Sunday, 28 February 2021

PKP 2.0 Offroad Ride @Menjejaki Widuri Trail Yang Hilang - 28 February 2021

Menyusuri semak-samun di denai Widuri yang suatu masa dahulu merupakan trail favorite untuk kayuhan offroad. Single trek di kawasan belukar semak samun yang dipenuhi dengan pokok getah liar dan seterusnya menyusuri laluan di ladang kelapa sawit. Dulu trail ini boleh sampai di kawasan Bukit Beruntung Golf Club dan seterusnya berkayuh ke SKC sehingga ke Bukit Tagar. Namun banyak laluan pokok tumbang serta sudah dipenuhi dengan semak samun sehingga menyukarkan untuk menjejaki trek yang asal. Banyak aktiviti pembersihan serta menebang dahan pokok yang tumbang diperlukan. Biarlah trail yang dulu terus menjadi kenangan.

Kayuhan kali ini lebih kepada akvitivi pemnbersihan trail dengan menggunakan parang, mesin rumput serta mesin memotong pokok. Hasil kerjasama daripada rakan-rakan basikal yang lain, dapat mengumpul segala peralatan serta kerahan tenaga dapat dilakukan. Semua yang terlibat memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan trail Widuri ini dapat dilalui semula.

Sudah lama tidak memasuki trail Widuri....rasanya lebih kurang 5 tahun yang lalu...masih sama tidak banyak yang berubah hanya laluan dipenuhi dengan semak samun serta belukar....



Bergambar dulu di kawasan berbukit sebelum memasuki trail Widuri...kawasan bukit batu kapur...

Cantik pemandangan di sini....berlatar belakang bukit batu kapur...

Berkumpul di tepi jalan Widuri sambil menunggu rakan-rakan yang lain...pembahagian tugas serta peralatan dilakukan di sini...terdapat 2 mesin rumput serta chain saw yang akan digunakan di dalam misi pada kali ini...

Dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi mempercepatkan proses pembersihan trail...2 kumpulan ini akan bertemu di dalam trail....

Menarik laluan di sini....

Laluan single trail bermula....berkayuh menyusuri tasik sambil mengharungi denai-denai yang ada....

Proses pembersihan pun bermula....menggunakan mesin rumput lebih mudah...walaupun semak samun agak tebal dan kadang-kala agak menyukarkan....

Ada section yang perlu tolak basikal disebabkan permukaan yang tanah yang agak curam....

Laluan yang telah dibersihkan....baru senang nak berkayuh...jika tidak kawasan ini penuh dengan belukar yang sememangnya agak sukar untuk berkayuh...menolak pun jadi sukar...

Trail di dalam kebun getah yang telah terbiar...jika dulu ada pondok Indon di kawasan ini yang melakukan kerja-kerja menoreh getah...namun pondok tersebut sudah seperti lama ditinggalkan...disebabkan itu kawasan ini menjadi bersemak samun kerana jarang di lalui...diharapkan selepas ini akan kerap berkayuh disini dan denai di sini boleh di maintain...

Laluan clear...jika sebelum ini terdapat pokok yang tumbang merintangi jalan...

Kulaan...orang kuat pada pagi ini...bawa mesin rumput...nasib baik tak diterangkan hutan yang ada...

Bertemu dengan group yang satu lagi di petengahan trail...ini bermaksud trail Widuri telah di clearkan sepenuhnya...dah boleh buat full loop...

Habuan daripada hasil kerja keras pada pagi ini...nasi kerabu....memang terbaik dan sedap dapat makan di dalam hutan....


Terima kasih kepada tuan yang sponser makan pada pagi nie...lain kali mintak lagi...nasi kerabu dengan daging salai memang lazat...


Otrang kuat group satu lagi...memang terbaik lah korang semua....komitmen yang cukup tinggi untuk menjayakan aktiviti pada kali ini...

Siap dengan chain saw sekali....dah macam pembalak haram pulak...

Next week dah boleh buat full loop...in sya Allah dipanjangkan umur akan berkayuh semula di sini...

Jumpa lagi minggu depan...adios...

