Wednesday, 31 December 2014

Jamboree disepanjang tahun 2014.....dalam kenangan...

Tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan aktiviti kayuhan dan tahun ini juga merupakan tahun bermulanya dunia roadbike secara aktif. Tahun ini juga, pertama kali memasuki kayuhan "century ride" dimana 4 kayuhan century ride berjaya disertai. Tahun depan kalau tengok perancangan banyak acara century ride diadakan. Boleh dikatakan setiap negeri ada century ride masing-masing. Ini merupakan pertanda yang sihat untuk dunia berbasikal. Jika sebelum ini, boleh dikatakan setiap minggu pasti ada jamboree mountain bike. Kadang-kadang sampai 3 atau 4 event pada minggu yang sama. Ikut sedap hati nak pilih event mana yang berkenan dihati. Kalau boleh, pilihanlah event yang mempunyai "trek record" yang baik. Bukan apa, tak nak rasa kecewa dihati disebabkan tindakan sambil lewa penganjur yang menganjurkan acara semata-mata untuk memikirkan keuntungan sahaja dan bukannya kepuasan pengayuh.

Boleh dikatakan, kebanyakan event basikal pada tahun ini mencapai standard yang diperlukan. Hanya terdapat beberapa event yang agak kurang sempurna dari segi penganjuran. Mungkin disebabkan kurang sumbangan daripada pihak sponsor, kerjasama yang goyah sesama ahli kumpulan atau kurang pengalaman dan persediaan untuk menganjurkan event yang berskala besar.

Namun, kepada mereka yang berjaya, tahniah diucapkan. Tahun depan jangan segan silu nak buat lagi, sebab benda yang baik pasti akan dikenang sampai bila-bila. Tidak mudah untuk kita meletakkan kejayaan dan kegagalan sesuatu event dengan hanya menilai dari pendapat individu sahaja. Biarlah komuniti berbasikal berbicara sesama mereka dan menilai mana yang baik.... Selamat Berkayuh....."Kayuh Tetap Kayuh"......  


ARB Green Ride 2014
5 January 2014
Jamboree pembuka tirai untuk tahun 2014. Trek yang menduga mental dan fizikal setiap pengayuh. Walaupun "tough" namun tetapi berpuas hati dengan laluan trek yang dihidangkan. Bukit "zig-zag" pasti dingati. 

Nilai MTB Jamboree 2014
16 February 2014
Di antara jamboree yang terburuk untuk tahun ini. Banyak kekurangan dari segi pengendalian event serta mendapat kritikan yang hebat dari peserta. Aspek penting dalam penganjuran banyak diabaikan.

Parit Jawa Mountain Bike Jamboree 2014
22 February 2014
Jamboree yang pertama di selatan tanahair. Bertempat di Pantai Leka,Batu Pahat. Antara jamboree yang terbaik untuk tahun ini. Trek yang menarik serta banyak pendakian.

MH Cyclomotion Jamboree Lasak 360
9 March 2014
Penganjuran untuk tahun kedua pada kali ini. Cukup meriah dan trek yang disediakan juga mantap dengan pendakian serta downhill yang mengujakan. Antara event yang terbaik untuk tahun ini. Tahun hadapan pasti ditunggu-tunggu.

Khazanah Alam MTB Jamboree 2014
30 March 2014
Laluan trek di dalam gua merupakan perkara yang amat berbeza berbanding jamboree yang lain. Cukup unik dan menarik serta dapat menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan.  

Kayuhan Jelapang Padi Edisi3 2014
13 April 2014
Kayuhan di atas batas sawah padi sambil menikmati permandangan yang menarik di Tanjung Karang. Teruja dengan keindahan pokok padi menguning serta sedia untuk dituai.

