Sunday, 28 July 2019

Score Day Run 2019 - 28 July 2019

Score Day Run 2019 merupakan gabungan antara Score Night Run yang telah berlangsung pada bulan April yang lepas. Jika dulu Score Night Run diadakan di Putrajaya, maka kali ini berlangsung di hadapan Berjaya Times Square. Lokasi asal larian sebenarnya di perkarangan Stadium Bukit Jalil tetapi telah dipindahkan ke sini disebabkan oleh perlawanan akhir Piala FA antara Perak dan Kedah.

Walau bagaimana pun penganjuran acara larian bukan pertama kali di hadapan Berjaya Times Square namun ini merupakan penyertaan pertama di sini. Jika dulu larian Smart Tunnel juga bermula di sini. Agak sukar untuk mencari parking kenderaan di sini pada waktu pagi kerana kebanyakan shopping complex telah ditutup. Walaubagaimana pun pihak penganjur ada menyediakan perkhidmatan LRT & MRT secara percuma, namun hanya pada stesen tertentu sahaja. Mengambil keputusan untuk pergi dengan pengangkutan awam sahaja kerana lebih mudah.


Acara Half Marathon yang ke-3 untuk tahun nie....setelah Twincity dan Score Night Run....

Berjaya juga untuk menyertai event Score Run pada tahun nie....medal yang boleh dilekatkan bersama Score Night Run...

Menaiki LRT dari Ampang menuju ke Berjaya Times Square....sampai di sini pada pukul 3.45 pagi...parking kenderaan di parking bertingkat LRT Ampang....banyak tempat parking di sini...

Train yang sedang menunggu para peserta....

Duduk tak sampai 5 minit....train pun mula bergerak...hanya runner jea yang ada...train pun tak penuh...mungkin masih awal lagi...

First time menaiki train LRT laluan Ampang nie... disebabkan hanya 2 stesen LRT sahaja yang dibuka pada pagi nie...maka cepat sampai di Stesen Hang Tuah...

Sampai di Stesen LRT Hang Tuah....tak sampai 20 minit dah sampai...keluar dari stesen dan menuju ke BTS...ramai peserta sudah sampai dan berkumpul di starting line....

Berjalan kaki menuju ke Berjaya Times Square....

Bangunan Berjaya Times Square di waktu dingin pagi....tetapi jalan di Bukit Bintang nie masih lagi sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang....

Pembangunan yang pesat di sekitar Kuala Lumpur...dengan pembinaan landasan keretapi MRT yang baru serta bangunan pencakar langit yang lain....

Stesen Monorail Hang Tuah....di hadapan Berjaya Times Square....

Peserta mula berkuimpul di hadapan Berjaya Times Square.....larian HM dilepaskan tepat jam 5 pagi...seramai lebih kurang 5 ribu peserta yang menyertainya....

Berjaya juga menghabiskan larian pada kali ini....walaupun rasanya agak perit akibat kurangnya latihan....

Ramai peserta telah sampai....matahari pun dah mula meninggi....

Medal kenangan untuk tahun nie....

Peserta HM beratur untuk mengambil finisher t-shirt...

Ramai peserta telah bergerak untuk balik.....tak lama lagi jalan di depan Berjaya Times Square akan dibuka semula.... menuju ke Stesen LRT Hang Tuah untuk balik....mata dah mengantuk...nak balik tidur...

Koleksi medal yang seterusnya.... 

Timimg masa ke laut....ini lah sebabnya kalau kurang latihan....nasib baik tak DNF....

Larian di sekitar KL....laluan landai dan hanya mendaki di kawasan Bukit Aman serta Padang Merbok menuju ke PWTC.... jumpa lagi di Score Run tahun hadapan...In Sya Allah...

Sunday, 21 July 2019

Hiking Santai Gunung Angsi - 21 July 2019

Setelah lama tidak mendaki, kali ini terasa ingin mendaki di Gunung Angsi, Ulu Bendul , Negeri Sembilan. Kali terakhir mendaki di sini pada 2 tahun yang lepas semasa melakukan trans Angsi melalui Bukit Putus dan turun di Ulu Bendul. Pendakian pada kali ini adalah santai sambil menikmati keindahan alam. Kai terakhir mendaki pada tahun ini pada bulan March yang lepas di Twin Peak Fraser Hill.

Cuma bertiga jea kali ini. Bergerak dari Bukit Beruntung pada pukul 6.20 pagi dan sampai di Bukit Putus pada pukul 8.45pagi setelah berhenti bersarapan pagi di Hentian Rehat Seremban. Ramai pendaki pada pagi ini dan semestinya meriah semasa di atas puncak.


