Saturday, 20 March 2021

PKPB Road Ride @BB-KKB - 20 March 2021

Kayuhan road dari Bukit Beruntung ke Kuala Kubu Bahru melalui jalan "dragon back" Bukit Beruntung-Rasa. Kayuhan di awal pagi dengan jarak pendek sahaja disebabkan terdapat urusan penting yang harus diselesaikan pada pagi ini. Kayuhan bersama Anas dan Tuan Haji Azam yang masing-masing juga mempunyai urusan penting yang hendak diselesaikan pada hari ini. Masing-masing ingin awal habis berkayuh.

Laluan seakan dragon back di Puncak Alam melalui Jalan Bukit Beruntung-Rasa memang menjadi pilihan setiap pengayuh basikal disekitar Bukit Beruntung. Walaupun jalan tersebut agak sempit serta berbahaya namun untuk ke Kuala Kubu Bahru, ini merupakan jalan pilihan yang terbaik dan pantas. Jalan yang ber"roller-coaster" sememangnya mejadi pilihan untuk menguji kekuatan mental dan fizikal. Baru-baru ini tular di media sosial, rungutan pemandu kenderaan terutama lori yang mempertikaikan kewajaran pengayuh basikal menggunakan laluan tersebut. Sebenarnya laluan ini telah lama digunakan oeh pengayuh basikal sejak dahulu lagi, disebabkan jumlah pengayuh yang semakin bertambah ketika ini menjadikan laluan ini lebih kerap digunakan oleh pengayuh basikal yang lain. Diharapkan semua pihak dapat bertimbang rasa semasa berada di atas jalan raya dan menjadikan laluan ini dikongsi bersama untuk keselesaan dan keselamatan bersama.


Kayuhan santai jea kali ini dengan jarak kayuhan yang pendek disebabkan ada urusan yang perlu diselesaikan pada sebelah tengahari....

Laluan Bukit Beruntung-Rasa...berkabus di awal pagi...cuaca masih lagi redup tanpa sinaran matahari...


Laluan ber"roller-coaster" di Jalan Bukit Beruntung-Rasa...tidak banyak kenderaan semasa di waktu pagi tetapi agak banyak semasa kayuhan pulang ke Bukit Beruntung...

Follow Tuan Haji Azham hari nie....kayuhan santai jea...

Sampai di persimpangan Sirim-KKB....port lepak sambil berehat di sini...menantikan kalau-kalau ada keretapi yang lalu...tak berpeluang untuk ambil gambar...

Hanya berhenti untuik mengambil gambar...dan memulakan semula kayuhan menuju ke KKB untuk bersarapan pagi...kayuhan ke KKB melalui Jalan Ampang Pecah...laluan ini agak selesa disebabkan terdapat bahu jalan untuk laluan berkayuh dan kenderaan agak kurang tetapi bergerak laju...

Bertiga lagi minggu nie....

Meneruskan kayuhan ke KKB untuk mencari sarapan pagi....

Check-in di gerai bawah pokok KKB....pekena nasi lemak telur mata dulu sebelum balik....

Licin....lapar sangat...

Kayuhan pulang semula ke Bukit Beruntung...cuaca semakin panas ketika ini....

Cukup lah untuk minggu nie....esok nak layan offroad pulak....

Jarak kayuhan sejauh 55km sahaja...next time tambah lagi mileage....kayuh untuk kesihatan...."kitajagakita".....

PRCC berkumpul di Restoran Nasi Kandar Saddam Sungai Buloh....reunion setelah lebih setahun tidak bertemu disebabkan PKP....semoga selepas ini akan berkayuh semula...

No comments:

Post a Comment