Sunday, 28 October 2018

Putrajaya Night Marathon 2018 - 27 October 2018

Putrajaya Night Marathon 2018 merupakan penyertaan kali ke-3 semenjak tahun 2016. Kali ini masih mengekalkan penyertaan dalam kategori Half Marathon. Seramai 18,000 peserta menyertai acara larian pada malam ini dengan kategori FM, HM, 10km dan 5km. Tapak event masih lagi sama iaitu di Dataran Putrajaya berhadapan dengan Palace of Justice. Flag off HM pada pukul 8.35 malam manakala FM pada pukul 8.15 malam.

Di awal permulaan cuaca nampak seperti ada tanda-tanda hujan lebat akan turun. Hujan renyai-renyai semasa menunggu flag off HM seperti menandakan hujan lebat akan mulai turun. Flag off bermula dengan hujan mulai turun. Larian tetap diteruskan walaupun hujan mulai turun. Briefing bersama safety director sebelum flag off ada memberitahu bahawa jika terdapat panahan petir semasa acara berlangsung maka acara larian akan dibatalkan.

Seawal 2km selepas larian, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Sukar untuk melihat semasa berlari  disebabkan hujan yang terlalu lebat. Kilat mula sabung menyanbung di langit. Keadaan semakin berbahaya disebabkan dentuman guruh yang tidak putus-putus. Terkenang semasa berlari di Puma Night Run 2015 di Setia Alam dahulu, pun berlari di dalam hujan yang lebat berserta dengan kilat yang menyambar sehingga acara larian terpaksa dibatalkan pada KM5 atas faktor keselamatan. Nasib yang sama juga menimpa pada kali ini, apabila organizer telah membatalkan larian semasa jarak 11Km dengan keadaan hujan telah mula berhenti dan kilat serta petir sudah tiada.

Keputusan membatalkan larian pada malam ini merupakan pilihan yang terbaik walaupun sukar oleh pihak penganjur, namun setelah hujan mulai berhenti dan tiada lagi kilat yang sabung menyabung merupakan pertanyaan yang agak memushkilkan. Kenapa tidak diberhentikan dengan lebih awal iaitu semasa hujan tengah lebat turun atau arahan pembatalan tidak sampai ke pengetahuan marshal yang berada di laluan. Namun apa-apa pun semuanya ada hikmah disebaliknya. Syukur lebih penting daripada menyalahkan mana-mana pihak.


Penyertaan kali ke-3 di acara ini ... dan masih mengekalkan kategori HM....walaupun hanya jarak larian 14km sahaja...

Solo jea kali ini....peserta telah mula memenuhi Dataran Putrajaya...

Pentas utama di hadapan Palace Of Justice Putrajaya....


Warm-up dulu....tapi dah nampak cuaca macam nak hujan jea....


Terjumpa Zurry semasa di starting line....

Semasa KM4....disapa dari belakang oleh Azman....sempat lagi dia keluarkan hp untuk bergambar walaupun hujan lebat tengah turun.... terbaik Man....ada bukti kita lari dalam hujan malam nie...

Semasa di KM5 pun disapa oleh Rahmat P2....dan akhirnya bertemu semula di finishing line...

Ala-ala gigit medal HM walaupun mileage tak sampai pun....jadi lahh...asalkan dapat sampai FL... 

Medal kenangan bermandikan hujan.....bukan senang nak dapat pengalaman seperti nie....

Posing lagi....sebelum balik...

Syukur selamat sampai tanpa sebarang kemalangan yang tidak diinginkan....tahun depan kita repeat balik....kita habiskan apa yang tak habis pada tahun ini....
In Sya Allah... akan kembali di PNM 2019... kepada mereka yang marah-marah sangat dalam FB, muhasabah lah dengan diri sendiri....jangan dikesalkan dengan apa yang telah terjadi, semuanya ada hikmahnya... kita hanya merancang namun perancangan Allah lebih sempurna....

