Sunday, 31 January 2021

PKP 2.0 Offroad Ride @SCT Loop 2 - 31 January 2021

Kayuhan offroad yang pertama untuk tahun ini semasa musim PKP 2.0 di laluan trail SCT. Kayuhan santai sahaja disebabkan  sudah lama tidak berkayuh offroad. Laluan agak basah serta berlumpur disebabkan oleh hujan yang turun sejak kebelakangan ini. Walaupun kayuhan di dalam hutan sawit serta semak belukar namun pematuhan SOP masih lagi dititikberatkan. Jumlah pengayuh juga dihadkan supaya tidak terlalu ramai dan akan menyebabkan terlalu sesak semasa di dalam trail.

Kayuhan bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Walaupun terdapat banyak incident basikal yang mengalami kerosakan namun kayuhan tetap diteruskan.  


Kayuhan offroad yang pertama untuk tahun ini....terasa lama sangat tidak berkayuh di dalam trail....level of confident jadi out time turun downhill...terasa nervous pulak...

Laluan agak lembab serta basah.... 

Muka macam pewaii jea...maklumlah dah lama tak masuk offroad....

Dah lama tak dapat suasana macam nie...memang best...


Kebun sayur Serendah....ada kangkung dan bayam di tanam di sini....walaupun nampak tanah berbatu kelikir tetapi sayur tetap hidup subur....baja taik ayam pun boleh tahan baunya...harum semerbak bau kasturi....nak muntah dibuatnya...

Dulu kawasan nie kecil jea...tapi sekarang dah bertambah besar....banyak tanah baru yang telah diterokai...

Lepak bergambar dulu....

Jarak masih jauh lagi.... lepak rehat dulu....sambil berborak...tak ada apa yang hendak dikejarkan...lagi pun ada rakan yang mengalami kerosakan basikal....tunggu basikal siap repair dulu baru kayuh semula...

Climbing dulu sebelum sampai di kebun sayur...laluan berpasir...

Cross sungai...banyak sangat batu tak boleh kayuh...tolak jea...air sungai nampak kotor dan berbau baja yang disalirkan dari kebun sayur... tak sesuai untuk basuh tangan di sunagi ini....

Ladang sawit belakang Perodua....sekarang dah jadi kilang Ingress AOI yang baru...kilang pertama di Malaysia yang menggunakan Hot Stamping process dalam pembuatan komponen kenderaan untuk Perodua...

Climbing di laluan ini walaupun masih lagi belum dibuka untuk public....masih lagi dalam pembinaan walaupun agak perlahan projek disini...tidak seperti mula-mula dulu...rancak dengan jentera berat yang membuat kerja-kerja meratakan tanah serta bukit....

Hari semakin panas.....kena bergegas pulang awal hari nie disebabkan ada urusan kerja yang perlu diselesaikan...

Jom balik....

UMW High Value Park...kawasan ini akan pesat membangun tak lama lagi...banyak kilang-kilang akan didirikan disini.... kilang UMW Aerospace menjadi pemangkin dalam pembangunan di kawasan ini...

Kawasan yang masih lagi dalam pembinaan...jika dah siap nanti, pasti hebat kawasan ini....nilai harga tanah pun akan meningkat...taraf hidup pun akan terus meningkat....

Hari dah panas....jom balik...lepas nie layan tarmac pulak...

Cukuplah walaupun pun hanya 25km jea....nanti sambung lagi kalau PKP tidak melarang untuk berkayuh basikal...walaupun ada ura-ura mengatakan akan dilarang sebarang aktiviti sukan selepas 4hb February nanti...harap-harap tidak lah....

Ok...next time kayuh lagi....

Sunday, 24 January 2021

PKP 2.0 Solo Ride @Puncak Avian Ulu Yam - 24 January 2021

Kayuhan di musim PKP 2.0 disekitar kawasan Hulu Selangor sahaja. Kali ini kayuhan mendaki di kawasan perkelahan Ulu Yam Sungai Tua dari Antara Gapi. Kayuhan mendaki lebih kurang 10km manakal 3 km yang terakhir mempunyai kecuraman sehingga 9%. Disebabkan laluan di sini di tutup dengan batu penghadang jalanraya maka tidak banyak kenderaan yang lalu di sini. Agak selesa untuk berkayuh tanpa gangguan dari kenderaan yang lain.

Tetapi terdapat juga kenderaan yang melakukan pemindahan barangan di sini disebabkan sempadan daerah ditutup. Terdapat juga orang ramai yang datang untuk mengambil air bukit di kawasan ini. 


Mendaki sehingga ke puncak kawasan perkelahan Ulu Yam...tidak pasti bagaimana nama "Avian" diberikan untuk laluan di sini...jika dulu hanya dikenali sebagai puncak Ulu Yam...

Kayuhan bermula lewat hari nie...jam 9 pagi baru mula berkayuh dari Antara Gapi....cuaca pun agak panas pada kali ini....terasa bahang semasa membuat pendakian kali ke-2...

Sampai di puncak....terdapat beberapa kenderaan yang sedang memunggah barangan untuk diambil oleh pembeli disebabkan penutupan sempadan daerah...terdapat kenderaan majlis perbandaran yang memantau segala aktiviti di sini... walaupun terdapat pengayuh lain, tetapi penjarakan sosial tetap dilakukan bagi mematuhi SOP yang telah diberikan...

