Cuti umum perayaan Deepavali digunakan sepenuhnya bagi persiapan terakhir untuk
Melaka Century Ride (MCR) pada hujung minggu ini. Laluan yang dicari adalah
Bkt. Beruntung-Rawang-Selayang-Ulu Yam-Empangan Batu-Batang Kali-Rasa-Bkt. Beruntung semula. Jarak kayuhan sejauh 84km sahaja dengan seramai 11 orang pengayuh berserta dengan 2 orang marshall bermotor.
Bergambar dulu dihadapan kedai Jiwa Basikal Bkt.Beruntung....
Kayuhan bermula pada pukul 8.20pagi....
Berhenti seketika di Shell Templer Park....
Penerangan dari otai-otai berkaitan keselamatan semasa menunggang basikal di jalan raya yang sibuk kerana terdapat 2 orang newbies yang first time berkayuh....
Jalan Templer Park menuju ke Selayang.....
Sampai di check point seterusnya....kawasan rehat di Empangan Batu...
Minum dulu...pekena teh-o panas dulu....
Kawasan berpagar disekeliling tasik Empangan Batu...diberitakan oleh peniaga disini, pagar ini dibina bagi mengelakkan aktiviti jenayah dikawasan ini....rupanya sudah setahun pagar ini dibina...
Sampai di puncak paling tinggi...kawasan ini merupakan tempat "pengemar air bukit" mengambil air untuk disimpan didalam botol untuk dibuat air minuman....
Jauh lagi perjalanan....
Meneruskan semula kayuhan....lepas ini layan downhill pulak...
Semuanya selamat sampai semula di kedai Jiwa Basikal....
Jarak kayuhan sejauh 84km.....
Berjumpa di MCR pada hujung minggu ini....