Saturday, 18 May 2019

Ramadhan Nite Ride @Genting Sempah - 18 May 2019

Lebih kurang 3 tahun tidak berkayuh malam di sini semasa bulan Ramadhan. Kali terakhir berkayuh pun semasa tahun 2016 bersama Iskandar. Namun tahun ini, berjaya juga untuk berkayuh malam ke puncak Genting Sempah tetapi bertiga kali ini. Kayuhan bermula pada pukul 11.50 malam dan tamat pada pukul 3 pagi.

Kayuhan santai dan bersahaja pada malam ini. Tidak berapa ramai pengayuh pada malam ini dan semasa mendaki ramai pengayuh yang telah mulai turun. Semasa sampai di puncak hanya terserempak dengan 5 orang pengayuh otai sahaja. Berehat seketika sebelum turun pada pukul 2.15 pagi dalam suasana yang sejuk berembun.

Selama 3 tahun tidak berkayuh malam di sini...akhirnya sampai juga hajat di hati....

Bersama Basri dan Iskandar pada malam ini....Basri membawa road bike manakala yang lain hanya mtb sahaja...

Sebelum sampai di puncak....lepak bergambar di puncak pencawang dulu dengan pemandangan sekitar lebuhraya Karak.... banyak kenderaan walaupun sudah pagi...

Ceria jea.... muka macam tak letih jea...

Tinggi tebing nie....gayat tengok dekat bawah tuu....

Highway Karak....tidak berapa jelas ketika malam...

Berposing dulu sebelum berkayuh semula ke puncak...

Bergambar di dalam gelap....tetapi malam ini bulan penuh...terang bercahaya di langit...

Sampai di puncak Genting Sempah.....tak ada orang sangat....tak tunggu lama untuk berkayuh turun...


Lepak minun dulu selepas kayuh....lepas nie nak balik sahur dulu....jam dah menunjukkan pukul 3.30 pagi....

Alhamdulllilah....semuanya selamat....segala perancangan dipermudahkan...

Mileage hanya 41km jea....cukuplah untuk training di bulan puasa nie....nanti lepas raya boleh berkayuh sampai ke Bentong untuk makan lemang pulak...

Saturday, 4 May 2019

Kayuhan Ambang Ramadhan : BB-Tg.Malim - 4 May 2019

Kayuhan penutup sebelum menyambut bulan Ramadhan Al-Mubharaq yang bermula dari Bukit Beruntung ke Tanjung Malim. Kayuhan bermula seawal jam 7.15 pagi dalam keadaan hujan gerimis dan kemudiannya reda. Bergabung dengan Basri di persimpangan Sirim-KKB dan seterusnya kayuhan menuju ke Tanjung Malim. Tidak sampai ke pintu UPSI hanya di gerai makan berhampiran dengan landasan keretapi untuk bersarapan pagi.

Sampai di Tanjung Malim.....lepas bersarapan di warung berhampiran dengan landasan keretapi...

Bergambar dulu....
Babat-Anaz-Wak-Man Gapi-Nadzir-Hilmi-Basri...
Ramai geng-geng Audax nie...bersedup-desup kena tinggal kat belakang...

Sarapan...macam-macam ada....nasi kerabu, nasi lemak, pelbagai kuih-muih dan banyak lagi...


Ramai pengunjung yang makan di warung ini....meja penuh dan orang yang datang bersilih-ganti.... memang popular gerai ini...

Lepas makan...nak kayuh balik pulak.....hari semakin panas...walaupun hujan pagi tadi...namun panas terik apabila tengahari...

Bergambar dulu sebelum balik....hari dah panas...

Area sebelum sampai di persimpangan KKB....banyak kenderaan pagi ini...semuanya laju-laju berdesup...kena lebih berhati-hati semasa berkayuh...

Slow jea kayuh.....dah bonk teruk nie....

Fuuhhh...panas nye...

Berhenti tepi jalan dulu....ada rakan yang tayar pancit.....sambil itu berteduh tepi jalan dulu...ambil nyawa...panas semakin terik...


Tukar tiub baru....

Pit Stop.....Shell Petrol Station simpang KKB....berhenti beli air dulu....2 botol dah habis.... ada 35km lagi nak sampai rumah....nak layan laluan roller coaster dekat Rasa dalam keadaan panas terik nie memang satu menyeksaan.... 

