnya sampai di puncak empangan....terserempak dengan sorang dua pengayuh sahaja semasa naik...tapi time turun terdapat lebih kurang 20 orang pengayuh berkayuh menuju ke Fraser Hill...

Bergambar dekat sini jea....tak boleh nak masuk kawasan empangan...palang bertutup....nanti tak pasal-pasal kena marah...

Takungan air nampak penuh....alhamdullilah..hujan turun hampir setiap hari sejak kebelakangan ini... dari sini tak nampak sangat view tasik...banyak pokok dah tumbuh tinggi menghalang pandangan...

Jadilah....bukan nak race pun...

Puncak paling tinggi di empangan KKB setinggi 200 meter lebih....

Next ride tak tahu lagi....belum plan lagi....