Monday, 31 October 2011

Kuala Kangsar MTB Jamboree 2011 - 30 October 2011

Kuala Kangsar MTB Jamboree 2011 merupakan acara tahun kedua yang telah dianjurkan di bandar Kuala Kangsar,Perak dengan nama "Kayuhan Kuale". Tahun ini berpeluang untuk berkayuh di sana setelah tahun lepas tidak berkesempatan disebabkan tarikh yang sama dengan Nite Ride Burung Hantu. Daripada maklum balas rakan-rakan mtb yang lain, trek pada tahun lepas memang best walaupun terdapat kelemahan dari pihak pengajur. Malahan pada kali ini, penyertaan mencecah 2226 orang dimana boleh dikatakan sebagai antara jamboree yang paling ramai jumlah penyertaan.

Distance : 42.5 Kilometer
Moving Time : 3 hours 7 minutes
Stopped Time : 18 minutes 54 seconds
Max Speed : 46.8 km/hour
Moving Avg : 13.6 km/hour


Di starting point.... dah ramai riders di garisan permulaan, ada yang dah stand-by seawal pukul 6.30 pagi...

Bersama Bro Aloi TM Bikers...


Riders di garisan hadapan....





VVIP berkayuh santai dahulu....


Flag Off pada pukul 7.35 pagi...


Semuanya nampak berjalan dengan lancar ketika ini...


Berlaku sedikit kekecohan apabila laluan telah ditukar menyebabkan ramai riders tidak pasti arah laluan yang betul...marshal mengarahkan peserta berkayuh menuju Istana Negeri tetapi tindakan tersebut bukan satu tindakan yang wajar disebabkan laluan tersebut akan berpatah balik semula ke laluan asal...

Riders mula protes.... menunggu arahan dari pihak penganjur... 

Keadaan makin tak terkawal apabila kesesakan lalu lintas di tengah bandar Kuala Kangsar...

Akhirnya peserta berkayuh menuju lebuhraya ke Grik untuk meneruskan laluan yang sebenar....

Laluan off road bermula.... kesesakan semasa first climbing....ramai yang terpaksa menolak basikal


Jumlah peserta yang mencecah 2200 orang menyebabkan laluan semakin sukar...


Climbing singletrek....


Batu belah batu bertangkup....


Take 5 dulu...letih climbing bukit.... boleh tahan jugak bukit yang kena panjat ni...


Pemandangan dari puncak....

Riders paling awal sampai.. Hafiz Rosli...

Di antara riders yang sampai awal di finishing line...



Sampai di garisan penamat pada pukul 10.52 pagi dengan kayuhan sejauh 42.5 kilometers...





Peserta di Arena Square....

Pentas utama....

Laluan sejauh 42 kilometers....

Puncak paling tinggi...620ft...

Secara keseluruhannya, laluan trek Kuala Kangsar Jamboree kali ini memang layak diberikan pengiktifaran sebagai salah satu trek yang terbaik. Tetapi disebabkan oleh persediaan yang kurang mantap dari segi pengurusan, maka berlaku apa yang tidak dijangkakan. Tidak perlu diulas panjang disebabkan banyak komen-komen dari website rakan-rakan mountain bike yang lain. Tetapi segala pengajaran perlu diambil perhatian dan pedoman untuk mereka yang bercadang untuk menganjurkan jamboree pada masa akan datang. Sudah banyak kita dengar jamboree yang diboikot serta dicerca oleh para riders dan tidak kurang juga jamboree yang dipuji serta diangkat sebagi jamboree yang terbaik.

Wednesday, 26 October 2011

Kayuhan Lembah Beringin - 26 October 2011

Sempena cuti Depavalli, peluang untuk berkayuh tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Kali ini kami bertandang di Lembah Beringin bagi memenuhi jemputan dari Beringin Bikerz Club (BBC). Seramai lebih kurang 60 orang pengayuh dari sekitar Hulu Selangor serta Tanjung Malim telah turut serta. Kayuhan kali ini bercorak santai tapi penuh dengan pendakian.

Distance : 24.8 Kilometers
Moving Time : 2 hours 18 minutes
Max Speed : 48.5 km/hour
Moving Avg : 10.8 km/hour


PRCC : Wak,Along,Nuar,Bard,Hilmi,Azam



Breakfast dulu.....me hoon goreng & air teh...




Briefing dari BBC....


Starting point....

Laluan singletrek... trek licin dan berlumpur


Check Point... take five dulu....



Perumahan terbengkalai....banyak rumah kediaman yang separuh siap tanpa penghuni....ini adalah permandangan biasa di kawasan Lembah Beringin....

Water Station.....rehat dulu sebelum meneruskan kayuhan...


Laluan ladang getah...

Sesat kena patah balik....


Trek yang menarik...





Last climbing sebelum sampai ke finishing line....


Trek sejauh 20 kilometers...

Puncak paling tinggi...420ft

Terima kasih kepada Beringin Bikerz Club (BBC) atas jemputan untuk berkayuh di trek Lembah Beringin dan juga jamuan sarapan pagi serta tengahari yang telah disediakan.