Monday, 20 January 2014

Jiwa Basikal Fun Ride 2014 - 19 January 2014

Jiwa Basikal Fun Ride 2014 telah berlangsung diperkarangan kedai Jiwa Basikal di kawasan perniagaan Bukit Beruntung. Seramai lebih kurang 200 penyertaan dengan kayuhan sejauh 17km sahaja. Walaupun pun jarak kayuhan pendek namun terdapat banyak pendakian dikawasan berbukit.

Acara ini telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan. Terima kasih kepada para peserta yang telah menjayakan acara kali ini. Semoga pada masa akan datang dapat mengadakan event yang lebih besar dengan penglibatan dari semua kelab berbasikal di kawasan Bukit Beruntung.

Terima kasih kepada Jiwa Basikal dan Sungai Buaya Cycling Club (SBCC) serta Prima Riders (PRCC)... semoga akan ada lagi kerjasama seperti ini pada masa akan datang.....


Bergambar dulu di starting line....jadi sweeper kali ini...

Bersama Aniq...peserta pertama sampai di garisan penamat....selamat berkayuh dengan Team Giant selepas ini...



Briefing tentang laluan trek oleh Azam...

VVIP....



Flag Off oleh YB Kamalanathan...

Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi...






Panglima Prima Hill....

Antara rider yang awal sampai digarisan penamat...



Downhill Bukit Pencawang.... 


Tokey Verve.....

Cikgu Nasir...KSCC



Nuar...marshall paling last keluar dari trek....

Saturday, 18 January 2014

Marking Trek Jiwa Basikal Fun Ride - 18 January 2014

Marking trail bagi trek Jiwa Basikal Fun Ride telah dilakukan oleh seramai lebih kurang 25 orang marshall yang akan bertugas pada hari kejadian. Tanda arah dan tanda amaran telah dipasang pada setiap laluan bagi memudahkan para peserta untuk menghabiskan kayuhan nanti.

Diharapkan tiada para peserta yang akan tersesat dan berjaya menghabiskan kayuhan pada kali ini. Selamat Berkayuh di Prima Hill.......


Kedai Jiwa Basikal Bukit Beruntung....

Briefing mengenai laluan trek oleh Saudara Azam....


Marshall bermoto....naik motor untuk hari ini jea...esok kena kayuh basikal....


Zone Pertama......Bukit 3 Tingkat....

Kawasan Downhill Bukit 3 Tingkat.....

Berhati-hati dilaluan ini....

Climbing Bukit Fed-Up.....jangan fed-up sudah laa....

Jangan kayuh seperti siput.....terjelir lidah siput tuu....

Puncak Bukit Fed-Up....

Downhill menuju Kampung Orang Asli.....

Awas....Bahaya...

Climbing lagi....Bukit Roundabout....

Puncak paling tinggi Prima Hill......

Bukit Pencawang.....Bard & Basri teruja....


Layan perasaan.....

Downhill Bukit Pencawang....

Berhati-hati kawasan ini....laluan dilereng bukit...

Woow....

Chicken Loop....kepada mereka yang dah tak larat nak kayuh....

Selesai sudah kerja-kerja marking trail....tamat pada pukul 4 petang...
Balik rehat dulu....esok pasti lagi meletihkan....

Friday, 17 January 2014

Trek Jiwa Basikal Fun Ride - 17 January 2014

Sempena cuti Public Holiday Thaipusam, kerja-kerja pembersihan serta baik pulih trek telah dijalankan bagi mengurangkan risiko bahaya kepada para peserta semasa di dalam trek nanti. Terdapat 2 tempat bahaya yang telah dikenalpasti iaitu kawasan downhill di Bukit 3 Tingkat serta downhill menuju Perkampungan Orang Asli Bukit Manchung.

Diharapkan para peserta lebih berhati-hati semasa kayuhan nanti bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Jiwa Basikal Fun Ride 19012014.....

Kerja pembersihan serta baik pulih di downhill menuju kampung Orang Asli...


Lopak laluan air dikambus bagi mengurangkan risiko bahaya.....

Azam bersemangat.....

Tanah runtuh....akibat hakisan air...

Tape Merah dipasangkan.....menandakan kawasan bahaya....


Pandu uji.....Syeikh Jiwa Basikal....

Laluan LULUS.......

Laluan dibaik pulih di kawasan downhill Bukit 3 Tingkat.....


Bertungkus-lumus....

Pandu uji lagi...

LULUS Bersyarat..... berhati-hati...tapi tak confident boleh turun tolak basikal.... 

Syok.....

Downhill Bukit Pencawang......