NS Nature MTB Jamboree 2014 kali ini di Tampin pula, setelah berjaya di Jelebu pada awal tahun ini. Bertempat di Stadium Tampin, seramai lebih kurang 700 orang pengayuh menyahut cabaran pada kali ini. Laluan yang disediakan memang mencabar di awal kayuhan kerana terpaksa mendaki bukit sehingga ke puncak, namum ramai yang menolak sehingga ke puncak disebabkan terlalu panjang untuk didaki.
Laluan menuju CP1 memang cukup memenatkan disebabkan pendakian yang panjang. Manakala laluan menuju ke CP2 adalah landai dan sedikit pendakian tetapi banyak masa terbuang di laluan ini akibat kesesakan di dalam trek yang sememangnya tidak boleh berkayuh. Laluan ke CP3 lebih landai dan fast rolling sehingga ke garisan penamat.
Secara keseluruhanya, acara ini berjalan dengan lancar namun terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki seperti ketiadaan marshall di dalam trek kerana hanya tertumpu di water station sahaja. Menyediakan air minuman berisotonik di water station
(setidak-tidaknya salah satu water station menyediakannya) dan bukan hanya air mineral sahaja. Ketiadaan makanan seperti pisang di water station juga harus dipertimbangan pada masa akan datang. Selain itu kawalan laluan lintas dengan masa yang terhad sahaja terutama di persimpangan traffic light sebelum ke stadium juga harus dipertimbangkan kerana ia membabitkan keselamatan pengayuh.
Distance : 38.5km
Moving Time : 2 hours 54 minutes
Stopped Time : 1 hours 22 minutes
Max Speed : 45.7 km/h
Moving Avg : 12.7 km/h
Event yang ke-2 di Negeri Sembilan untuk tahun ini....
Wakil Prima Riders....
Nuar-Afitz-Is-Babat
Acara bertempat di Stadium Tampin..... ruang acara yang selesa serta tempat letak kereta yang banyak...
Kayuhan bermula pada pukul 8pagi....dengan kategori race dilepaskan dahulu dan seterusnya jamboree...
Laluan road sejauh 5km sebelum memasuki laluan offroad....
Traffic jam di kawasan penternakan ayam....boleh tahan bau dekat sini...rasa nak pening kepala...
Menunggu giliran meniti di titian yang usang....
Pendakian yang menyeksakan bermula....
Ramai yang menolak daripada berkayuh.....
Yang kuat mengayuh....yang tak larat, tolak jea....
Sayup kelihatan sehingga ke puncak....tapi masih belum sampai ke puncak lagi....masih jauh pendakian...
Tolak lagi....
Woow...tak habis lagi rupanya....
Tolak...tolak...tolak jea....
Sampai ke puncak akhirnya...Water Station 1....
Pemandangan dari puncak....lepas ini layan downhill pulak....
Adduuhh.....jam lagi....apa hal kat depan tuu....sampai tak bergerak...
Kawasan tebing berlurah....terpaksa menunggu giliran untuk turun...banyak masa terbuang disini...hampir 30 minit menunggu giliran....
Jalan pintas...turun dari tebing tinggi....
Waahhh.....tensionnya, peluh pun dah kering....
Kesesakan lagi.....menolak di kawasan singletrek hutan...kawasan ini memang tidak boleh nak berkayuh, terpaksa menolak basikal dalam keadaan berlumpur dan berselut....banyak jugak masa terbuang di sini...
Macam rasa laluan ini tak perlu untuk rider...sebab memang tak boleh berkayuh disini dan banyak masa terbuang untuk menunggu giliran untuk menolak basikal....
Layan jea laaahh....
Menuju ke finishing line....
Pendakian di 10km yang pertama sehingga ke ketinggian 870ft...
Kayuhan sejauh 38km....