Monday, 28 February 2011

Kayuh Sokmo....D' Jeli Jamboree 2011 - 27 February 2011

Perjalanan sejauh 410 kilometer dari Bukit Beruntung,Rawang menuju ke Jeli, Kelantan melalui Simpang Pulai-Cameron Highland-Gua Musang-Jeli selama 6jam akhirnya berbaloi apabila dapat menghabiskan kayuhan pada kali ini. Walaupun diawal kayuhan terasa agak keletihan,mungkin disebabkan kepenatan memandu masih belum hilang lagi. Pergi bersama keluarga tetapi berkayuh secara solo kerana ramai geng yang tidak berkelapangan. Apa-apa pun, kayuhan tetap diteruskan.

Distance : 40.2 Km
Moving Time : 3 hours 18 minutes
Stopped Time : 6 minutes 52 seconds
Max Speed : 56.6 km/hour
Moving Avg : 11.9 km/hour


Semua Check Point Completed....

Solo.....

Nombor bertuah kali ini....0085

Semua riders bersedia di starting point...


Menunggu ketibaan YB....




Kayuhan bermula tepat 8.15am
Kayuhan kali ini, tiada gambar semasa kayuhan diambil.... taksub nak berkayuh sampai tak ade mood nak ambik gambar....
Gambar trek yang ade, aku download dari rakan-rakan mountain yang lain...terima kasih..

Download dari Website Gerek Baru
Zone...Mental Ride....Zone Kona

Download dari Website Gerek Baru

Download dari Website Gerek Baru
Laluan paling tinggi 950ft.....

Download dari Website Mahligai Extreme Team (MET)

Download dari Website Mahligai Extreme Team (MET)
 
Download dari Website Mahligai Extreme Team (MET)

Selesai berkayuh....sampai pukul 11.30 am... 

Khemah makan.... semua kelaparan...

Tapak jamboree....di perkarangan Balai Bomba Jeli...

Pengacara (MC).....

Booth sponsor....



Parking kereta di Masjid Jeli....




Laluan trek sejauh ...40km

Profile ketinggian....paling tinggi 950ft...di zone Metal Ride....

Secara keseluruhannya, laluan trek kali ini memang menyeronokan. Walaupun pun di uji di Zone Kona (Mental Ride) tetapi kepuasan tetap ada. Laluan trek yang pelbagai dengan laluan di denai hutan, kebun getah, mengharungi sungai serta titi memang menguji fizikal dan mental. Dua puncak bukit di Zone Kona sudah cukup untuk menguji keupayaan dan stamina. Secara ikhlas, setiap pengajuran pasti ada kelemahan. Diharapkan segala kelemahan yang ada dapat diperbaiki pada penganjuran pada masa akan datang. Tahniah....kepada Jeli Jamboree 2011!!!!


Friday, 25 February 2011

Jeli Jamboree.... kayuh sokmo...

Jeli MTB Jamboree 2011 akan berlangsung pada hujung minggu ini bertempat di Jeli, Kelantan. Acara ini merupakan peryertaan yang pertama di bumi Kelantan. Lebih kurang 750 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk menjayakan acara kali ini.
Hanya aku seorang sahaja wakil PRCC yang akan menyahut cabaran kali ini. Perjalanan dari Bukit Sentosa, Rawang ke Jeli akan mengambil masa selama 6 jam dengan jarak 409 kilometers.


Poster banner....Jeli MTB Jamboree....Kayuh Sokmo

T-Shirt Jeli Jamboree...

Number Plate...


Sticker Check Point....

Laluan Trek...

