Sunday, 28 March 2021

PKPB Offroad Endurance @Widuri + SCT Trail Full Loop - 28 March 2021

Minggu ini kayuhan offroad endurance di laluan trail Widuri dan juga trail SCT dengan jarak kayuhan lebih kurang 46Km. Sebenarnya dah lama tak buat kayuhan jarak jauh macam nie. Lagi pun sekarang nie cuaca pun agak panas terutama semasa tengahari. So...kayuhan kali ini penuh dengan dugaan mental dan fizikal. Walaupun tak ada yang cramp namun cukup meletihkan terutama apabila berkayuh di Loop 1 SCT disebabkan disini terdapat banyak pendakian. Pendakian di Bukit Lanjut dalam cuaca panas terik mengajar erti penyesalan. Tetapi itu semua lumrah dalam dunia mtb. Jika tiada bukit bukan mtb namanya.

Kali ini hanya bertiga sahaja, bersama Tuan Haji Azham serta Josh. Kayuhan bermula agak lewat iaitu lebih kurang pukul 8.30 pagi dan tamat semasa azan Zohor, lebih kurang pukul 1.20 tengahari. Kayuhan di Loop 2 agak santai walaupun hari sudah panas terik. Namun laluan ini berkanopi tetapi kayuhan tarmac menuju ke rumah memang cukup menduga kudrat yang ada. Walaupun bagaimana pun cukup berpuas hati dapat menghabiskan kayuhan kali ini. 


Dah lama tak buat kayuhan jarak jauh seperti ini...sekali buat terus sakit semua badan...rasanya kayuhan yang menguji fizikal dan mental....time kayuh memang rasa menyesal...lepas dah kayuh rasa nak repeat lagi....menyesal kejap jea...

Bertiga jea kali nie.... tak banyak berhenti berehat....kalau berhenti pun sekejap jea...maklumlah nak kejar masa....

Tasik Widuri di waktu pagi...tenang dan mendamaikan....ada juga pemancing yang memancing di sekeliling tasik... 

Trail Widuri.....lepak rehat dulu....

SCT Loop 1.....baru melepasi Kilang Batu Bata....lepak rehat dulu...dah pewaii dah ini...hari semakin panas...peluh yang meleleh pun terasa hangat....

Fuuhhh...terduduk Haji Azham selepas melayan bukit di Loop 1....memang azab laluan ini..tetapi Loop 2 tak seteruk Loop 1......laluan kurang pendakian dan banyak berkanopi...

Menuju ke Loop 2....disergah oleh anjing semasa memasuki Loop 2....anjing kepunyaan pekerja ladang sawit....nasib baik tak digigitnya....semasa di Kilang Batu Bata pun disergah oleh anjing...banyak kali jugak dikejar oleh anjing...nasib baik Josh handal bersilat menghalau balik anjing tuu....tapi kalau tengok anjing-anjing tuu hanya tunjuk handal jea...bila kita sergah dia balik, lari lintang-pukang...tapi kalau anjing Rottweiler jangan cari pasal....elok langkah seribu.... 

Loop 2 SCT....kebun sayur.... titi kayu yang agak licin....nasib baik tak tergelincir...

Kebun sayur Serendah....selalu sampai sini di waktu pagi...tapi kali ini dah tengahari....panas terik...

Menyeberangi anak sungai.....Haji Azham sempat basuh basikal dulu...penuh dengan lumpur....laluan kali ini agak berlumpur serta lecah....

Pewaiii.....rasanya....tapi lega sebab dah masuk Loop 2.....dah tak jauh lagi nak sampai E9 Perodua....

Sampai di kawasan Jalan E9 Perodua....singgah di kilang Josh.....Ingress AOI.....panas gile lah time nie....bahang panas jalan raya memang terasa....

Fuuuhhh...panasnya...macam mana nak balik nie.....nak layan tarmac memang azab rasanya....

Melepak depan pintu gate Ingress...tunggu Josh belikan air dekat kilang....

Dapat setin air Revive sejuk memang cukup menyegarkan....jadi lah sebagai pembakar semangat untuk berkayuh pulang 

Layan laluan berbukit.....climbing dah tak tengok depan dah...tunduk kat jalan raya jea....

Parking yard kereta Perodua.....banyak kereta yang akan diedarkan kepada pelanggan... Ativa pun ada....

Cukup lah untuk kali ini....lepas raya nanti baru buat endurance lagi....bulan depan dah start masuk Ramadhan....kayuhan malam pulak..itu pun kalau SOP bagi untuk kayuh malam....kalau tak, stop dulu sebulan tanpa berkayuh...

Tengok route macam nie pun dah letih....nanti nak repeat buat reverse pulak....mana serik main basikal nie...time dalam trail jea menyesal...tapi bila dah habis kayuh, fikir bila pulak nak repeat lagi...

