Friday, 10 October 2014

Lesgone Feed The Homeless - 10 October 2014

Kayuhan santai nite ride disekitar bandaraya Kuala Lumpur sambil melakukan kerja amal sukarela dengan menyertai kayuhan "Lesgone Feed The Homeless". Aktiviti ini bertujuan membantu rakan-rakan homeless dengan memberikan sedikit sumbangan makanan serta keperluan diri untuk mereka. Bermula di Station LRT Ampang Park pada pukul 10.30 malam dengan aktiviti membungkus makanan dan keperluan dan seterusnya berkayuhan pada pukul 11.10 malam setelah breifing ringkas diberikan oleh pihak penganjur.

Kawasan yang dilawati adalah CIMB Jalan Tunku Abdul Rahman, Selangor Mansion, Masjid Negara & Bus Stand Klang. Kayuhan malam ini disertai oleh seramai 30 orang pengayuh dengan diiringi oleh 2 buah kenderaan dan sebanyak 108 buah bungkusan telah berjaya diedarkan. Acara ini diadakan pada setiap Jumaat malam Sabtu pertama setiap bulan.  



Bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan....


Teruja....disebabkan pertama kali menyertai aktiviti seperti ini walaupun dah lama terfikir untuk menyertainya....

Berkumpul di perkarangan Station LRT Ampang Park....

Pak Sheikh Jiwa Basikal mengambil bungkusan makanan untuk diedarkan nanti....

Pemandangan bangunan pencakar langit di KL pada waktu malam....


Breifing daripada pihak penganjur, berkaitan dengan adab serta tingkah laku semasa aktiviti dan laluan yang akan diikuti....

Antara peserta yang menyertai pada malam ini....

Kayuhan di Jalan Ampang menuju CIMB TAR....


Lokasi pertama penyerahan bungkusan....

Pak Sheikh menyerahkan bungkusan kepada pakcik yang memerlukannya.... 

Masih teringat lagi kata-kata nasihat dari pakcik yang berumur 68 tahun yang berasal dari Melaka ini. Antara pesanannya adalah "janganlah kita berbuat buruk pada usia muda kerana akan di balas pada usia tua" dan "jika ada masalah dengan isteri dan keluarga, janganlah berpanjangan". Mungkin apa yang diperkatakan  oleh pakcik ini penah dilaluinya dan mengharapkan orang lain tidak sama melakukannya. Semoga pakcik ini dapat meneruskan kehidupannya yang mendatang....

Kaki lima menjadi tempat untuk melenakan mata sementara menunggu fajar menyinar dengan beralaskan kotak serta berbantalkan gumpalan plastik....

Kebanyakan "homeless" ini terdiri daripada warga tempatan yang tidak berumah serta tidak dihiraukan oleh keluarga....

Selepas bungkusan diedarkan ia terus dijamah oleh mereka walaupun sebelum ini sedang lena tidur. Tergambar kelaparan di muka mereka, namun masih mampu melafaskan ucapan "terima kasih". Mereka mempunyai perasaan namun mereka bukan sampah masyarakat...

Insaf di hati kerana masih ada orang yang susah daripada kita....

 Bergerak menuju ke Masjid Negara....melalui Jalan Tunku Abdul Rahman....

Simpang hadapan ditutup untuk laluan kenderaan.....

Kesibukan di Dataran Merdeka disebabkan oleh persiapan acara "Marathon Standard Charted" pada pagi esok....

Hadapan bangunan Sultan Abdul Samad....

Perkarangan hadapan Masjid Negara....ramai juga "homeless" yang tidur di sini.....


Simpang di hadapan Central Market....fuuhhh....dah lama sangat tak sampai ke sini....banyak sangat perubahan telah berlaku....

Di kawasan Bus Stand Klang....namun sudah berwajah baru dengan station yang serba moden dan canggih.... 

Mercu tanda Kuala Lumpur....KLCC

Balik semula ke tempat parking kereta....kayuhan tamat pada pukul 2pagi.....
Terima kasih kepada group "Lesgone Feed The Homeless" kerana memberikan kami kesempatan serta pengalaman untuk menyertai acara pada kali ini....


Aktiviti seterusnya pada bulan hadapan pada 7 November 2014.
Kepada yang berminat boleh rujuk di Facebook "Lesgone Feed The Homeless" 
https://www.facebook.com/groups/LesgoneFTH/

No comments:

Post a Comment