Bergambar dulu sebelum turun semula untuk pendakian kali ke-2...jarak pendakian dari Sekolah Sains Hulu Selangor sehingga ke puncak...lebih kurang 10km sahaja....kalau tak puas kayuh boleh repeat sepuas hati selagi termampu... 

Pendakian kedua...hari semakin panas ..niat di hati nak buat 3 pusingan...namun disebabkan cuaca semakin panas....cukup sekadar untuk hari ini...minggu depan boleh repeat lagi....

3km sebelum sampai ke puncak....laluan semakin mendaki....tetapi masih lagi tidak seteruk jika berkayuh dari arah Selayang....dari Selayang laluan lebih mencabar serta pendakian pacak yang sememangnya menyakitkan....

Sampai ke puncak semula....muka ada senyum....

Kalau dah sampai di sini..tak sah kalau tak bergambar dekat signboard nie....ini tandanya dah sampai puncak....

Terdapat orang ramai yang mengambil air bukit di kawasan ini...dikatakan air bukit di sini mengandungi kandungan alkali yang tinggi...

Park basikal dekat batu penutup jalan sebelum turun ke Antara Gapi....batu penghalang ini siap di welding dengan besi disebabkan ada orang yang cuba mengalihkan batu ini... itu sebabkan kena welding terus tak boleh nak alihkan....

Hadapan pintu Sekolah Sains Hulu Selangor....hanya pelajar tingkatan 5 sahaja yang ada.... untuk menduduki peperiksaan SPM....suasana sunyi dan sepi...

Bergambar sambil berteduh dari sinaran matahari....panas kali ini...maklumlah dah lama tak hujan...

Simpang masuk Antara Gapi....hati-hati dengan selekoh ini...banyak kejadian kemalangan berlaku di sini disebabkan terbabas semasa menuruni jalan ini....jalan Ulu Yam ini memang terkenal dengan pengemar motor berkuasa tinggi untuk menguji kecekapan serta kehandalan masing-masing....disebabkan itu, jika bukan PKP...laluan ini bukan pilihan untuk berkayuh disebabkan faktor keselamatan.... tak kira motor, kereta mewah juga suka berlumba sambil menunjukan kehandalan di sini...

Cukup lah untuk minggu nie...lain kali kayuh lagi...itu pun kalau tak jadi lockdown sepenuhnya selepas 4 February nie....kalau lockdown terus, maka gantung basikal balik semula laa nampaknya dan duduk diam-diam dekat rumah jea...jadi macam tahun lepas semula....harap-harap Covid-19 ini akan menurun seperti sebelumnya...

Dua kali mendaki....lain kali buat empat kali pulak....kalau start awal mesti tak berapa panas....

Laluan mendaki disepanjang laluan....memang bagi untuk melatih kekuatan kaki di sini...

Saturday, 16 January 2021

PKP 2.0 Solo Ride @Bukit Beruntung - 16 January 2021

Kayuhan pembuka tirai tahun baru 2021walaupun sudah 2 minggu berlalu dengan kesibukan urusan kerja serta keluarga. Kayuhan solo di musim MCO@PKP kali kedua di Selangor disebabkan penambahan kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi sejak akhir-akhir ini. SOP kali ini hanya membenarkan kayuhan solo disekitar radius 10km dalam tempoh masa 6 pagi sehingga 8 malam. Disebabkan sudah lama tidak berkayuh, kali ini hanya kayuhan santai sahaja dan jarak kayuhan juga dihadkan supaya tidak melanggar SOP.

Kayuhan bermula seawal jam 7 pagi dalam keadaan masih lagi gelap dan keadaan jalanraya yang agak lenggang disebabkan banyak sektor ekonomi yang masih lagi ditutupkan dan orang ramai tidak bekerja. Cuaca pagi ini mendung dan memang sesuai untuk berkayuh.  

Kayuhan musim PKP dan juga pertama kali untuk tahun nie....boleh dikatakan kayuhan tahun baru laa...

Kayuh solo jea pagi nie...follow SOP...nanti kena saman susah...i-Sinar pun tak dapat...tapi kalau dapat pun..takut upgrade basikal pulak...

Bukan senang dapat peluang tengok keretapi lalu....ini keretapi nak ke utara ini tapi bukan ETS....

Masih lagi jentera lama....kalau dapat i-Sinar confirm tukar frame baru....pakai apa yang ada jea...

Layan tengok keretapi lalu jea laa...pagi nie tak ramai yang berkayuh...kalau terserempak pun ramai yang solo jea...follow SOP tak boleh berkumpulan.... asalkan dapat kayuh..janji kayuh...

Sempat juga record time keretapi ETS lalu....

Tak tunggu lama.....terus patah balik....tak boleh lama-lama kali ini....

On the way balik pun kenderaan tak banyak....tapi laluan disini tetapi kenderaan laju...kena lebih berhati-hati terutama pada lori dan bas....

Cukup lah asalkan keluar peluh.....next time kayuh lagi...harap-harap MCO tak lama lah kali ini...lepas 26hb kita kayuh jauh pulak....lepas PKPB hari tuu baru plan nak kayuh jauh kena lockdown balik...apa-apa hal kita follow SOP...."KitaJagaKita"....harap Covid-19 ini akan berakhir tidak lama lagi....
In sya Allah....