Tuesday, 23 March 2021

PKPB Offroad Ride @Lake & Hill Widuri Trail - 21 March 2021

Kayuhan offroad di sekitar tasik serta bukit Widuri bersama geng-geng otai SCT. Route pada kali ini adalah sejauh 50km dengan melalui Widuri + SCT Loop 1 dan seterusnya SCT Loop 2. Namun apakan daya, kita hanya mampu merancang. Semasa di trail Bukit Widuri setelah melayan singletrail di Tasik Widuri, basikal mengalami masalah teknikal. Rear shock @Fox Float RP23 mengeluarkan bunyi yang bising. Setelah itu pressure pun drop, suspect seal koyak atau bocor. Terpaksa menarik diri untuk meneruskan kayuhan manakala rakan yang lain meneruskan kayuhan.

Diharapkan route ini akan di"repeat" semula pad masa akan datang.

Bergambar diseklitar Tasik Widuri, kawasan ini pernah terbakar semasa musim panas hari itu. Masih nampak lagi kesan terbakar dan pokok masih belum tumbuh lagi...

Bacaan doa daripada Tuan Haji Azham sebelum memulakan kayuhan masuk ke laluan offroad...semoga kayuhan mendapat keberkatan dan dihindari dari segala musibah...

Memasuki laluan offroad di sekitar Tasik Widuri...laluan kering dan kurang lecah disebabkan kurangnya hujan yang turun sejak kebelakangan ini...

Pokok tumbangan di laluan....sama-sama mengalihkan pokok reput yang telah menyembah bumi....nasib baik ringan sahaja pokok tersebut....

Setelah melayan trail disekeliling Tasik Widuri...bergambar dulu sebelum masuk ke trail Bukit Widuri...

Masih ada lagi rakan yang belum sampai dan tinggal dibelakang....tunggu dulu sambil bergambar...

Tenang sahaja suasana tasik di waktu pagi...

Hanya mampu untuk berkayuh sejauh ini sahaja disebabkan masalah basikal serta mengelakan sebarang kemalangan serta kesulitan semasa di dalam trail..terpaksa mengundurkan diri dan berkayuh pulang ke rumah dalam keadaan hampa....tak mengapa lain kali boleh repeat lagi....

Nasib baik berjaya sampai di rumah walaupun dalam keadaan basikal bermasalah....kena repair basikal dulu...takut jadi balik problem...
In sya Allah akan repeat semula trail ini....

Saturday, 20 March 2021

PKPB Road Ride @BB-KKB - 20 March 2021

Kayuhan road dari Bukit Beruntung ke Kuala Kubu Bahru melalui jalan "dragon back" Bukit Beruntung-Rasa. Kayuhan di awal pagi dengan jarak pendek sahaja disebabkan terdapat urusan penting yang harus diselesaikan pada pagi ini. Kayuhan bersama Anas dan Tuan Haji Azam yang masing-masing juga mempunyai urusan penting yang hendak diselesaikan pada hari ini. Masing-masing ingin awal habis berkayuh.

Laluan seakan dragon back di Puncak Alam melalui Jalan Bukit Beruntung-Rasa memang menjadi pilihan setiap pengayuh basikal disekitar Bukit Beruntung. Walaupun jalan tersebut agak sempit serta berbahaya namun untuk ke Kuala Kubu Bahru, ini merupakan jalan pilihan yang terbaik dan pantas. Jalan yang ber"roller-coaster" sememangnya mejadi pilihan untuk menguji kekuatan mental dan fizikal. Baru-baru ini tular di media sosial, rungutan pemandu kenderaan terutama lori yang mempertikaikan kewajaran pengayuh basikal menggunakan laluan tersebut. Sebenarnya laluan ini telah lama digunakan oeh pengayuh basikal sejak dahulu lagi, disebabkan jumlah pengayuh yang semakin bertambah ketika ini menjadikan laluan ini lebih kerap digunakan oleh pengayuh basikal yang lain. Diharapkan semua pihak dapat bertimbang rasa semasa berada di atas jalan raya dan menjadikan laluan ini dikongsi bersama untuk keselesaan dan keselamatan bersama.


Kayuhan santai jea kali ini dengan jarak kayuhan yang pendek disebabkan ada urusan yang perlu diselesaikan pada sebelah tengahari....

Laluan Bukit Beruntung-Rasa...berkabus di awal pagi...cuaca masih lagi redup tanpa sinaran matahari...


Laluan ber"roller-coaster" di Jalan Bukit Beruntung-Rasa...tidak banyak kenderaan semasa di waktu pagi tetapi agak banyak semasa kayuhan pulang ke Bukit Beruntung...

Follow Tuan Haji Azham hari nie....kayuhan santai jea...

Sampai di persimpangan Sirim-KKB....port lepak sambil berehat di sini...menantikan kalau-kalau ada keretapi yang lalu...tak berpeluang untuk ambil gambar...

Hanya berhenti untuik mengambil gambar...dan memulakan semula kayuhan menuju ke KKB untuk bersarapan pagi...kayuhan ke KKB melalui Jalan Ampang Pecah...laluan ini agak selesa disebabkan terdapat bahu jalan untuk laluan berkayuh dan kenderaan agak kurang tetapi bergerak laju...

Bertiga lagi minggu nie....

