Thursday, 12 November 2015

Hiking @Lata Medang KKB - 10 November 2015

Sempena cuti umum Deepavali kali ini, satu aktiviti hiking yang telah lama dirancang telah berjaya disempurnakan di kawasan Lata Medang, Kuala Kubu Bahru. Seramai 26 orang telah menyertainya dengan jarak perjalanan selama 2 jam untuk sampai di Lata Medang. Bermula di Perkampungan Orang Asli Pertak, pendakian telah bermula pada pukul 9 pagi.

Laluan landai di awal perjalanan dan berbukit dipertengahan sehingga sampai ke destinasi. Untuk sampai ke sini perlu mengharungi sungai terlebih dahulu disebabkan jambatan gantung besi yang telah roboh. Selepas melalui jambatan ini terdapat 2 simpang laluan, ke kanan menuju ke Bukit Kutu dan ke kiri menuju ke Lata Medang. Kali ini kami memilih untuk ke Lata Medang kerana ingin mandi di air terjun, mungkin lain kali ke Bukit Kutu pula sambil melayan pemandangan di atas puncak.

Cuaca yang mendung di pagi hari memang menyegarkan, namum hujan turun dengan agak lebat semasa kami turun dari Lata Medang.


Berada di pertengahan perjalanan...bergambar dulu...

Berkumpul di kawasan Perkampungan Orang Asli Pertak.....

Bersiap sedia menunggu rakan-rakan yang belum bersiap...

Kawasan parking penuh dengan kenderaan...maklum lah cuti umum hari ini. Ada yang berkelah bersama keluarga dan ada yang datang memancing serta terdapat juga mereka yang mendaki ke Bukit Kutu....

Jambatan besi untuk menyeberangi Sungai Pertak.....

Halangan yang pertama....jambatan besi yang telah roboh....

Selepas jambatan ini terdapat persimpangan jalan sama ada ingin ke Bukit Kutu atau ke Lata Medang.....

Hiking bermula.....

Cool....Mie Cha....

Fokus dengan pendakian....

Nuar...banyak pengalaman dalam ilmu hutan....

Laluan landai dan sedikit pendakian.....

Laluan licin dan berlumpur akibat hujan yang kerap turun ketika ini....

Laluan Rock Garden.....penuh dengan batu-batu sungai....

Anak sungai....mengalir air dengan dingin....segar & sejuk...

Laluan mendaki....


Hahaha...bergaya dulu...

Lepak rehat dulu....menunggu rakan-rakan yang masih belum sampai....

Laluan di celah-celah pokok buloh....

Kawasan berair serta berlumpur....


Sampai di kawasan air terjun Lata Medang.....jarak lebih kurang 7km dengan pendakian selama 2 jam...

Kawasan air terjun yang menarik....

Masak air dulu....makan dulu sebelum mandi....


Apa lagi....aktiviti mandi manda.....

Woow.....sejuk gile air kat sini....macam mandi air sejuk....

Menggigil kesejukan....

Huhuhu...bukan main seronok lagi dapat mandi....

Tinggi air terjun Lata Medang ini....


Cuaca nampak sudah gelap nak hujan....terpaksa naik ke darat dulu....takut-takut kalau ada kepala air nanti....

Setelah puas mandi...bersiap-siap untuk turun....

Bergerak turun pada pukul 2 petang....

Hujan turun dengan lebat semasa turun....tak banyak gambar sempat diambil akibat basah... 

Laluan licin dan berlumpur....ada juga rakan-rakan yang tergolek disebabkan tanah licin...

Turun berhati-hati....laluan licin...

Sampai di kawasan kaki bukit....

Lega....dah sampai...

Woow....alhamdullilah....selamat sampai...

Sampai di parking kereta...berkemas-kemas sambil menukar baju yang basah dan seterusnya bertolak pulang....

Berpuas hati dengan hiking kali ini, walaupun dah lama tak masuk hutan sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan....semoga dimasa akan datang, terdapat lagi aktiviti seumpama ini dan Lata Hammer merupakan sasaran yang seterusnya.... in sya allah...

No comments:

Post a Comment