Distance dapatlah 87Km.....lepas raya training lagi untuk PCR pulak....

Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubaraq...semoga amalan kita pada tahun ini akan mendapat keberkatan dan menjadi bekalan kemudian hari....
Selamat Berpuasa.....
Note : Jangan jadi Geng Plastik Hitam....

Thursday, 2 May 2019

Labour Day Ride : Renew Lesen Fraser Hill - 1 May 2019

Kayuhan "renew lesen" Fraser Hill untuk tahun ini bersama Basri dan Anas. Kayuhan bermula di pekan Kuala Kubu Bahru pada pukul 8.20 pagi. Kayuhan santai sempena cuti umum Hari Pekerja. Kali terakhir berkayuh di sini pada bulan December tahun lepas semasa sambutan Hari Krismas bersama geng Junior JiwaBasikal. Ramai pengayuh yang berkayuh pada kali ini. Meriah semasa sampai di atas puncak. Ramai juga pengunjung pada hari ini sempena cuti umum.

Sampai di puncak pada pukul 11.30 pagi. Lepak sambil makan sebelum bergerak turun pada pukul 12.15 tengahari. Tidak mahu menunggu terlalu lama kerana takut hujan akan turun pada sebelah petangnya.

Berjaya renew lesen Fraser Hill untuk tahun ini...


Bertiga kali ini....Basri & Anaz.... parking penuh disekitar pekan KKB....ramai rider pada pagi ini yang berkayuh...

Santai-santai menuju ke Empangan KKB.....cuaca mendung pagi ini...sesuai sangat untuk berkayuh...

Tak sempat berposing di hadapan empangan...sebab ada rider yang sedang melepak sambil bergambar....meneruskan kayuhan ke Sungai Chiling...

Dipertengahan jalan...berhenti kejap untuk bergambar... minta tolong rider dari KKB untuk mengambilkan gambar...

Sampai di Air Terjun Semangkuk...pit stop sekejap dekat sini....take five...

Relax dulu....

Meneruskan semula kayuhan...ada baki 6Km lagi untuk sampai di Gap Fraser....

Sampai di pintu gerbang Gap Fraser.... 

Meriah di sini....ramai rakan pengayuh yang melepak di sini sambil menunggu rakan lain sampai.... baki 8Km untuk sampai ke puncak merupakan cabaran untuk kayuhan ke Fraser....climbing yang agak memenatkan di laluan ini...

Geng-geng motor berkuasa tinggi pun ramai kali ini....pelbagai jenis motor berkuasa tinggi...

Ambil nafas dulu sebelum kayuh ke puncak....


Laluan pintu masuk....jika dulu pondok post kawalan ini dijadikan tempat pengawal lalu lintas memberikan kebenaran untuk naik atau turun kenderaan disebabkan laluan turun naik hanya satu dan masa yang diberikan hanya sejam untuk naik atau pun turun... dulu kayuhan naik perlukan dilakukan dalam tempoh sejam...jika tidak akan bertembung dengan kenderaan yang ingin turun...perlu lebih berhati-hati disebabkan kenderaan yang turun tidak menjangkakan terdapat pengayuh basikal yang sedang  berkayuh....namun segala masalah diselesaikan dengan laluan turun yang lain dan menjadikan tiada tempoh masa untuk naik atau pun turun....

Dah lama tak bergambar kat batu 1Km nie..... nasib baik 1Km jea lagi nak sampai....perut dah lapar nie...

Akhirnya sampai di puncak...ramai pengunjung hari nie.....rider pun ramai....

Lepak rehat dulu....nak makan nasi lemak, kedai tutup pulak....malas nak climbing naik ke medan selera dekat dengan masjid Fraser..... makan karipap dengan buah jea laa yang dibeli di gerai tepi jalan....

Kalau dah sampai sini....aksi berposing dekat menara jam memang tak sah kalau tak buat.... gambar kenangan setiap kali naik ke sini...

Semasa nak turun....terserempak dengan Abg Bard KDRC... bergambar dulu sebelum turun... kalau dah turun tak sempat dah nak bergambar....semua berdesup-desup turun....layan downhill...

Fuuuhhh....panas pulak dah....jam pukul 1.30 tengahari....relax dulu sebelum climbing dekat empangan nanti....time panas-panas nie memang boleh pewaii....
Selamat Berpuasa.....