Janda Baik Waterfall Ride II 2014
20 April 2014
Kayuhan di Janda Baik untuk tahun yang kedua. Trek yang disediakan memang cukup menguji mental dan fizikal. Banyak pendakian di dalam hutan serta downhill yang curam. Terdapat banyak runggutan dari peserta akibat pengurusan yang kurang menitikberatkan kebajikan peserta. Kritikan dari peserta harus diambil kira dan bukan hanya dipandang sepi oleh pihak penganjur.

Janamanjung Fellowship Ride 2014
27 April 2014
Kayuhan roadbike yang pertama untuk tahun ini, santai serta amat menyeronokan. Penganjuran yang cukup meriah dan hebat. Tahun depan pasti ditunggu-tunggu....JMFR15

Ride Houz Off-Road Jamboree 2014
4 May 2014
Kayuhan offroad ladang kelapa sawit di sekitar Sepang. Trek yang disediakan memang menarik walaupun terdapat banyak pendakian.  

Shah Alam Enduride 2014
18 May 2014
Kayuhan roadbike sejauh 160km yang cukup mencabar jiwa dan raga. Laluan yang disediakan penuh dengan pendakian terutama diakhir laluan disekitar Batu Arang dan Cahaya SPK. 

Klang Premiere Century Ride 2014
25 May 2014
Kayuhan roadbike sejauh 120km disekitar Klang melalui kawasan Teluk Panglima Garang-Banting serta Pulau Carey..persediaan untuk KCR2014....

Kuantan Century Ride (KCR) 2014
1 June 2014
Kayuhan century ride yang pertama disertai, cukup mencabar serta menguji metal dan fizikal...tahun depan pasti ditunggu-tunggu...

Kuntau MTB Carnival Jamboree 2014
8 June 2014
Ber"kuntau" di Beranang, Semenyih. Laluan trek yang semestinya mencabar mental serta fizikal semua peserta. Meredah sungai sambil menolak basikal serta pendakian yang tak sudah-sudah. Namun tetapi teruja dengan rintangan yang disediakan....

1MK Urban City Adventures - Ride for Life
15 June 2014
Kayuhan santai mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur. Walaupun santai namun banyak pendakian yang sememangnya meletihkan....


Campaign For A Lane 6th Edition 2014
17 August 2014
Kayuhan santai mengelilingi Pulau Mutiara sejauh 89km...penyertaan kali ke-4 pada tahun ini.

Felda MTB Jamboree 2014
6 September 2014
Kayuhan yang mencabar dengan banyak pendakian di kawasan ladang kelapa sawit sambil mandi di kolam air panas.

Taman Garing Utama Fun Ride 2014
7 September 2014
Kayuhan santai di Ladang Sawit Waterfall serta disekitar Bandar Baru Sungai Buaya. Santai tapi puas...

Terengganu Century Ride (TCR) 2014
13 September 2014
Kayuhan century ride yang ke-2 untuk tahun ini....cukup teruja dengan suasana kayuhan di Pantai Timur dengan pemandangan yang menarik di sepanjang kayuhan...

Harian Metro MTB Grand Prix 2014 - Temerloh, Pahang
27 September 2014
Kayuhan yang bermula di Stadium Temerloh dan berkayuh di kawasan ladang kelapa sawit serta hutan belukar dengan pendakian yang mencabar dikawasan terbuka...merupakan penyertaan Harian Metro yang pertama untuk tahun ini....

Lost World of Mimaland 2014
28 September 2014
Mengimbas semula kenangan di trek "JW MTB Carnival" tahun 2012. Laluan trek yang sememangnya mencabar jiwa dan raga.

Melaka Century Ride (MCR) 2014
26 October 2014
Kayuhan road disekitar Melaka dengan laluan yang mencabar di Selandar menuju ke Jasin...menguji kesabaran mental dan fizikal...

ECC Shimano Burung Hantu Nite Ride 2014
1 November 2014
Acara kayuhan malam yang sentiasa ditunggu-tunggu pada setiap tahun...tahun ini masih tetap meriah seperti tahun-tahun sebelumnya..

