Saturday, 28 November 2015

Solo Ride Empangan KKB - 28 November 2015

Kayuhan solo ke Empangan Kuala Kubu Bahru bagi persediaan untuk kayuhan King Of Mountain Cameron Highland pada minggu hadapan. Kayuhan seawal pukul 7.30 pagi menuju ke Kuala Kubu Bahru melalui jalan Ampang Pecah dan seterusnya ke Empangan KKB.


Sampai di Empangan KKB pada pukul 9.10 pagi....

Persimpangan jalan menuju ke Kuala Kubu Bahru....



Berselfie dulu di depan signboard Empangan KKB....

Pemandangan dari jalan raya menuju ke Fraser Hill....

Muatan air penuh....limpahan air di kawasan empangan.....sudah lama tak berlaku limpahan air di empangan akibat kekurangan hujan....sekarang jumlah kapasiti air ditahap maksimum....


Bergambar solo dahulu....


Pemandangan serta suasana yang mendamaikan di pagi hari....


Ruang Information berkaitan Empangan KKB ...maklumat tentang awal pembinaan sehingga empangan ini siap...penuh dengan maklumat yang berguna...di buka untuk lawatan, tapi tak pasti pukul berapa dibuka...

Gabezo untuk mereka yang ingin bersantai sambil menenang fikiran sambil menghirup udara segar...

Kawasan berpagar dengan rapi sambil dijaga oleh pengawal keselamatan....

Menuju pulang....nak tambah lagi mileage, melencong ke Jalan Perodua E9 dahulu sebelum sampai ke rumah....

Menuju pulang....

Kayuhan sejauh 76km sahaja....

Sunday, 22 November 2015

Penang Bridge International Marathon 2015 - 22 November 2015

Memang sudah lama berhajat untuk berlari di Penang Bridge, kali ini berpeluang menyertai Penang Bridge International Marathon 2015. Antara acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat marathon setiap tahun. Hanya memasuki larian sejauh 10km sahaja, masih belum bersedia untuk jarak yang lebih jauh. Keseluruhan penyertaan mencecah seramai 28 ribu orang, satu angka yang besar berbanding acara marathon yang lain. Namun, pengurusannya berjalan dengan lancar dan teratur.

Bermula dengan acara full marathon pada pukul 1.30 pagi dan diikuti dengan haft marathon pada pukul 3 pagi, manakala acara 10km pada pukul 6.30 pagi. Petama kali berlari di Penang Bridge merupakan pengalaman yang baru dan agak teruja sedikit semasa memulakan larian.


Pertama kali memasuki larian Penang Bridge.....suatu kelainan...

Berada di garisan permulaan....


Bersama Iswady PKNS....laju bro nie...habis dalam masa 50 minit...

Bermula di hadapan Estin Hotel Bayan Lepas....

Suasana pagi yang dingin....

Larian bermula tepat jam 6.30 pagi....

Memasuki laluan ke Jambatan Pulau Pinang....

Cuaca dah mula terang....cahaya matahari sudah mula menyinar... 


Di atas jambatan Pulau Pinang....

Larian sejauh 5km sebelum berpatah balik ke Queenbay Mall....

Sampai di garisan penamat....catatan masa peribadi yang kurang memuaskan kali ini....mungkin banyak sangat makan nasi kandar semalam sehingga pedih perut semasa berlari...

Cukup untuk kali ini....

Bersama Iswardy di garisan penamat....



Antara peserta yang baru tiba ke garisan penamat....



Koleksi medal yang seterusnya....mungkin selepas ini kena cuba haft marathon pulak...

Jarak larian sejauh 10km.....

Sunday, 15 November 2015

IOI Properties M6 MTB Rapidino Challenge 2015 - 15 November 2015

IOI Properties M6 MTB Rapidino Challenge 2015 telah berlangsung di perkarangan IOI Galeria Bandar Puteri Bangi. Lebih kurang 1000 peserta menyertainya dengan jarak kayuhan sejauh 35km. Laluan adalah landai di awal kayuhan dan pendakian dipertengahan serta laluan singletrek teknikal diakhir kayuhan. Laluan road di awal kayuhan sejauh 12km sebelum memasuki laluan offroad ladang kelapa sawit, belukar dan kawasan berpasir terbuka.


Kayuhan di Bukit Mahkota....mengimbau semula kenangan di sini....sudah banyak perubahan dan pembangunan di sini...


Di garisan permulaan....ceria di awal pagi...


Lebih kurang 1000 orang pengayuh bersedia untuk dilepaskan...


Flag off pada pukul 8 pagi...didahulukan dengan bacaan doa...


Laluan offroad bermula...setelah kayuhan road sejauh 12km....

Berkayuh bersebelahan Highway Lekas....




Pendakian bermula....



Turun downhill...traffic jam...laluan sempit berpagar....

Ramai menunggu giliran...

Pendakian di ladang kelapa sawit....



Memasuki laluan teknikal berbukit....letih menolak di sini...




Laluan singletrek teknikal sebelum menuju ke water station yang terakhir....

Menuju finishing line....

Finishing line....

Alhamdullilah...selamat sampai...


Koleksi medal sebagai kenangan....