Kayuhan kali ini melalui 5 daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Pendang, Kuala Muda, Pokok Sena dan Yan sejauh 160km. Kayuhan berbentuk landai di permulaan dan diakhir kayuhan tetapi di dalam suasana angin yang bertiup kencang. Cuaca agak panas ketika ini dengan suasana sawah padi yang baru habis dituai dan keadaan tanah yang kering akibat kekurangan hujan ketika ini. Boleh dikatakan disepanjang laluan, keadaan angin yang bertiup kencang banyak mempengaruhi kekuatan mental dan fizikal peserta.
Kali pertama berkayuh Century Ride dengan tersalah jalan pada KM12 dan terpaksa berpatah balik... menyebabkan "front rider" berdesup-desup mengejar semula peloton dihadapan....
Suasana pagi di Muzium Padi, Alor Setar....
Bersiap sedia mengharungi kepanasan mentari serta tiupan angin kencang.....
Bersama Fairuz kali ini.....
Aksi disepanjang kayuhan...
Berjaya menamatkan kayuhan walaupun masa kayuhan kurang memuaskan....
Medal sebagai kenangan.....berwarna gelap seperti tahu akan derita panas yang dilalui...