Air Terjun Sungai Lepoh merupakan salah satu daya tarikan yang terdapat di kawasan
Hulu Langat. Kawasan ini juga dikenali sebagai
Sungai Lopo ataupun
Sungai Lepok. Disebabkan kawasan di berdekatan dengan bandaraya
Kuala Lumpur maka kawasan perkelahan ini sentiasa menjadi daya tarikan pendaki serta pecinta alam sekitar
Lembah Klang.
Kami bertolak dari
Bukit Beruntung pada pukul 6 pagi serta singgah di
Sungai Buloh bagi menunggu rakan yang lain sebelum menuju ke
Hulu Langat. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit dengan melalui
Jalan Cheras.
Di pertengahan perjalanan...berhenti berehat dulu walaupun trail tidak begitu hardcore pada permulaannya....
Singgah bersarapan pagi dulu di Cafe Bahulu Classiq....kedai ini menjadi salah satu tarikan disini dengan menyediakan kuih bahulu yang lazat serta lembut....
Pekena Nasi Lemak dan telur separuh masak dulu....nak makan kuih bahulu jea, takut tak kenyang nanti....maklumlah banyak tenaga hendak digunakan...
Bergerak masuk ke laluan trail....sebelum itu perlu mendaftarkan diri dulu di pondok pengawal dengan bayaran RM1 seorang....
Laluan masuk melalui kawasan Asli Adventure Base Camp (AABC)... parking kenderaan di sini dikenakan sebanyak RM5 dengan dijaga oleh seorang brother....
Paip air yang menyalurkan air dari Sungai Lepoh....agak usang namun masih digunakan lagi...
Untuk pendaki otai....trail ke Sungai Lepoh ini juga dikenali sebagai "Trail Dolly Parton"...nak tahu sebab apa, kena tanya otai-otai dulu macam mana rupa bukit ini....
Fuuuhhh....ingatkan landai sangat.....masih terdapat beberapa laluan pacak yang perlu dilalui...
Bergambar dulu.....letih....lepas ini ada climbing lagi....
Laluan semakin mendaki....
Berehat dulu.....ambil nafas....
Climbing.....
Boleh senyum lagi....
Pacak..... nasib baik tak banyak laluan pacak macam nie....
Relax dulu.....
Panjat jea....jangan tengok atas...tunduk bawah jea....
Sampai puncak......
Sampai di kawasan Air Terjun Sungai Lepoh.....ramai sangat pengunjung hari ni....penuh segenap ruang....terpaksa mencari kawasan yang sesuai untuk berkelah....
Pengunjung yang lain membakar daun-daun kering untuk membuat asap bagi menghalau lebah yang banyak berterbangan di kawasan nie.... terlalu banyak lebah di sini sehingga menyukarkan untuk bergerak....habis badan dan bag dihurungi oleh lebah...
Nasib tidak baik....disengat oleh lebah di lengan tangan kanan....berbintat bengkak dibuatnya....
Menyediakan makanan tengahari....ada nasi impit serta rendang daging serta tidak dilupakan...maggie cup...
Makanan paling enak jika masuk hutan.....paling mudah dan cepat....
Lepas makan....mandi pulak....walaupun air sungai tidak dalam, tapi cukup untuk membasahkan badan ..air sememangnya sejuk serta dingin....
Menghidupkan api bagi menghalau lebah yang berterbangan.....
Pukul 2.30 petang....bergerak turun dari air terjun.....perjalanan turun hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja.....
Apiz belanja ais krim.... layan makan ais krim sebelum bergerak ke parking kereta....
Nuar sempat berborak dengan brother jual ais krim dulu sambil bertanya tentang sejarah di kawasan ini.... rupanya brother ini orang lama di kawasan ini dan tahu seluk-beluk sejarah di sini...
Bergerak ke parking kereta....
Kawasan ini sesuai untuk dijadikan sebagai tempat untuk bersantai bersama keluarga.....
Walaupun laluan trail tidak jauh, namun ketinggian tidak boleh dinafikan....
Walaupun kawasan perkelahan ini menjadi daya tarikan pengunjung setiap hujung minggu, namun tabiat membuang sampah-sarap di kawasan ini memang agak menyakitkan mata jika memandangnya. Timbunan sampah di buang sesuka hati oleh pengunjung, malah ini menjadi daya tarikan lebah untuk terbang ke sini. Sisa-sisa makanan bersepah menyebabkan pemandangan di kawasan ini kurang menarik. Di permulaan laluan trail di kawasan lereng bukit juga telah dijadikan tempat pembuangan sampah bagi pengunjung yang berkelah disini. Diharapkan tabiat buruk seperti ini dapat dikikis dan alasan bahawa bayaran masuk telah dikenakan menyebabkan pengunjung meletakkan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan kepada pihak yang mengutip bayaran. Hutan Milik & Tanggungjawab Kita.