Monday, 30 May 2016

Lexicon Cyberjaya Duathlon 2016 - 29 May 2016

Lexicon Cyberjaya Duathlon 2016 merupakan acara duathlon yang mensyaratkan peserta hanya boleh menggunakan basikal mtb sahaja untuk bike course. Ini kerana laluan yang disediakan berbentuk offroad dan tidak sesuai untuk road bike pada kebiasaannya. Format acara kali ini adalah First Leg Run sejauh 2.5km, Bike Course sejauh 30km dan Second Leg Run sejauh 10km. Penyertaan event kali ini tidaklah begitu ramai, hanya 330 penyertaan sahaja.

Namun event yang nampaknya menarik diawal pendaftaran tidak berpanjangan sehingga keakhirnya. Pelbagai kesilapan teknikal telah berlaku disepanjang acara ini dijalankan sehingga menjadikan kemarahan daripada para peserta. Akhirnya, pemenang ditentukan dengan hanya mengambil keputusan masa daripada second run sahaja. Masa untuk first run dan bike course telah dibatalkan. Antara kelemahan nyata yang dapat dilihat adalah seperti kurangnya jumlah marshal yang menjaga laluan terutama di laluan offroad bike course. Ramai peserta telah tersesat atau tersalah jalan akibat tanda arah yang kurang terutama dipersimpangan jalan.

Timing chip sensor yang hanya ada di starting dan finishing line telah memburukkan lagi keadaan, di mana peserta yang tidak menghabiskan course masih lagi boleh digelar sebagai pemenang. Transition area juga tidak dikawal selia oleh marshall, dimana peserta bebas keluar masuk mengambil basikal tanpa kawalan dan pemantauan. Tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai event duathlon paling "worst" pernah disertai.


Event duathlon yang keempat disertai pada tahun ini dan lain daripada duathlon sebelum ini....bike course menggunakan basikal mtb di laluan offroad....

Transition area di kawasan basement parking kereta.... 

Bike Check In pada pukul 6 pagi.....

Acara bertempat di Burger King Prima Avenue Cyberjaya..... 

Peserta berkumpul di starting line seawal jam 6 pagi....

Larian sejauh 2.5km bermula pada pukul 7 pagi.... 

Bike Course...30km offroad...trail memang layan walaupun berlumpur....berjaya menghabiskannya walaupun ramai yang tersesat dan terus ke transition area....

Second Leg Run sejauh 10km....cuaca dah panas terik....lari solo jea....

U-Turn...lagi 2km lagi nak sampai garisan penamat....huhuhu..letihnya...

Water Station last.....selepas buat pusingan u turn....tak ada timing chip sensor pun dekat sini...kalau tahu short cut jea.....hahaha.. pelik laahh, first time event duathlon timing chip sensor hanya ada di starting dan finishing line jea...macam mana nak confirmkan yang tiada peserta yang short cut ataupun chicken loop....

Mental dah down time nie.....dah tak larat....jalan jea laaa..... 


 Alhamdullilah....sampai akhirnya....

Bergambar dulu sebelum balik....cuaca pun dah panas terik...tak tunggu pun untuk lucky draw....

Koleksi medal duathlon yang seterusnya untuk tahun ini...

 
Laluan sepanjang duathlon...running & cycling.... 

Tuesday, 24 May 2016

Kerian International Duathlon 2016 - 22 May 2016

Kerian International Duathlon 2016 merupakan penganjuran buat kali kedua setelah berjaya dengan penganjuran yang pertama pada bulan December yang lalu. Bermula di Stadium Mini Bagan Serai, Perak dan penyertaan seramai lebih kurang 650 orang namun yang menyertainya hanya seramai 510 orang. Walaupun penganjuran tidak semeriah dan sehebat jika dibandingkan dengan event duathlon yang lain, namun cukup sempurna dan segala keperluan disediakan dengan teratur dan sempurna dari segi kawalan keselamatan di jalanraya serta perjalanan acara.

Duathlon kali ini berformatkan, First Run sejauh 5km, Bicycle Course sejauh 40km dan seterusnya Second Run sejauh 10km. First Run dan Second Run mengunakan laluan yang sama dan hanya dipanjangkan sedikit pada Second Run manakala Bike Course merupakan laluan berpatah balik setelah sampai di Bukit Merah.