Meneruskan kayuhan ke KKB untuk mencari sarapan pagi....

Check-in di gerai bawah pokok KKB....pekena nasi lemak telur mata dulu sebelum balik....

Licin....lapar sangat...

Kayuhan pulang semula ke Bukit Beruntung...cuaca semakin panas ketika ini....

Cukup lah untuk minggu nie....esok nak layan offroad pulak....

Jarak kayuhan sejauh 55km sahaja...next time tambah lagi mileage....kayuh untuk kesihatan...."kitajagakita".....

PRCC berkumpul di Restoran Nasi Kandar Saddam Sungai Buloh....reunion setelah lebih setahun tidak bertemu disebabkan PKP....semoga selepas ini akan berkayuh semula...

Monday, 15 March 2021

PKPB Road Ride @Warung Misteri Tanjung Malim - 14 March 2021

Kayuhan PKPB ke Warung Misteri Tanjung Malim bersama Tn Haji Azham serta Hanazli. Sudah lama  tidak berkayuh di sini semenjak PKP 2.0 yang lalu. Kayuhan dari Bukit Beruntung menuju ke Tanjung Malim dalam cuaca yang mendung di waktu pagi tetapi panas terik semasa pulang semula ke Bukit Beruntung. Kayuhan bermula di Bukit Beruntung-Pulapol Sentosa-Masjid Perodua-Sungai Choh-Serendah-Antara Gapi-Batang Kali-Rasa-KKB-Kerling-Kelumpang-Tanjung Malim dan kembali semula ke Bukit Beruntung melalui Jalan Rasa-Bukit Beruntung.

Walaupun masih belum dibenarkan merentas negeri hanya dapat merentas daerah sahaja, namun kayuhan masih tetap diteruskan seperti biasa. Lagi pun daerah Hulu Selangor mempunyai keluasan lebih kurang sama dengan keluasan negeri Melaka. Maka banyak tempat boleh dilalui hanya memerlukan kekuatan mental dan fizikal sahaja.


Memang dah lama nak berkayuh ke sini...semenjak PKP 2.0 lagi...namun akhirnya berjaya juga sampai di sini...

Bertiga kali ini....berhenti rehat di Petron Jalan Rasa untuk refill air dan pergi ke tandas....cuaca masih belum panas lagi...

Laluan di persimpangan KKB menuju ke Tanjung Malim....kena kejar dengan anjing dekat sini...terperanjat dibuatnya....nasib baik tak jatuh basikal...jerit balik dekat anjing tuu....baru terus dia lari...hempeh betul...

Panjang climbing dekat sini walaupun tak berapa pacak tetapi sayup mata memandang...menuju ke Kerling sebelum sampai ke Kelumpang....

Akhirnya sampai di sempadan Tanjung Malim....tapi belok ke kiri menuju ke warung misteri...kalau terus boleh dapat surat cinta 10K....

Jalan pun lenggang tak banyak kenderaan pagi nie....cuaca pun masih mendung dan redup...kadang-kadang sedikit berangin...memang sesuai untuk berkayuh pada pagi ini...

Lepak dulu...tunggu Azham dan Anas dulu....

Check-in dulu pakai MySejahtera....SOP kena follow..takut melayang 10K nanti...dah ramai orang upload dekat FB yang kawasan Hulu Selangor ini dah ramai kena 10K....agak tegas penguatkuasaan SOP pada kali ini...

Makan kuih jea...tak lalu sangat nak makan yang heavy-heavy....makan nasi kerabu, takut termuntah time climbing dekat jalan berbukit Rasa-Bukit Beruntung...

Time nak balik....Basri join untuk kayuh bersama....Basri u-turn di Selisik bersama dengan geng-geng padu Antara Gapi...time balik join dengan kami pulak....
Time nak gerak dari warung...terserempak dengan Along yang dah lama sangat tak jumpa....Along baru sampai dengan geng-geng dari MK Land....ada yang kayuh pakai folding jea....memang padu....

Kayuhan balik...panas dah mula terasa...bahang semakin membakar....baru rasa erti penyesalan....tapi apa nak buat...kayuh tetap kayuh....kulit berbelang tak mengapa, asalkan puas hati...

Basri dan Tuan Haji Azham....masih lagi boleh tersenyum....

Sampai di Petronas KKB....lepak dulu....refill air dulu....sambil melepak...tunggu redup dulu...tapi tak redup-redup pun...

Pekena ais cream durian....memang padu time cuaca panas-panas nie....

Sampai Bukit Beruntung..pekena air nenas pulak....tengahari panas terik ini..kalau dapat air sejuk memang terasa nikmatnya....sungguh menyegarkan...

Jadik lah dapat 100km....dah lama tak kayuh jauh macam nie....lepas ini nak buat endurance pulak....

Route : RV Pulapol Sentosa-Perodua-Sungai Choh-Serendah-Antara Gapi-Batang Kali-KKB-Kerling-Kelumpang-Tanjung Malim...balik lalu Rasa pulak menuju ke Bukit Beruntung semula....