Laluan sikal akan di bahagi kepada beberapa ZONe (kawasan):


ZONe I + UMNO ZONe (Easy Ride) terdapat beberapa bukit dan single trek. Di penuhi dengan warna MERAH
ZONe II + CCI ZONe (Hardcore Ride) nikmati bukit dan soft downhill. Di penuhi dengan warna PINK
ZONe III + KONA ZONe (Mental Ride) Refill Station, King of the Mountain, Sungai2 dan permandangan yg Indah. BLUE Zone

Peserta berkumpul diperkarangan BOMBA dan berlepas mengelilingi bandar JELI (7km) (warming up).
Setelah memasuki STARTING LINE peserta akan melalui jalan TAR sejauh 1km ke Offroad. (Sprint Lane)
Peserta kemudian akan memasuki Gerbang ZONe I (UMNO) sejauh 6km. Check point 1 akan diberi dipengakhiran ZONe UMNO.
Peserta kemudian akan memasuki Gerbang ZONe II (CCI) sejauh 11km. Check point 2 akan diberi dipengakhiran ZONe CCI.
Peserta kemudian akan memasuki Gerbang ZONe III (KONA) sejauh 19km. Check point 3 akan diberi dipertengahan ZONe KONA dan check point 4 akan diberi dipengakhiran ZONe KONA.

1 km yang terakhir merupakan Sprint Lane ke garisan penamat. Timing dan Rangking akan direkodkan. Anda akan mendapat sticker rangking di garisan penamat.
300 meter ke Pit Stop dari garisan penamat dan medal akan disarungkan di perkarangan BOMBA.

Senarai group mtb yang akan menyahut cabaran....
 
abe rider club : al isra : ammo : arb cycling team : batu gajah riders : bepro cycle : briesp : bsl tanah merah : bt riders : cci penang : chemical team : chiru endurance team malaysia : cycling adventure team : cycling de z's : cycling umt : d3c : danish adventure team : dungun mtb team : dw : dz mtb : eng wah cycle : extragear : flywheel element : freeride malaysia kmh : gatihsikal : ghostrider : gkcc : gkm : gth : gua musang riders : gurun jaya : helang putih cycle : htr ipoh : janamanjung cycle team : jeli riders : kayoh bike club : kayuh kong cycle : le sura : persatuan basikal kuala kangsar : kertehcyc mtb : kota bharu cycling team : kpct : kuantan airbase cycling club : mahligai extreme team : mama inn cycle : manggis riders : marhain riders : mcc : mkh : pawana riders : pejabat tanah & jajahan jeli : pemuda umno bahagian jeli : perlis mtb : pg gerek johor : pkb adventure : pohpaleh : ppct kuantan : prima riders cycling club : psp : pujmac : recovery malaysia : red flag : salak cycling team : saza sg petani : sbs giant : seluang adventure team : semantan mtb : sendiri bikers : seri astana cycling club : sri iskandar team mtb : suka-suka riders : sungai besar cycling club : taiping rider : taiping rileks rider : team anak siong : team man bike thai malay : team ptt : tebuan riderz : tkjcc : try not to suck! mountain bikers : uitm kb kelantan : urat keting : usm penang : utp kskku sri iskandar : uum rider : xde team

Saturday, 19 February 2011

Menjejaki Semula Trek Sungai Buaya......

Setelah sekian lama tidak berkayuh di laluan trek Sungai Buaya, pada minggu ini opearasi menjejaki semula laluan ini telah diadakan. Seramai lebih kurang 30 orang pengayuh telah terlibat dalam operasi kali ini yang terdiri dari group Sentosa Cyling Team (SCT), Sungai Buaya Cycling Club (SBCC) serta individu perseorangan. Kayuhan kali ini ingin menyambungkan laluan trek yang sedia ada bagi mendapatkan loop yang lebih panjang.

Distance : 29.5Km
Moving Time : 1 hour 53 minutes
Stopped Time : 1 hour 34 minutes
Max Speed : 45.1 km/hour
Avg Speed : 15.6 km/hour

Kayuhan menjejaki semula trek Sungai Buaya South ....

Briefing sebelum memulakan kayuhan....



Memasuki laluan offroad....




Bukit rumput.... kawasan tanaman rumput



Menghampiran kawasan perumahan Country Home Rawang....

Sungai Kelubi....


Perbincangan....



Ladang kelapa sawit Waterfall... tapi tak ade waterfall pun.....