Johor Master Century Ride 2014
15 November 2014
Kayuhan berbentuk roller coaster di kawasan peraginan Desaru yang menguji metal dan fizikal setiap pengayuh....antara kayuhan century ride yang mencabar pada tahun ini....

NS Nature MTB Jamboree 2014
Pendakian yang panjang di Bukit Tampin sambil bermain lumpur serta selut.

Lekas Highway Challenge 2014
23 November 2014
Kayuhan disepanjang Highway Lekas tanpa sebarang kenderaan bermotor bagaikan highway ini aku yang punya....memang cukup mengujakan dan pastikan tahun depan tidak ketinggalan....

Selangor MTB Challenge 2014
30 November 2014
Kayuhan disekitar Kundang serta menuju Rawang dan Tasik Puteri sambil melayan trek kelapa sawit di kawasan Highway Guthrie....

PKNS Bernam Jaya MTB Jamboree 2014
7 December 2014
Kayuhan dalam duka....terjatuh di laluan downhill dan kehilangan barang yang amat bermakna buatku...Garmin GPS....

International MTB D'Paya Indah Wetland 2014
21 December 2014
Kayuhan di kawasan paya tanah gambut yang landai tetapi memenatkan.....

Harian Metro MTB Grand Prix 2014 - Hulu Selangor, Selangor
27 December 2014
Berkayuh di dalam lumpur dengan keadaan trek yang licin dan berselut....penutup jamboree pada tahun ini...


Analisis Event :

Jamboree MTB            : 20 Acara
Jamboree Road Bike    : 9 Acara

Lokasi Event :

1. Selangor : 14
2. Kuala Lumpur : 1
3. Melaka : 2
4. Johor : 2
5. Perak : 2
6. Penang : 1
7. Pahang : 4
8. Terengganu : 1
9. Negeri Sembilan : 2

Berjumpa di tahun hadapan & Selamat Menyambut tahun 2015..........

Saturday, 27 December 2014

Final Circuit Harian Metro MTB Grand Prix 2014 - 27 December 2014

Circuit terakhir Harian Metro MTB Grand Prix 2014 di Hulu Selangor akhirnya melabuhkan tirainya pada tahun ini. Bertempat di Institute Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pertak Kuala Kubu Bahru telah berlangsung acara terakhir pada tahun ini dengan penyertaan mencecah seramai 1200 orang. Trek kali ini memang mencabar fizikal dengan mental dengan keadaan yang berlumpur disebabkan hujan yang turun hampir setiap hari menyebabkan laluan trek menjadi licin dan berselut. Trek yang berlumpur memang cukup memenatkan terutama semasa pendakian.


Penyertaan kali ke-2 dan terakhir untuk tahun ini...

Prima Riders bersama SBOT....


Menuju starting line....IKBN Pertak Kuala Kubu Bahru....

Di starting line....


Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi dengan suasana mendung di pagi hari....

Kayuhan road sejauh 8km....


Laluan offroad bermula....traffic jam, laluan licin dan berlumpur....

Tunggu giliran....

Kesesakan....


Laluan licin dan berlumpur...

Di Check Point 1.....


Pendakian lagi....

Ramai yang sudah keletihan akibat laluan trek yang licin...terpaksa menolak basikal sehingga ke puncak...

Downhill berlumpur....kawasan ini paling teruk berlumpur..hingga tayar basikal tak dapat berpusing akibat bersalut dengan lumpur...

Licin....dan merbahaya...

Woow...tayar dah macam donut...


Lepak kejap kat ladang getah....

Sampai di Check Point 2....layan pisang dengan air mineral...


Waaaahhh....barai...

Layan downhill lumpur lagi....

Melepasi Check Point 3.....

Huuumaaak....climbing lagi...

Jumpa sungai....layan basuh basikal pulak...


Adduuh...ada bukit lagi....


Sampai akhirnya....


Medal sebagai kenangan...

Kelaparan.....nasib baik nasi dan lauk sedap....

Mintak tolong abang bomba basuhkan basikal....