Sunday, 21 October 2018

Burung Hantu Nite Ride 2018 (45Km) - 20 October 2018

Shimano Burung Hantu Nite Ride 2018 kembali semula tetapi kali ini di Rumah Melaka Bukit Katil setelah sekian lama di Dataran Air Keroh. Penyertaan mencecah seramai lebih kurang 2000 orang peserta. Antara kayuhan malam paling ditunggu oleh setiap pengayuh tegar mtb setiap tahun. Walaupun tahun ini, penyertaan dari rakan-rakan PRCC agak berkurangan disebabkan ramai yang tidak dapat menyertainya atas faktor peribadi. Kurang kemeriahan di homestay. Jika tidak, riuh-rendah dengan gelagat masing-masing.

Secara keseluruhannya, trail kali ini berbentuk fast rolling, walaupun setahun tidak beroffroad, alhamdullilah semuanya selamat sampai tanpa sebarang kecederaan. Persiapan di dalam trail memang terbaik. Tanda arah serta lampu LED memang sentiasa memberikan arahan laluan kepada setiap peserta. Water station yang meriah dengan makanan serta minuman serta gelagat marshal di check point sedikit sebanyak mengurangkan rasa keletihan setelah penat mengharungi kegelapan malam.


Penyertaan kali ke-8 semenjak tahun 2009....sukar untuk melepaskan peluang berkayuh di Burung Hantu....terpaksa melepaskan penyertaan di Janda Baik Ultra semata-mata untuk event ini...

Setelah setahun tidak berkayuh...rasa nervous pulak malam nie....

Rakan PRCC yang menyertai.....Babat,Iskandar, Basri dan Hamdi sahaja...yang lain tidak berkesempatan...

Fuuhhh.....mengeletar kaki....



Gelagat Iskandar dan Basri sebelum memulakan kayuhan..... cara untuk menghilangkan stress...

Pentas utama....

Peserta seramai 2000 orang menbanjiri di garisan permulaan....

Tempat agak terhad jika dibandingkan di Dataran Ayer Keroh....

Ada jugak gambar semasa awal kayuhan.....laluan tarmac sejauh lebih kurang 8km sebelum memasuki laluan offroad...

Basri....


Iskandar...

Hamdi....champ Audax nie...

Sepanjang kayuhan...berkayuh bersama Iskandar....terbaik bro....walaupun kita dah lama tak beroffroad... tiada gambar di dalam trek...maklumlah malam...tak nampak sangat...gelap...

Acara lucky draw bermula pada pukul 1.30 pagi...

Ramai peserta sudah sampai di garisan penamat....

Terdapat beberapa food truck yang menyediakan makanan...pilih yang mana suka...

Makan spaghetti jea malam nie.... 




Menunggu acara lucky draw....macam biasa, tiada siapa yang lucky malam nie....

Acara tamat pada pukul 3 pagi....

Peserta mula beredar dengan pelbagai kenangan pada malam nie....kenangan yang sukar dicari dan hanya yang berani sahaja menyahut cabarannya....

Crew marshal....you'r the best.. semua memang terbaik....event yang terbaik setiap kali diadakan....cukup tidak mengecewakan....

Bersurai....tahun depan atau dua tahun lagi...kita berjumpa kembali....

Sebelum balik bergambar dengan Antony...guide kami semasa berkayuh di Surabaya Bromo dua tahun lalu.... 

Seorang yang suka merendahkan diri walaupun penuh ilmu berbasikal.... skill kayuhan downhill yang mantap.... 

Alhamdullilah....berjaya tahun ini...

Medal yang bermakna pada tahun ini...kerana merupakan medal mtb yang pertama untuk tahun ini...

Walaupun timing masa yang agak perlahan...namum tetap dapat melakukannya di bawah 4 jam....

Laluan sejauh 45km yang terbaik.....terdapat pendakian dan singletrail yang mantap...terutama semasa berkayuh di celah-celah pokok getah dan akar berselirat di permukaan laluan...

Tengahari sebelum event...semasa mengambil goodies bag...

Goodies bag terbaik daripada Shimano....lain daripada yang lain...

Booth sponsor.... pelbagai barangan yang ditawarkan...



Bergambar dulu bersama Antony sebelum balik ke homestay dan bersedia untuk event malam nie...

Jumpa lagi di event Burung Hantu yang akan datang....kepada yang berjaya menghabiskan kayuhan diucapkan tahniah....dan kepada mereka yang tidak berjaya, cuba lagi pada masa akan datang....
 Sekian....