Saturday, 20 February 2021

PKP 2.0 @Bukit Beruntung-Dam KKB - 20 February 2021

Kayuhan dari Bukit Beruntung ke Empangan Kuala Kubu Bahru dalam suasana angin bertiup kencang. Pagi ini angin bertiup agak kuat menyebabkan kayuhan menjadi sedikit perlahan serta memerlukan tenaga yang lebih semasa melawan rintangan angin. Tiupan angin semasa menuju ke puncak empangan KKB memang cukup memeritkan. Ramai juga rakan kayuhan yang berkayuh pada pagi ini. Jarak kayuhan radius 10km telah dihapuskan tetapi masih lagi perlu di dalam kawasan daerah sahaja tanpa merentas sempadan. Harap-harap selepas ini boleh lah rentas negeri semula.


Sudah lama tidak berkayuh disini...walaupun terdapat road block di pekan KKB namun diberikan kebenaran untuk berkayuh kerana masih lagi di dalam daerah Hulu Selangor....yang penting penjarakan sosial serta SOP perlulah dijaga....

Letih setelah melawan tiupan angin semasa menyusuri laluan "dragon back" Jalan Bukit Beruntung-Rasa....tiupan angin kencang yang agak dingin disebabkan masih awal pagi lagi namun tetap menyeksakan terutama semasa mendaki....semasa menurun pun basikal agak sukar untuk dikawal...

Jentera lama...tapi masih berjasa...

Port pit stop....persimpangan Jalan Rasa Sirim-KKB...lepak rehat sini dulu sambil tunggu keretapi lalu....tapi tak lalu pun....

Meneruskan semula kayuhan ke empangan....sebelum tuu carbo loading dulu dekat gerai bawah pokok KKB...berhadapan dengan stadium KKB....angin kuat hari ini, banyak tenaga diperlukan untuk kayuhan...

Sampai di Empangan KKB....angin bertiup kencang di sini....

Sebelum turun...bergambar dulu....penjarakan sosial masih lagi dipatuhi.... "KitaJagaKita"....

Kapasiti maximum tadahan air di Empangan KKB.....alhamdullilah...hujan yang kerap turun memastikan paras air di empangan ini sentiasa berada di dalam tahap maximum...

Kayuhan balik melalui jalan belakang E9 Perodua....cuaca semakin panas ketika ini...dan terasa perit sinaran matahari...

Panas sangat...berhenti tepi jalan dulu untuk beli air tebu....brother jual air tebu ini memang dah lama meniaga di sini...kalau dulu selalu gunakan jalan ini untuk pergi dan balik kerja....memang terbaik, ada goreng pisang panas lagi...

Cukup lah untuk minggu nie...yang penting kayuh...minggu depan plan nak pegi warung misteri pulak...dah lama tak makan nasi kerabu....warung misteri masih lagi dalam daerah Hulu Selangor walaupun pun bersempadan dengan Tanjung Malim....

Puncak paling tinggi di Dam KKB....memang mencanak naik semasa mendaki....dengan tiupan angin kencang menambahkan lagi perit untuk sampai di puncak...

Laluan Avian telah dibuka semula...tiada lagi batu penghalang lagi...ini menyebabkan laluan ini menjadi sibuk semula....maka laluan ini bukan lagi menjadi pilihan... tapi nanti kalau teringin nak climbing boleh jea kayuh dekat sini...

Sunday, 14 February 2021

PKP 2.0 Neighbourhood Ride @Bukit Sentosa - 14 February 2021

Hujung minggu ini kayuhan road pulak setelah semalam berpenat mendaki di laluan trek SCT. Kayuhan dari Bukit Sentosa menuju ke Kuala Kubu Bahru secara santai. Lagi pun kayuhan bermula lambat hari ini disebabkan masih lagi terfikir-fikir samada hendak berkayuh atau tidak pagi ini. Akhirnya ambil keputusan untuk berkayuh bersama Tn Haji Azham menuju ke KKB. Walaupun pun cuaca hari ini agak cerah namun terasa dingin ketika berkayuh. 

Melepak di Petronas Jalan Kuala Kubu Bahru lebih sejam sambil layan berborak dan minum 100Plus. Tak ada apa yang hendak dikejarkan hari ini. Sekadar untuk enjoy kayuhan sahaja. Nak pergi jauh takut kena saman pulak. Layan sini-sini jea laa...


Kayuhan disekitar kejiranan semasa musim PKP ini....radius 10km dari kawasan perumahan masih lagi dipatuhi...

Tn Haji Azham bersemanggat dengan basikal RB....kayuh pun padu...otai masih lagi berbisa....

