Perkhemahan bersama keluarga yang pertama kalinya di Wadi Sungai Inki, Kelumpang Selangor. Persiapan selama setahun dilakukan dengan pembelian barang-barang perkhemahan serta kelengkapan bagi memastikan keselesaan serta kepuasan semasa berkhemah. Lokasi perkhemahan kali ini dipilih disebabakan jarak yang tidak jauh daripada rumah. Untuk permulaan biarlah yang dekat-dekat jea.
Wadi Sungai Inki Campsite merupakan campsite yang baru dibuka pada October tahun lepas. Kawasan ini merupakan kebun durian dan terdapat aliran sungai di tengah-tangahnya menjadikan kawasan ini sesuai untuk berkelah atau berkhemah. Layanan yang baik daripada pemilik campsite memang terbaik disepanjang berkhemah disini. Landskap yang cantik serta terjaga dengan baik.
Wadi Sungai Inki Campsite Kelumpang, Selangor
(019-7089860)
Pemandangan dari atas puncak bukit...parking kenderaan diatas sebelum menuruni laluan berbukit untuk sampai ke tapak perkhemahan...
Laluan menurun untuk ke tapak perkhemahan....tapi naik kena climbing balik sememangnya satu cabaran terutama semasa membawa segala peralatan perkhemahan...namun kereta sorong disediakan oleh pihak campsite...boleh jea tolak pakai kereta sorong jea....tak susah sangat tapi berpeluh laaa...
Setup khemah terlebih dahulu....takut hari nak hujan pulak....nanti basah kuyup pulak...semasa sampai, kami merupakan orang yang terakhir sampai berkhemah untuk hujung minggu ini...yang lain dah lama sampai dan khemah telah siap terpacak...ada lebih kurang 6 buah khemah yang telah siap berkhemah sejak semalam...kami hanya 1 malam sahaja...
Nasib baik dah pernah pasang khemah ini sebelum ini....mudah lah sikit...kalau tidak terkiai-kiai dibuatnya....anak-anak serta wife membantu memasang segala peralatan perkhemahan...setup tak sampai sejam dah siap semuanya...
Tempat memasak...setup meja masak dulu serta fly sheet...tengahari ini tak masak pun...beli jea sebab nak fokus pasang khemah tak sempat nak masak,...hanya masak untuk minum petang sahaja...
Lepas dah siap pasang khemah....apa lagi...mandi sungai laaa...sungai memang betul-betul berada depan khemah...boleh terus terjun jea...air sejuk dan bersih...air sungai tak berapa dalam...memang sesuai untuk kanak-kanak mandi...pelampung juga boleh disewa di sini dengan bayaran RM10...
Layan anak-anak mandi....dah macam bapak budak dah...
Happy tengok anak-anak mandi....bukan selalu dapat mandi sungai...lagi pun airnya jernih dan sejuk walaupun masa tengahari....memang syoook...
Waktu malam....setup lampu sekeliling khemah...baru nampak ceria....lampu solar pun ada dipasang disekitar tapak perkhemahan....jadi tak berapa gelap untuk pergi ke tandas serta ke sungai...tandas disediakan berhampiran dengan khemah...ada tempat mandi serta sinki lagi untuk membasuh pinggan mangkuk....tandas bersih dan terjaga...
Suasana yang mendamaikan di waktu malam....terasa tenang dengan deruan air sungai....cantik suasana malam di sini...dihiasi dengan lampu solar di laluan jambatan untuk menyeberangi ke sini....kalau nak mandi sungai waktu malam pun boleh jugak...kawasan sungai terang dilimpahi dengan sinaran lampu solar...
Tidur berbumbungkan langit malam nie...langit cerah dan banyak kilauan bintang pada malam ini...nasib baik disepanjang berkhemah di sini, tidak hujan walaupun tengok ramalan cuaca yang hujan turun disebelah petang sehinggalah ke tengah malam....memang awesome sangat cuaca kali ini....berkhemah dalam suasana hujan memang cabaran yang besar...pastinya cuaca sungguh sejuk diwaktu malam...
Bakar satey jea malam nie...tak makan nasi pun...buat BBQ jea....mudah dan pantas....maklum lah badan dah letih dan terpikir nak tidur jea...
Makan malam simple jea....
Sarapan pagi pun masak simple-simple jea.... goreng nugget, hot dog dan telur hancur sambil makan nasi lemak....
Mudah dan pantas....masa yang selebihnya digunkana untuk mandi manda di dalam sungai dan berkemas-kemas untuk balik....hendak bergerak balik sebelum Zohor sebab tengok langit macam dah gelap jea...mengemas khemah di dalam hujan memang memeritkan...sebab khemah akan perlu dijemur lagi nanti...kalau boleh dah balik rumah dah nak relex-relax jea....
Perkhemahan bersama keluarga yang pertama serta berjaya...dapat jugak wife serta anak-anak merasa tidur di dalam khemah dalam kesejukan malam...next location selepas hari raya pula....lokasi masih belum diputuskan lagi....mungkin nak cari kawasan sejuk atas puncak gunung pulak...