Sunday, 13 May 2018

Solo Run @E9 Perodua - 13 May 2018

Larian solo sebelum bermulanya bulan Ramadhan pada tahun ini di Jalan E9 Perodua. Laluan yang selalu digunakan untuk ke tempat kerja namun kali ini cuba untuk berlari. Cuaca pada pagi ini sungguh mendung serta nyaman, ini disebabkan hujan yang turun sepanjang malam menyebabkan cuaca sejuk pada sebelah pagi. Walaupun bermula lewat namun cuaca mendung begini memang sesuai untuk melakukan aktiviti luar.


Bermula lewat namun cuaca cukup dingin serta mendung....sesuai untuk berlari....

Laluan lenggang....tidak banyak kenderaan seperti hari biasa.....

Selfie dulu.....tak perlu nak rushing sangat.....

Di hadapan warehouse store TNB...katanya antara store TNB paling besar di semenanjung.... di kawasan ini agak berhati-hati kerana terdapat banyak anjing liar yang berkeliaran...takut dikejarnya pulak....

Climbing tarmac.....tak panas tak teruk sangat nak lari....

Kilang besi dan concrete cement di sini....pagi-pagi banyak lori trailer yang penuh dengan muatan parking di bahu jalan....agak merbahaya melaluinya kerana pernah berlaku kemalangan maut di sini akibat lori yang sesuka hati meletakkan kenderaan di tepi jalan....

Laluan masuk ke UMW Aerospace....kilang yang baru di buka untuk pemasangan engin kapal terbang Boeing...kawasan ini dikatakan akan menjadi Hub Aerospace di Malaysia selain KLIA dan Subang....

Kawasan berbukit yang telah diratakan untuk pembinaan "monsoon drain" di kawasan ini....

Laluan menuju ke Perodua.... laluan lenggang disebabkan cuti hujung minggu, jikalau tidak kawasan ini kerap digunakan oleh trailer carrier yang mengangkut kenderaan untuk diedarkan kepada pengguna... 

Kawasan parking kenderaan Perodua...kereta yang telah siap diletakkan di sini sebelum dihantar kepada pelanggan....

Jambatan yang menghubungkan di antara kawasan parking kenderaan di kawasan tempat letak kenderaan di Perodua...

National Emission Test Center..... pusat penyelidikan yang baru dibina di kawasan ini....

Masih tak pasti apa fungsi testing center ini....mungkin untuk menguji kecekapan engine kenderaan yang dihasilkan....

Container Yard Perodua.....penuh dengan CKD part dari luar negara....disimpan di sini sebelum dipasangkan pada kenderaan....

Mileage tidak jauh hari ini....hanya 8Km jea....cukup lah untuk kali ini....lepas raya kita lari lagi...

Thursday, 10 May 2018

Kayuhan PRU14.....semanggat "Ini KaliLah" - 9 May 2018

Kayuhan PRU14 ke Genting Sempah bersama Ex-School Mate Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia (SekMenKeb) iaitu bersama Wan Latiff. Rakan lama semasa sekolah menengah dahulu namun kini sudah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Berkumpul di Batu 7 Jalan Gombak iaitu di Kedai Makan berhadapan dengan Tanah Perkuburan Batu 7 Gombak. Kayuhan santai disebabkan sudah lebih 3 bulan tidak berkayuh. Kali terakhir kayuhan pun semasa Powerman yang lalu.

Selepas tamat kayuhan, terus bergegas menuju ke Pusat Pembuangan Undi DUN Gombak Setia iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia. Mengundi di Saluran 4, dengan masih mengekalkan tempat pembuangan undi yang sama seperti 5 tahun yang lepas. Suasana di tempat mengundi yang tenang dengan kawalan daripada pihak berkuasa. Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia, terpaksa bergegas menghantar anak balik ke maktab.


Berkayuh bersama Wan Latiff....kali terakhir kayuh bersama pun semasa Audax200 tahun lepas...

Perang poster parti bertanding di Jalan Batu 7 Gombak....

Kawasan pembuangan undi....sudah mula sesak dengan pengundi yang ingin mengundi awal...

Climbing ke Genting Sempah...tidak ramai pengayuh yang berkayuh hari nie...hanya berselisih dengan beberapa orang sahaja...

Lenggang.....

Sampai di Genting Sempah.....sunyi...tidak meriah seperti biasa....ramai yang telah pulang ke kampung masing-masing untuk mengundi...

Gerai jual buah dan air pun tutup.....

Tak tunggu lama...bergerak turun untuk menunaikan tanggungjawap sebagai warganegara...

Singgah dulu dekat bawah tower....bergambar di lereng highway dulu...

Highway....banyak jugak kereta....sibuk untuk balik mengundi kot...


Bergerak turun....santai-santai jea...


Akhirnya sampai....berkayuh terus ke rumah....bersiap-siap dan mandi untuk membuang undi...

Mengundi di sekolah lama....banyak nostalgia di sini....banyak kenangan suka dan duka...tapi itu semua banyak dijadikan sebagai pengajaran...

Saluran 1....golongan warga emas....beratur panjang...

Saluran 4....merupakan saluran yang tidak ramai pengundi.....yang paling ramai di saluran 6 iaitu golongan muda atau yang pertama kali mengundi...

