Memulakan pendakian seawal jam 8 pagi, perancangan awal ingin melihat matahari terbit namun disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan terpaksa membatalkannya. Hanya berenam sahaja kali ini bersama Apiz dan isteri @Aida, Nuar dan Abun bersama isteri. Pendakian tidak mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke puncak hanya 45 minit dari parking kereta sehingga lah ke puncak. Hanya apabila sampai di puncak terdapat pendakian menggunakan tali di batu besar yang agak berbahaya disebabkan curam serta bersebelahan dengan gaung. Agak mendebarkan semasa berpaut pada tali yang disediakan dan bantuan dari rakan amat penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Setakat ini masih belum kedengaran berita mengenai kemalangan di sini namun kemalangan maut banyak berlaku di kawasan Bukit Tabur iaitu bersebelahan dengan Bukit Batu Chondong. Apa yang penting langkah-langkah keselamatan dan sentiasa beringat serta berhati-hati semasa melakukan aktiviti lasak.
Puncak Bukit Batu Chondong....dapat melihat pemandangan Kuala Lumpur....
Berkumpul di hadapan pintu masuk Zoo Negara....
Sarapan pagi dulu di warung nasi lemak bersebelahan dengan Zoo Negara...boleh tahan rasa nasi lemak di sini...
Memulakan pendakian pada pukul 8 pagi....laluan masuk ke dalam trail berhampiran dengan ATV Adventure Park...
Pendakian di dalam trail...terdapat banyak rimbunan pokok buloh di kawasan ini...boleh dikatakan di sepanjang laluan penuh dengan pokok buloh...
Terus ke Bukit Batu Chondong dan simpang ke kiri ke Air Terjun Batu Asah....
Rehat dulu sambil bergambar....trail tak teruk sangat...
Hampir nak sampai puncak...kawasan berbatu..kena panjat pakai tali...
Climbing di celah bongkah batu....
Hampir sampai....
Terdapat 5 puncak di sini....pilih puncak mana yang suka...puncak pertama tidak perlu untuk memanjat menggunakan tali...manakala jika hendak ke puncak yang lain memerlukan pendakian menggunakan tali di puncak kedua...
Terdapat 2 laluan mendaki di sini....ikut suka, tapi kedua-duanya agak sukar kerana memerlukan tenaga serta kekuatan untuk naik...agak curam dan merbahaya kerana terdapat lereng gaung di kawasan ini...
Layan syahdu dulu.... menghayati keindahan alam....
Berposing dulu....matahari sudah mula menyinar....
Pendakian ke puncak kedua...perlu berpaut pada tali dan situasi mendaki agak merbahaya serta mencabar....berasa gayat ketika di laluan ini...
Laluan ini juga lebih extreme...lebih memerlukan kekuatan fizikal serta teknik...
Bila dah berjaya naik...layan view KL dulu...
Sayup mata memandang....
Turun mengunakan tali untuk puncak yang keempat...
Pemandangan dari puncak yang keempat....cuaca cerah dan panas...
Berdiri di puncak yang kelima...
Santai sambil berehat....masak air di atas puncak sambil pekena air teh panas...
Berbaring sambil melelapkan mata diiringi dengan tiupan angin di atas puncak...
Turun dari puncak kedua....Nuar beraksi sambil turun dari puncak...
Menuruni puncak....dan kemudian kami bergerak ke kawasan Air Terjun Batu Asah....
Ramai penggunjung yang berkelah di sini....
Layan makan tengahari...maggie kari yang sememangnya menyelerakan semasa berada di dalam hutan...
Layan mandi air terjun....
Boleh tahan sejuk jugak air dekat sini...menggigil rasanya menahan kesejukan...
Setelah puas mandi...kami mula turun pada pukul 2 petang...perjalanan turun tidak mengambil masa yang lama...
Laluan masuk ke dalam trail...bersebelahan dengan ATV Adventure....
Menapak balik ke parking kereta dalam cuaca panas terik...
Elevation hari ini.....tidak terlalu tinggi tetapi menawarkan pemandangan yang menarik sekitar Kuala Lumpur....