Acara duathlon yang ketiga untuk tahun ini.....

Bersama Iskandar walaupun sebenarnya bertiga bersama Basri....namun disebabkan kecederaan di buku lali kaki semasa training di KDCF, Basri terpaksa melupakan acara duathlon yang sepatutnya menjadi duathlon yang pertama untuknya...

Ceria sebelum memulakan larian....

Suasana pagi masih gelap lagi...ramai peserta mula berkumpul di Mini Stadium Bagan Serai...acara dimulakan pada pukul 7 pagi...

Bike Course....berpatah balik setelah membuat pusing u di Bukit Merah....

Kayuhan sejauh 40km....

Second Run Leg....menuju ke garisan penamat....

Lagi 500m untuk finishing...

Iskandar terbawa spare tube & pump....terpaksa dibawa sepanjang larian...

Sepanjang larian dan kayuhan bersama-sama....finishing line pun bersama-sama...

Alhamdullilah....berjaya menghabiskannya....



Medal kenangan untuk tahun ini.....2 koleksi medal pembuka botol untuk tahun ini setelah Deuter International Trail Run....

Pentas utama...astaka Stadium Mini Bagan Serai....


Mengambil semula basikal dan bergegas pulang...

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang serta lucky draw....

Semua peserta telah sampai di garisan penamat.....

Sasaran penganjur untuk tahun hadapan...penyertaan mencecah seramai 1000 orang....

Kayuhan sejauh 40km selama 1jam 18minit.....laluan landai danberbukit di sekitar kawasan Bukit Merah....

Larian Second Run....agak teruk pace kali ini....data untuk First Run hilang-terlupa nak save....

Sunday, 22 May 2016

Kayuhan Amal Hospital Sungai Buloh 2016 - 21 May 2016

Kayuhan Amal Hospital Sungai Buloh adalah bagi mendapatkan dana untuk membeli kerusi roda dan stretcher bagi kegunaan Hospital Sungai Buloh. Acara ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Dan Kakitangan Hospital Sungai Buloh dengan kerjasama dari Kuala Selangor Cycling Club (KSCC), Sungai Buloh Old Town (SBOT) dan ICC. Rakan-rakan dari Prima Rider hanya terlibat dalam membantu dari segi marshall di laluan trek dan bantuan teknikal sahaja.

Oleh itu, kesempatan di ambil untuk menjadi jurugambar sahaja bagi merakam detik-detik peserta di sepanjang acara ini berlangsung. Tidak dapat menunggu sehingga acara ini selesai kerana terpaksa bergegas ke Kerian bagi acara Kerian International Duathlon pada keesokkan harinya.

Gambar-gambar peserta boleh dilihat di Facebook Kayuhan Amal Hospital Sungai Buloh

Marshall bergambar dulu sebelum bergerak masuk ke dalam trail.....

Berkumpul di gerai makan berhadapan dengan masjid....


Marshall bergerak masuk ke dalam trail...layan climbing dulu...


Sempat bergambar lagi di puncak bukit.....

Bergambar dengan adik-adik marshall di water station....



Stand-by di dalam trail....

Shot di kawasan downhill switchback S...antara kawasan yang memerlukan skill dan keberanian...

Laluan ini memang layan...namun disebabkan hujan yang lebat dihari sebelumnya, trail ini memjadi licin serta sukar bagi peserta melepasinya....

Peserta pertama yang sampai....Don Mutaro...hebat brother nie..melipat "S" di laluan ini dengan selambanya....

Peserta cilik kedua yang sampai....beza masa antara peserta pertama lebih kurang 12-15 minit..

Aksi rider di dalam trail...Hamdi senyum jea layan switchback....


Brother otai....drop selamba jea...memang hebat...

Terlebih aksi....Azrul tersembam di laluan switchback....semua ok...memang legend...

Fuuuh....boleh senyum lagi.... 


Fat bike di dalam trail....

Selesai....semua peserta telah melepasi laluan trail....

Bergambar dulu sebelum bergerak keluar dari trail....banyak nyamuk..habis semua badan kena gigit...berbintat-bintat...