Pintu masuk Gunung Angsi melalui Bukit Putus....laluan lebih pendek untuk ke puncak berbanding melalui Ulu Bendul....

Kemudahan tandas disediakan untuk pendaki....tong sampah juga disediakan bagi pendaki membuang selepas mendaki...

Laluan lebih mencabar melalui Ulu Bendul disebabkan jarak yang lebih panjang dan keadaan pendakian yang lebih curam....semestinya memang cukup memenatkan...

Bayaran permit masuk sebanyak RM5 dikenakan kepada setiap pendaki oleh Jabatan Hutan Negeri Sembilan...

Pendakian bermula dengan pendakian tangga cement yang curam...

Berselfie dulu sebelum pandakian sebenar bermula....

Papan tanda amaran untuk pendaki....jangan menceroboh Hutan Simpan di Negeri Sembilan...masuk dengan permit kebenaran....jika tidak berlaku apa-apa tidak menjadi masalah...tapi jika berlaku kemalangan akan menyusahkan semua pihak terutama pihak Bomba...


Di awal pendakian...laluan memang pacak dan tegak....bermandi peluh semasa mendaki di sini...

Banyak laluan seperti ini di awal pendakian....

Ambil nafas panjang untuk mendaki di laluan ini....

Kadang-kadang...berhenti seketika semasa mendaki....ambil nafas dulu....mencunggap-cunggap juga...

Fuuuhhhh...letihnya...

Sampai di pit stop....ada pondok di sini...tapi jarak baru menunjukan 1Km....

Selepas 1Km mendaki....laluan agak santai dan mendatar...tiada pendakian yang memerlukan kekuatan tenaga maximum....

Layan santai sambil berlari-lari anak di laluan yang mendatar....

Selfie dulu.....muka dah pewaaii nie.....

Pendakian yang terakhir sebelum sampai di puncak..... pacak mendaki sekali lagi....

Sampai di puncak pada pukul 10.50 pagi....ramai pendaki yang telah sampai...meriah...

Puncak Gunung Angsi....

Layan view dulu....

Turun pada pukul 1 tengahari...dah tak ramai orang dekat atas puncak...semua dah turun...

Tadi meriah kawasan nie...sekarang dah sunyi....

Koordinat GPS....Jabatan Pemetaan...

Negaraku.....hormat dengan Jalur Gemilang....

Jarak untuk sampai ke puncak lebih kurang 4.2Km dari Bukit Putus.... pergi dan balik sejauh 8.2Km....

Next trip....In sya Allah...mendaki Bukit Kutu pulak....dah lama rasanya tidak mendaki di sana...rancangan asal sebenarnya hendak mendaki Bukit Kutu, tetapi disebabkan terdapat event trail run HSUT disitu maka kawasan tersebut ditutup....lagi pun tak selesa jika mendaki semasa ada event...laluan sempit dan hanya menyusahkan peserta yang ingin berlari...

Bukit Beruntung Reverse Loop Repeat (46Km) - 20 July 2019

Kayuhan reverse loop Bukit Beruntung lagi bersama rakan sekayuhan, Hanazli. Route seperti biasa Bukit Beruntung-Masjid Perodua-Sungai Choh-Serendah-Antara Gapi-Batang Kali-Rasa-Bukit Beruntung. Kayuhan mood santai dan bersahaja jea. Pit stop di Restoran Mamak Antara Gapi sambil makan roti canai dan pekena air Nescafe.

Cuaca baik pagi ini walaupun agak panas semasa menuju semula ke Bukit Beruntung.

Lepak tunggu Anaz depan Pulapol Bukit Sentosa....

Kayuhan menuju ke Antara Gapi....laluan lenggang di awal pagi....

Berhenti rehat di Kedai Nasi Kandar depan Antara Gapi....pekana roti canai dan air Nescafe panas dulu...

Laluan Rasa-BB....layan roller coaster....nasib baik cuaca tak berapa panas pagi nie...


Sayup mata memandang.....

Layan selfie jea laa.....


Slow-slow kayuh.....


Berhenti lepak kat Kedai Ajis....terjumpa dengan geng-geng lama....lepak menyembang dulu....

Baguk bercerita tentang pengalaman misteri di Gunung Semangkok minggu lepas semasa hiking dan bermalam di Sungai Merah.... seram dan misteri....

Jadilah kayuhan untuk minggu nie....next week kayuh lagi...

Plan nak kayuh di Fraser Hill pulak...teringin nak rasa udara sejuk....