Kayuhan PKNS Nature Ride anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS) di kawasan perumahan Azhara Antara Gapi. Kayuhan ini bertujuan
untuk mempromosikan kawasan perumahan Azhara dan seterusnya perumahan di
sekitar Antara Gapi. Kayuhan yang disertai lebih kurang 180 orang peserta yang
terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Kayuhan santai di sekitar perumahan
Antara Gapi. Kayuhan sejauh lebih kurang 8km dan bermula pada pukul 8.40 pagi.
Kayuhan bersama wife kali ini kerana sudah lama tak merasai suasana berjambori.
Setakat hari ini selepas MCO dan aktiviti rekreasi telah
dibenarkan, masih belum lagi menyertai mana-mana event berbasikal mahu pun
berlari. Hanya pada bulan November nanti akan berlari di Standard Chartered KL
Marathon, itu pun register pada tahun 2020 dan event ditunda sehingga ke tahun
ini. Masih lagi belum membuat persediaan untuk berlari jarak jauh. Badan
semakin kembang akibat MCO.
Kayuhan pagi ini disertai oleh pelbagai jenis basikal
terutama mountain bike, road bike dan juga folding bike. Ramai yang membawa
family sambil berkayuh. Puncak tertinggi yang didaki terletak di kawasan bukit
tangki air. Laluan ini merupakan laluan semasa Kayuhan Antara Gapi pada tahun
2009. Banyak kenangan di Antara Gapi di awal penglibatan dalam dunia
berbasikal. Tapi banyak juga kawasan hutan serta belukar yang telah dibersihkan
untuk pembangunan.
Bergambar di atas puncak paling tinggi di Antara Gapi....berkumpul beramai-ramai sambil melayan pemandangan di sini....
Starting point di Taman Perumahan Azhara Antara Gapi...kayuhan bermula pada pukul 8.40 pagi...dah lama tak merasa berkayuh beramai-ramai semenjak MCO...sekarang dah malas nak masuk event...lebih layan kayuh sendiri-sendiri atau dekat-dekat rumah jea...
Ramai yang berkayuh bersama family masing-masing...kayuhan santai bersama keluarga jea....
Kayuhan menuju ke simpang menghala Ulu Yam...tetapi tak sampai sana pun...buat pusingan u-turn...15 tahun dulu,laluan ini tiada...terdapat kolam pancing di sini dan tanah masih lagi ladang kelapa sawit...
Kayuh santai-santai jea...janji happy....
Climibing sikit dekat depan tuu...sebelum masuk ke taman perumahan yang baru...serta melalui Taman Tasik Antara Gapi....
Mendaki ke puncak tangki air.....ramai yang menolak basikal di sini...ada yang tak larat nak berkayuh....
Basikal yang pertama di beli masih lagi di sini....sekarang turun dengan wife dan anak pulak guna...first time beli dulu dekat Kedai Samy Batu Caves....masa itu kedai Samy masih lagi kedai papan tepi sungai sebelum pindah ke bangunan baru...rasanya dah 10 tahun tak pergi kedai Samy..
Bergambar dulu sebelum turun...layan downhill lepas ini...
Naik folding bike jea.....dah lama tersimpan....tak guna-guna...sesekali kena pakai jugak...
Laju jea turun...dulu masa Kayuhan PKNS Antara Gapi....jadi cameraman....duduk dekat cerun ini sambil ambil gambar peserta jamboree...dah lama sangat dah zaman tuu...tapi koleksi gambar masih simpan lagi...
Kejap jea dah sampai bawah...tadi kayuh naik macam nak putus nyawa....
Sampai semula di taman perumahan Azhara....pengacara masjis pada pagi nie...Azli Senario...
Sampai-sampai terus menuju ke food truck....makan memang mewah...ambil sahaja apa yang nak...ada 4 bijik food truck yang menyediakan makanan seperti air manggo blended, kebab, nasi ayam kunyit, mocha serta latte blended serta apam balik...puas betul makan...PKNS kalau buat event...bab makanan memang terbaik...
Dulu masa Bernam Jaya MTB Jamboree pun sama jugak....makanan mewah, makan sampai puas....siap pengacara masjid, Zainal Abidin Headwind lagi....Azlynn Hi Hi Bye Bye time nie memang pengayuh tegar MTB....sampai pergi Thompson Trail Cameron Highland pun dia ada...
Food truck...minuman...ada ice blended bermacam-macam....minta jea...tak payah bayar...nak beratur banyak kali pun tak apa...selagi belum habis...bedal jea...
Food truck...kebab....boleh tahan juga rasa kebab dia...mantap..
Layan makan sampai tersandar....
Acara lucky draw bermula....ada hadiah basikal..tapi macam biasa tak lucky....hanya lucky dapat botol air jea....jadilahhh...
Tak tunggu sampai acara habis...kena balik awal...tak sempat jumpa dengan pasukan bola Selangor...sebab dia orang masih lagi on the way nak sampai ke sini...gerak dulu...
Ramai jumpa geng-geng lama basikal dekat sini terutama rakan-rakan dari PKNS...geng yang jumpa time first time kayuhan ke Thompson Trail pun ada....dah lama sangat tak berjumpa....
Kalau ada event lagi...pasti akan datang untuk support kawan-kawan....terima kasih PKNS...
Mileage tak penting..yang penting dapat jumpa dengan kawan-kawan lama...ramai yang masih lagi aktif berbasikal...dan ramai juga dah beralih kepada sukan lain...yang penting tetap kekal sihat...
Kayuh basikal dah sudah....hiking bila lagi nie....dah lama sangat tak bau hutan nie...