Distance : 42.5 Kilometer
Moving Time : 3 hours 7 minutes
Stopped Time : 18 minutes 54 seconds
Max Speed : 46.8 km/hour
Moving Avg : 13.6 km/hour
Di starting point.... dah ramai riders di garisan permulaan, ada yang dah stand-by seawal pukul 6.30 pagi...
Bersama Bro Aloi TM Bikers...
Riders di garisan hadapan....
VVIP berkayuh santai dahulu....
Flag Off pada pukul 7.35 pagi...
Semuanya nampak berjalan dengan lancar ketika ini...
Berlaku sedikit kekecohan apabila laluan telah ditukar menyebabkan ramai riders tidak pasti arah laluan yang betul...marshal mengarahkan peserta berkayuh menuju Istana Negeri tetapi tindakan tersebut bukan satu tindakan yang wajar disebabkan laluan tersebut akan berpatah balik semula ke laluan asal...
Riders mula protes.... menunggu arahan dari pihak penganjur...
Keadaan makin tak terkawal apabila kesesakan lalu lintas di tengah bandar Kuala Kangsar...
Akhirnya peserta berkayuh menuju lebuhraya ke Grik untuk meneruskan laluan yang sebenar....
Laluan off road bermula.... kesesakan semasa first climbing....ramai yang terpaksa menolak basikal
Jumlah peserta yang mencecah 2200 orang menyebabkan laluan semakin sukar...
Climbing singletrek....
Batu belah batu bertangkup....
Take 5 dulu...letih climbing bukit.... boleh tahan jugak bukit yang kena panjat ni...
Pemandangan dari puncak....
Riders paling awal sampai.. Hafiz Rosli...
Di antara riders yang sampai awal di finishing line...
Sampai di garisan penamat pada pukul 10.52 pagi dengan kayuhan sejauh 42.5 kilometers...
Peserta di Arena Square....
Pentas utama....
Laluan sejauh 42 kilometers....
Puncak paling tinggi...620ft...
Secara keseluruhannya, laluan trek Kuala Kangsar Jamboree kali ini memang layak diberikan pengiktifaran sebagai salah satu trek yang terbaik. Tetapi disebabkan oleh persediaan yang kurang mantap dari segi pengurusan, maka berlaku apa yang tidak dijangkakan. Tidak perlu diulas panjang disebabkan banyak komen-komen dari website rakan-rakan mountain bike yang lain. Tetapi segala pengajaran perlu diambil perhatian dan pedoman untuk mereka yang bercadang untuk menganjurkan jamboree pada masa akan datang. Sudah banyak kita dengar jamboree yang diboikot serta dicerca oleh para riders dan tidak kurang juga jamboree yang dipuji serta diangkat sebagi jamboree yang terbaik.