Saluran 4....tahun ini tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di bilik mengundi....tidak seperti dulu....tak dapat nak tunjuk parti apa yang dipangkah.....tapi "Ini KaliLah"...itu sudah cukup untuk menterjemahkan segalanya....

Banyak jasa sekolah ini....walaupun pun tidak seperti dulu....

Selesai tanggungjawab....

Kayuhan kali ini....cukup sekadar ini....lagi pun dah lama tak berkayuh....minggu depan dah nak puasa....stop sebulan....

"Ini KaliLah".....

Monday, 7 May 2018

Hiking Air Terjun Sungai Lepoh Hulu Langat - 6 May 2018

Air Terjun Sungai Lepoh merupakan salah satu daya tarikan yang terdapat di kawasan Hulu Langat. Kawasan ini juga dikenali sebagai Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok. Disebabkan kawasan di berdekatan dengan bandaraya Kuala Lumpur maka kawasan perkelahan ini sentiasa menjadi daya tarikan pendaki serta pecinta alam sekitar Lembah Klang.

Kami bertolak dari Bukit Beruntung pada pukul 6 pagi serta singgah di Sungai Buloh bagi menunggu rakan yang lain sebelum menuju ke Hulu Langat. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit dengan melalui Jalan Cheras.


Di pertengahan perjalanan...berhenti berehat dulu walaupun trail tidak begitu hardcore pada permulaannya....

Singgah bersarapan pagi dulu di Cafe Bahulu Classiq....kedai ini menjadi salah satu tarikan disini dengan menyediakan kuih bahulu yang lazat serta lembut....

Pekena Nasi Lemak dan telur separuh masak dulu....nak makan kuih bahulu jea, takut tak kenyang nanti....maklumlah banyak tenaga hendak digunakan...

Bergerak masuk ke laluan trail....sebelum itu perlu mendaftarkan diri dulu di pondok pengawal dengan bayaran RM1 seorang....

Laluan masuk melalui kawasan Asli Adventure Base Camp (AABC)... parking kenderaan di sini dikenakan sebanyak RM5 dengan dijaga oleh seorang brother....

Paip air yang menyalurkan air dari Sungai Lepoh....agak usang namun masih digunakan lagi...

Untuk pendaki otai....trail ke Sungai Lepoh ini juga dikenali sebagai "Trail Dolly Parton"...nak tahu sebab apa, kena tanya otai-otai dulu macam mana rupa bukit ini.... 

Fuuuhhh....ingatkan landai sangat.....masih terdapat beberapa laluan pacak yang perlu dilalui...

Bergambar dulu.....letih....lepas ini ada climbing lagi....

Laluan semakin mendaki....

Berehat dulu.....ambil nafas....

Climbing.....

Boleh senyum lagi....

Pacak..... nasib baik tak banyak laluan pacak macam nie....

Relax dulu.....

Panjat jea....jangan tengok atas...tunduk bawah jea....

Sampai puncak......

Sampai di kawasan Air Terjun Sungai Lepoh.....ramai sangat pengunjung hari ni....penuh segenap ruang....terpaksa mencari kawasan yang sesuai untuk berkelah....

Pengunjung yang lain membakar daun-daun kering untuk membuat asap bagi menghalau lebah yang banyak berterbangan di kawasan nie.... terlalu banyak lebah di sini sehingga menyukarkan untuk bergerak....habis badan dan bag dihurungi oleh lebah...

Nasib tidak baik....disengat oleh lebah di lengan tangan kanan....berbintat bengkak dibuatnya....

Menyediakan makanan tengahari....ada nasi impit serta rendang daging serta tidak dilupakan...maggie cup...

Makanan paling enak jika masuk hutan.....paling mudah dan cepat....


Lepas makan....mandi pulak....walaupun air sungai tidak dalam, tapi cukup untuk membasahkan badan ..air sememangnya sejuk serta dingin....


Menghidupkan api bagi menghalau lebah yang berterbangan.....


Pukul 2.30 petang....bergerak turun dari air terjun.....perjalanan turun hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja.....

Apiz belanja ais krim.... layan makan ais krim sebelum bergerak ke parking kereta....

Nuar sempat berborak dengan brother jual ais krim dulu sambil bertanya tentang sejarah di kawasan ini.... rupanya brother ini orang lama di kawasan ini dan tahu seluk-beluk sejarah di sini...

Bergerak ke parking kereta....

Kawasan ini sesuai untuk dijadikan sebagai tempat untuk bersantai bersama keluarga.....

Walaupun laluan trail tidak jauh, namun ketinggian tidak boleh dinafikan....

Walaupun kawasan perkelahan ini menjadi daya tarikan pengunjung setiap hujung minggu, namun tabiat membuang sampah-sarap di kawasan ini memang agak menyakitkan mata jika memandangnya. Timbunan sampah di buang sesuka hati oleh pengunjung, malah ini menjadi daya tarikan lebah untuk terbang ke sini. Sisa-sisa makanan bersepah menyebabkan pemandangan di kawasan ini kurang menarik. Di permulaan laluan trail di kawasan lereng bukit juga telah dijadikan tempat pembuangan sampah bagi pengunjung yang berkelah disini. Diharapkan tabiat buruk seperti ini dapat dikikis dan alasan bahawa bayaran masuk telah dikenakan menyebabkan pengunjung meletakkan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan kepada pihak yang mengutip bayaran. Hutan Milik & Tanggungjawab Kita.