Saturday, 6 February 2010

Kayuhan Trek Bkt.Beruntung-Bkt. Tagar - 6 February 2010

Kayuhan pada hari ini (6 Feb 2010) melalui trek Bukit Tagar. Laluan yang pernah kami lalui pada bulan lepas. Pada hari ini kayuhan adalah santai dan bersahaja. Ini kerana pada keesokan harinya, kami akan melakukan kerja-kerja pembersihan trek laluan HASH KLMBH Sungai Buaya bersama members KLMBH. Hari ini, tidak ramai ahli PRCC yang berkayuh. Kami hanya terdiri daripada 7 orang (Anwar,Babat,Bat,Peroz,Azam,Ain & Azrul). Tempat permulaan adalah di Petronas Bukit Beruntung.

Laluan seperti biasa, berpasir dan sedikit landai menuju Bukit Tagar. Tetapi di laluan tarmac berhadapan Bukit Beruntung Golf Club, kami disajikan dengan laluan yang mendaki.
Laluan berbatu & landai

Semasa menuruni laluan berpasir, Anwar telah mengalami kerosakan basikal pada bahagian rear hub. Rear hub telah pecah dan menyebabkan beliau telah berpatah balik. Kami berenam telah meneruskan kayuhan semula.
Lepak tepi sungai.....




Macam tak ade lesen jea... curi pasir

Setelah berpatah balik dari Bukit Tagar, kami melalui kawasan ladang sawit dan seterusnya menuju ke Taman Bunga Raya,MK Land. Kayuhan kami tamat di Petronas Bukit Beruntung pada pukul 11.30 pagi sejauh 32km.


Terlalu awal untuk pulang ke rumah, kami pun berhenti untuk minum di gerai berhadapan dengan Grand Union Bukit Beruntung. Setelah pukul 12.30 tengahari, kami pun bersurai kerana esok ade kerja menanti kami untuk HASH Sungai Buaya bulan ini.

No comments:

Post a Comment