P.S Samy....pusat latihan memandu yang terbesar di daerah Hulu Selangor....ramai penungang dan pemandu yang baru hendak belajar di pagi Ahad ini.... 


Laluan pagi ini agak lenggang tanpa banyak kenderaan yang lalu-lalang....agak selesa untuk berbasikal....tetapi keselamatan disekeliling tetapi diperhatikan dengan penuh berhati-hati...banyak pemandu mabuk semasa musim perayaan ini...

Jalan Ampang Pecah menuju ke Kuala Kubu Bahru....

Balai Bomba & Penyelamat Kuala Kubu Bahru...merupakan balai bomba yang terbesar di daerah Hulu Selangor ini...terdapat tempat latihan di sini dan dulu balai ini merupakan tempat untuk melatih pegawai-pegawai untuk kenaikan pangkat...tetapi tak pastilah sekarang ini masih ada atau tidak...

Pit Stop....melepak di Petronas Jalan Kuala Kubu Bahru....di sini terdapat kedai TeaLive di dalam Petronas...tetapi masih awal lagi...tak buka lagi....next time jea lahh...nasib baik bawa mask..kalau tak tak dapat lah masuk...

Refill 100Plus dan ais cream durian...nak makan durian sekarang nie masih lagi harga Yahudi...jadilah merasa makan ice cream jea...

On the way balik....melalui depan Sirim Rasa...lenggang..cuti hujung minggu tak ada orang yang bekerja...

Follow Tn Haji jea....cucuk angin jea laa...

Jadi lah dapat 55Km jea untuk minggu nie....next week repeat lagi...asalkan dapat kayuh...

Climbing teruk dekat jalan lama Rasa-Bukit Beruntung....beralun-alun macam dragon back...

Dah lama tak hiking nie...dah rindu sangat dengan bau hutan dan bunyi unggas...harap nanti ada perubahan dalam SOP....boleh lah hiking semula...

Saturday, 13 February 2021

PKP 2.0 Offroad Ride @SCT Loop - 13 February 2021

Minggu nie ber"offroad" lagi di trek SCT dengan menyusuri Loop 2 sambil berkayuh santai jea. Laluan ini lebih hardcore berbanding Loop 1. Kerana di sini terdapat banyak climbing terutama di Bukit 3 Tingkat. Memang jauh mendaki dengan laluan yang pacak. Dulu laluan ni lebih lagi mencabar tetapi disebabkan bukit ini telah ditarah menjadikan ia kurang hardcore berbanding dulu. Kawasan ini termasuk dalam plan pembangunan UMW High Value Park, maka itu banyak bukit telah ditarah untuk jadikan kawasan perindustrian.

Kayuhan bermula di kawasan perumah Telipot dimana kawasan lapang yang selalu dijadikan tempat untuk permainan kapal terbang kawalan jauh. Namum terdapat ramai yang berjogging di sini pada pagi ini dan terdapat juga yang berkayuh bersama keluarga.

Laluan offroan menuju ke kawasan UMW High Value Park melalui kawasan perumahan Telipot...terdapat sedikit pendakian sebelum sampai di rumah kongsi...laluan berlumpur dan sedikit berselut....

Penempatan rumah kongsi.....pekerja pembinaan duduk di sini...

Lori mengangkut tanah sedang bergerak melakukan kerja-kerja pemindahan tanah yang telah ditarah....kena lebih berhati-hati di sini disebabkan banyak lori tanah yang besar-besar sedang berkerja....

Roundabout di kawasan UMW....bergambar dulu sebelum meneruskan kayuhan semula...

Menuju ke kilang Ingress AOI...kilang baru yang berada di kawasan ini...laluan menurun setelah penat mendaki....laluan ini masih lagi belum dibuka untuk public...terpaksa memikul basikal semasa melintasi halangan yang diletakkan di atas jalanraya...

Memasuki laluan offroad menuju ke kebun sayur Serendah....melalui Loop 2 secara terbalik....rasanya laluan reverse agak lebih sukar kerana banyak pendakian...

Cukup untuk minggu ini berkayuh di kawasan kejiranan sahaja....SOP dah berubah...dulu boleh lah kayuh jauh sikit tetapi sekarang telah dihadkan....

Garmin tertutup pulak semasa awal kayuhan...kurang 7km.... ok lah next time kayuh lagi....tapi macam nak layan road lah pulak....nak cari mileage sikit....