Thursday, 31 January 2013

Hot Ride LTDL Putrajaya 2013 - 27 January 2013

Hot Ride LTDL Putrajaya sempena pelancaran Le Tour de Langkawi pada tahun ini telah diadakan di hadapan Palace of Justice, Putrajaya. Jika tahun lepas acara ini dikenali sebagai Yellow Ride tetapi pada tahun ini telah ditukar nama kepada Hot Ride. Seramai lebih kurang 600 penyertaan serta di bahagikan kepada 3 kategori iaitu roadbike sejauh 60km, mountain bike sejauh 20km sertai kayuhan santai sejauh 12km. Acara kali ini memang meriah dengan penyertaan Terengganu Cycling Team (TSG) sebagai pembakaran semanggat untuk rider-rider yang lain. 


Maskot Le Tour de Langkawi (LTDL).......



Suasana pagi di Putrajaya........

Kediaman rasmi Perdana Menteri.....

Istana Kehakiman....

Marshall....

Peserta di garisan permulaan....





Kayuhan bermula pada pukul 8 pagi...didahului oleh peserta roadbike, kemudiannya mountain bike dan seterusnya kayuhan santai... 



Santai.....






Menuju finishing line...




Peserta road bike....500m menuju garisan penamat....

Top speed.....semua pengayuh memecut menuju penamat....


Tuesday, 29 January 2013

Kayuhan Silaturrahim : Bkt.Beruntung~Sg.Sendat - 26 January 2013

Kayuhan Silaturrahim telah dianjurkan oleh BB Seven Cycling Team bertempat di Kedai Jiwa Basikal, di kawasan Perniagaan Adenium, Bukit Beruntung. Acara ini adalah untuk meraikan rakan-rakan "touring bike" yang akan berkayuh dari Bukit Beruntung ke Sungai Sendat, Ulu Yam serta bermalam di sana. Seramai lebih kurang 80 peserta menyertai acara kali ini dan dilepaskan "flag off" oleh YB Kamalanathan, Adun Hulu Selangor.

Kayuhan sejauh lebih kurang 40 kilometer ini telah dibantu oleh Polis DiRaja Malaysia serta Pertahanan Awam.



Bergambar sebelum memulakan kayuhan....

Kedai Jiwa Basikal di kawasan perniagaan Adenium, Bukit Beruntung....

Tokey Kedai Jiwa Basikal.....


Basikal Touring sedia beraksi....banyak barang-barang keperluan yang dibawa....


Pihak TV3 dijemput untuk membuat liputan....

BB Se7en Cycling Club....


Senaman sebelum memulakan kayuhan....


YB Kamalanathan melakukan "flag off" untuk peserta....

Kayuhan bermula pada pukul 9.20 pagi....





Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menghabiskan kayuhan...




Tuesday, 22 January 2013

Endurance Ride : Sg.Buaya - Behrang - 19 January 2013

Minggu ini kayuhan jarak jauh bersama dengan Sungai Buaya Cycling Club (SBCC) bagi persediaan untuk acara Jelajah 5 Daerah (J5D) yang akan diadakan pada bulan hadapan. Seramai 6 orang pengayuh menyahut cabaran kali ini dengan kayuhan bermula dari Sungai Buaya-Sungai Choh-Serendah-Antara Gapi-Batang Kali-Kuala Kubu Baru-Kelumpang-Tanjung Malim-Behrang. Jarak keseluruhan sejauh 140 kilometer.


Bersama-sama dengan rakan dari SBCC.....

Sungai Choh....

Shell persimpangan Kuala Kubu Baru....

Menuju Kelumpang....

Memasuki daerah Tanjung Malim....


UPSI....

Menuju Tol Plus Behrang...dan berpatah balik...


Banyak lagi persediaan serta latihan yang perlu dilakukan sebelum acara Jelajah 5 Daerah pada bulan hadapan....