Saturday, 6 October 2018

IIUM Trail Run 2018 - 6 October 2018

IIUM Trail Run 2018 dianjurkan oleh Sport Secretariat Kulliyah of Economics & Managements Sciences IIUM Gombak. Bermula di perkarangan Stadium Saidina Hamzah IIUM Gombak, perlepasan bagi semua kategori pada pukul 7.45 pagi walaupun terlewat 15 minit seperti yang dirancangkan. Penyertaan lebih kurang 1000 orang dan terdiri daripada pelajar-pelajar IIUM sendiri. Kebetulan sahaja menyertainya disebabkan sudah lama tidak beroffroad dan lagi pun tidak jauh dari rumah family. Penyertaan di Teluk Cempedak tempoh hari terpaksa menarik diri di saat akhir akibat cirit-birit pada malam sebelum larian.

Trail di kawasan berhampiran dengan IIUM tidak asing lagi disebabkan pernah menyertai beberapa jamboree sebelum ini dan sememangnya kawasan sekitarnya adalah berbukit-bukau dan sememangnya agak meletihkan.


Larian trail yang seterusnya pada tahun ini setelah PKNS Trail Run pada bulan July lalu....

Pagi event baru nak ambil goodies bag....tak sempat nak ambil pada hari sebelumya....

Stadium Saidina Hamzah IIUM....ramai student-student IIUM berjogging di sini...ada juga persatuan beruniform yang melakukan latihan di sini...

Cuaca mendung dan matahari masih lagi belum bersinar...

Sudah berubah kawasan ini....20 tahun dulu kawasan ini adalah merupakan medan gerai makan untuk student....namun sudah berubah menjadi court tennis 

Kawasan ini merupakan tempat mencari rezeki suatu masa dulu terutama semasa cuti semesta...membantu gerai makanan sambil berniaga....kenangan terindah di sini...

Sesi warm-up sebelum bermula larian....


Flag off serentak untuk semua kategori...namun terlewat 15 minit disebabkan masalah teknikal...

Laluan berbukit-bukau...memang banyak pendakian tetapi laluan yang disediakan memang terbaik dan mantap...

Berlari di sekitar kebun buah dan hutan...memang menarik tetapi letih sebab berbukit...


Banyak pendakian....namun hanya ini sahaja yang sempat diambil disebabkan letih nak mendaki....tak larat nak ambil handphone....

Ada jugak gambar time berlari....TQ photographer ...

Akhirnya sampai juga ke finishing line....alhamdullilah....

Solo jea.....lepas lari terus balik...tak tunggu lama...

Ramai peserta sudah sampai di finishing line....tahniah semua...

Laluan trail sejauh 10km jea....tapi laluan yang mantap ini boleh dipanjangkan lagi pada event yang akan datang...

Pendakian yang mantap tapi meletihkan....in sya Allah....next year akan join lagi...

No comments:

Post a Comment