Monday, 27 May 2013

Plentong Epic Ride 2013 - 26 May 2013

Plentong Epic Ride 2013 penganjuran kali ke-4 oleh Cyclemotion dan merupakan penyertaan kali ketiga setelah berehat selama setahun pada 2012. Makin hebat serta mencabar trek pada kali ini walaupun terdapat laluan yang sama tetapi keseronokan tetap terasa. Tak perlu diulas tentang trek yang disediakan memang cukup mencabar serta memenatkan. Laluan singletrek memang terbaik...puas melayan singletrek yang disediakan.... memang cukup berbaloi dengan keadaan trek yang kurang berlumpur serta licin disebabkan bukan diadakan pada bulan November seperti tahun sebelumnya.

Walaupun hujan turun dengan lebatnya diakhir kayuhan namun sedikit pun tidak mematahkan semangat untuk berkayuh sehingga ke garisan penamat. Trek Plentong merupakan antara trek yang terbaik yang terdapat di Malaysia.....bersabar menanti Plentong Epic Ride 2014 pada tahun hadapan....


Plate Number yang menarik...masih mengekalkan size yang kecil...

Berdebar di garisan permulaan....

Bersama Fairuz....seperti tahun sebelumnya...

Front rider....ramai warganegara luar dari Singapore yang terdiri dari pelbagai negara...

Briefing dari Saudara Ayup....


Seramai lebih kurang 800 penyertaan pada kali ini...


Pelbagai negara menyertai epic kali ini....

Kayuhan bermula pada pukul 8.20 pagi...

Bukit yang pertama didaki...dulu bukit ini merupakan bukit check point yang terakhir sebelum menuju garisan penamat....berkayuh melawan arah pada kali ini...

Pendakian yang tak sudah-sudah telah bermula...

Climbing lagi....

Antara laluan yang menarik...pokok berkanopi....dulu merupakan check point keempat...

Pendakian di ladang sawit...

Pendakian di menara pencawang....

Climbing lagi...

Check Point 1....sampai pada pukul 9.45am....baru 17km...dulu kawasan ini merupakan tempat menunggu kepada rider-rider yang chicken loop....

Pendakian di menara pencawang sekali lagi.... kali ini lebih tinggi lagi....adduuhhh..letihnya...

Sampai di puncak pencawang.....

Ingatkan dah sampai puncak...dah tak ada climbing...rupanya kat depan sayup jea bukit....

Layan downhill dulu... lepas ini nak kena climbing lagi....

Alamak....kawasan berlumpur pulak...habis kasut tenggelam...

Dah tak larat...tolak jea laa.... sayup jea tengok bukit kat belakang tuu....

Sampai di Check Point 2 pada pukul 11.30am....

Kawasan terbuka....panas betul time nie....

Check Point 3...sampai pukul 12.40pm....

Refill air dulu.... cuaca panas...

Laluan anak sungai seperti tahun sebelumnya....cuaca sudah mula berubah...mendung nak hujan.....

Sampai di garisan penamat dalam keadaan hujan lebat pada pukul 1.33pm....

Acara lucky draw dalam keadaan hujan lebat...

Acara diadakan di gelanggang basketball Kampung Plentong Baru...

Hadiah kenangan dari Plentong Epic Ride...

Puncak paling tinggi...400ft

Jarak keseluruhan lebih kurang 50 kilometer...

Thursday, 23 May 2013

Plentong Epic Ride muncul kembali.......

Plentong Epic Ride 2013 muncul kembali setelah berehat selama setahun (2012) dan kini pasti lebih mengujakan serta mendebarkan. Penyertaan kali ini dihadkan kepada 800 orang sahaja atas faktor keselamatan serta keadaan trek semasa kayuhan.

Pasti kali ini lebih mencabar serta memenatkan berbanding tahun sebelumnya. Jumpa di sana pada hujung minggu ini...







Monday, 20 May 2013

Sutama Cyclo MTB Jamboree 2013 - 19 May 2013

Minggu ini berjamboree lagi... kali ini di Sutama Cyclo MTB Jamboree 2013 yang telah berlangsung di Saujana Utama, Sungai Buloh. Acara telah dianjurkan oleh Sutama Cyclo dengan penyertaan lebih kurang 1200 penyertaan. Walaupun tarikh acara telah ditunda disebabkan oleh Pilihanraya Umum pada 5 May yang lalu tetapi penyertaan tetap memberangsangkan serta meriah.

Trek yang dihidangkan memang menarik serta mencabar mental dan fizikal. Pendakian ke puncak bukit seperti Bukit Sayur,Bukit Babi, Bukit Penat, Bukit Lereng serta Bukit Kapal Terbang memang cukup menguji keupayaan peserta. Laluan downhill yang mencabar keberanian serta kemahiran telah berjaya memberikan kepuasan kepada pengayuh walaupun ramai juga yang kecundang semasa menuruninya.

Secara keseluruhannya, jamboree kali ini berjaya memberikan kepuasan kepada peserta dengan persediaan yang mencukupi dari pihak penganjur dari segi penyediaan trek, water station, marshall di setiap lokasi, hidangan makanan tengahari yang berpatutan, keselesaan tempat acara serta susun atur acara yang sempurna. Tahniah kepada Sutama Cyclo.....


Distance : 29.0 Kilometers
Moving Time : 2 hours 25 minutes
Stopped Time : 16 minutes 47 seconds
Max Speed : 50.1 km/hour
Avg Speed : 12.0 km/hour


Lucky number.....

Prima Riders berkumpul semula di Sutama....

Di starting point....

Azam bersama geng PKNS.....

Mie Cha...wajah penuh debaran...

Kayuhan bermula pada pukul 8.20 pagi...


Laluan road sejauh 2km sebelum memasuki laluan offroad...


Menuju Bukit Sayur.....memang "sayur" lah climbing dia....

Sayup jea puncak Bukit Sayur...

Woow.... ramai yang menolak kat Bukit Sayur....

Climbing kat Bukit Babi pulak....

Azam & Nuar....

 
Tak pasti kat bukit nie banyak babi atau tidak.... atau ramai yang menyumpah cakap "babi"...dan sebab tu dipanggil Bukit Babi....tapi memang panjang climbing kat bukit nie...

Sesak... ramai rider menolak dari mengayuh...

Memasuki Zone 2.... kawasan sawit Elmina...pendakian di Bukit Penat pulak....memang penat pun...

Bergambar di Bukit Penat sambil menghilangkan penat...

Puncak Bukit Penat.... memang penat pun climbing kat bukit nie...

Menuju pulang....laluan road menuju garisan penamat...

Sampai di finishing line...


Puncak paling tinggi di Bukit Sayur...430ft...

Jarak keseluruhan...29 kilometers...