Gua Batu Maloi terletak di
Hutan Lipur Batu Maloi di daerah
Johol, Negeri Sembilan. Ia merupakan gua batu granit yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan merupakan kawasan lembah di antara dua puncak gunung iaitu
Gunung Datok dan
Gunung Tampin. Ia terbentuk hasil daripada pertindihan di antara batu-batu besar yang bergolek jatuh dari gunung tersebut. Disebabkan tindihan batu-batu ini, terbentuklah satu lorong laluan gua dan di dalamnya terdapat laluan sungai. Gua ini juga merupakan gua batu granit yang terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang 2.38 kilometer didalamnya manakala panjang luarannya pula adalah 987 meter. Kawasan ini dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan permit kebenaran masuk diperlukan sebelum aktiviti dijalankan.
Perjalanan dari ibukota Kuala Lumpur ke kawasan hutan lipur ini mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan jarak perjalanan lebih kurang 157km. Pakej yang kami ambil bernilai RM40 termasuk permit kebenaran bersama guide.
Pengalaman yang baru yang tak pernah dirasai sebelum ini....suatu kelainan serta begitu teruja semasa berada di dalam gua batu granit yang gelap serta arus air yang deras....
Rakan-rakan outdoor yang sporting dan sentiasa ceria walaupun dalam keadaan penat dan letih...saling bantu membantu di sepanjang aktiviti...
Puas mandi sungai sambil mengharungi arus deras di dalam gua sambil menyelam dan menyelinap di celah-celah batu yang tajam serta licin....
Suasana gelap di dalam gua memerlukan setiap peserta memakai headlamp bagi memudahkan pergerakan dicelah-celah batu...
Sinaran mentari pagi di celah-celah pokok sambil menghirup udara segar....
Ceria....
Arus sungai yang kadang-kadang deras memerlukan tenaga yang lebih untuk mengharunginya....suhu air yang sememangnya sejuk membuatkan kami mengigil kesejukan semasa berada di dalam air...
Memanjat akar kayu di atas bongkahan batu granit....
Celah batu yang berakar....
Laluan licin serta berlumut...
Aksi Nuar bergayut pada akar pokok.....
Memasuki phasa 2 penjelajahan di dalam dua setelah berehat untuk bersarapan pagi...
Berada di celah bongkahan batu granit yang besar....
Kawasan batu ini mempunyai lagendanya yang tersendiri...batu di belakang itu seperti lukisan manusia dan ia terhasil daripada air yang menitis di atas batu tersebut....air keluar dari celah permukaan batu sehingga terbentuk lukisan manakala kawasan sekitar batu adalah kering....suatu keanehan...lukisan yang terbentuk seperti bentuk manusia iaitu dikatakan adalah Puteri Bunian di sebelah kiri manakala Maloi di sebelah kanan...
Dikatakan bahawa mereka ini bercinta, namum terhalang lalu melarikan diri....
Maloi merupakan watak lelaki orang asli yang tinggal di sini lalu jatuh cinta denga Puteri Bunian, namun kisah cinta mereka ini dihalang lalu mereka melarikan diri di sini....
Kawasan ini juga dijadikan sebagai tempat permujaan pada masa dahulu...di mana penduduk yang mengharapkan kebun buah mereka berbuah dengan lebat serta menghasilkan buah yang banyak melakukan penyembahan di sini....
Berada di Gua Perahu....bergambar dahulu sebelum meneruskan perjalanan...
Menghirup udara di luar gua dulu....
Gua Kelawar....banyak tahi kelawar di sini...bau pun agak kurang menyenangkan..banyak tahi kelawar di dinding gua dan perlu berhati-hati sebelum menyentuhnya...
Gelap....
Menyelam di celah-celah batu sememangnya agak menyeramkan...takut tersepit di celahan batu....
Air terjun di dalam gua...arus deras...
Antara kawasan air paling dalam....
Kawasan ini agak luas namun kedalaman air mencecah ke paras kepala....
Happy ending....berada di penghujung laluan ...xpdc berakhir di sini...
Berendam dalam air dulu sebelum menuju ke starting point....jarak ke starting point mengambil masa lebih kurang 15 minit....
Bergambar sebelum memulakan xpdc menjelajah Gua Batu Maloi....
Briefing oleh abg Zabani, Ranjer Jabatan Hutan Negeri Sembilan....kalau ada sesiapa yang selalu mendaki di Gunung Datuk pasti akan bertemu dengannya semasa mendaftarkan diri....
Jika ada sesiapa yang berminat untuk menyusuri Gua Batu Maloi ini bolehlah menghubungi beliau di talian di bawah...
010-893 7353
Pengalaman beliau yang luas serta cukup menitik-beratkan aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti sememangnya dipuji...segala langkah keselamatan serta tip-tip yang berguna semasa di dalam gua diterangkan agar semula peserta sentiasa peka dengan langkah-langkah keselamatan bagi menghindarkan kejadian buruk yang tidak diingini....
Bersedia untuk menyusuri sungai di dalam kegelapan gua granit....
Menyusuri laluan sungai dengan jarak lebih kurang 100m sebelum memasuki laluan gua batu granit....
Hutan Lipur Batu Maloi....Johol Negeri Sembilan....
Kalau dari KL....boleh keluar exit Tampin-Simpang Ampat...
Pintu masuk kawasan hutan lipur....kalau dekat dalam penuh, kena parking kereta dekat luar...ruang terhad tetapi selamat....
Tip-tip jika ingin melakukan aktiviti...
1. Wajib memakai "head lamp" kerana keadaan di dalam gua sungguh gelap. Elakkan menggunakan "torch light" disebabkan anda perlu banyak menggunakan tangan semasa berada di celah-celah batu terutama di laluan berarus deras.
2. Kasut getah atau kasut water sport. Kasut hiking atau sport pun boleh tapi akan merosakan kasut disebabkan akan terrendam di dalam air.
3. Bekalan makanan serta air yang mencukupi. Disebabkan keadaan sejuk menyebabkan perut cepat lapar walaupun sudah bersarapan pagi. Lagi pun masa yang diambil lebih kurang 3-4 jam bergantung kepada keadaan paras air serta jumlah peserta yang mengikutinya.
4. Berseluar panjang atau berlenggan panjang bagi mengelakkan kesan calar akibat bergesel dengan batu. Anda akan banyak menggunakan lutut untuk merangkak semasa berada di laluan sempit.
5. Topi atau pun scarf. Bagi mengelakkan luka pada kepala jika terhantuk permukaan batu di dalam gua.
6. Sarung tangan. Anda akan banyak berpaut atau memegang permukaan batu yang tajam.
Selamat mencuba kepada mereka yang inginkan kelainan....kalau dah bosan berkayuh atau mendaki, boleh cuba aktiviti ini....