Monday, 12 June 2017

Ramadhan Nite Hike : Puncak 3 Puteri - 11 June 2017

Hiking di waktu malam di dalam hutan merupakan aktiviti yang jarang dilakukan oleh geng Prima Riders. Namun atas desakan ingin merasainya, kami sepakat untuk mendaki Pucak 3 Puteri di Kota Damansara Community Forest (KDCF). Berkumpul di Restoran Subaidah pada pukul 11 malam dan memulakan pendakian dengan pada pukul 11.30 malam.

Pendakian di dalam kegelapan malam di celah-celah pokok di dalam hutan dengan sekali-sekali terdengar bunyi ungas hutan serta cengkerik dan sayup-sayup kedengaran bunyi burung hantu memecah kesunyian di waktu malam semasa kami sedang mendaki. Walaupun sinaran rembulan penuh menyinari pada malam ini, namun laluan trek tetap gelap disebabkan rimbunan hutan yang agak tebal dan kami hanya dapat menikmati sinaran bulan semasa sampai di atas puncak.


 Mendaki di waktu malam merupakan pengalaman yang menyeronokan sambil menghayati alam semulajadi terutama di malam Ramadhan...

Berjalan kaki dari Restoran Subaidah menuju ke KDCF....parking kereta di sana disebabkan suasana gelap di kawasan sekitar KDCF....

Sahabat Trail....laluan gelap dan sunyi...

Temuan Trail....

Bergambar dalam kegelapan malam....


Take Five dulu sambil bergambar...

 
Menyusuri kegelapan malam di celah-celah pokok....sekali sekala kedengaran sayup-sayup bunyi burung hantu.... 

Bergambar dulu pada salah satu pokok paling besar di sini...

Pendakian bermula....



Menuruni anak tangga kayu sebelum sampai ke puncak...

Bantu membantu sesama rakan-rakan....



Sampai di atas puncak....

Layan pemandangan sambil melihat kenderaan yang lalu-lalang di Highway PLUS... 

Sampai di puncak pada pukul 1.20 pagi dan turun pada pukul 3 pagi...

Layan pemandangan sambil makan bekalan makanan yang dibawa....

Puas hati apabila berjaya sampai di puncak sambil menghayati keindahan di waktu malam....melepak di atas puncak bersama geng Kota Damansara serta beberapa pendaki yang lain....




Bersahur dulu sebelum balik....

Friday, 9 June 2017

Ramadhan Nite Ride : Loop BB-Sg.Choh - 9 June 2017

Setelah sekian lama tidak berkayuh terutama nite ride, kali ini berkayuh bersama dengan geng JiwaBasikal menyusuri kegelapan malam di loop Bukit Beruntung-Sg.Choh. Seramai 8 orang menyertai kayuhan pada malam ini dan bermula di Restoran Taqwa Adenium Bukit Beruntung. Kayuhan bermula pada pukul 11.20 malam dengan melalui BB-Rasa-Batang Kali-Serendah-Sg.Choh-Bukit Beruntung sejauh lebih kurang 50km sahaja.

Pendakian di laluan berbukit menuju ke Rasa dengan keadaan jalan yang samar-samar dan kadang-kadang terang disirami dengan lampu jalan. Jalan agak lenggang dan tidak banyak kenderaan yang melalui laluan ini disebabkan sunyi dan kiri kanan hanyalah hutan serta semak samun. Kayuhan non-stop sehingga ke Serendah dan hanya berkumpul sekejap semasa berada di Rasa sebelum simpang ke Batang Kali.



Berhenti di persimpangan Rasa menuju ke Batang Kali....seorang rider tersesat sehingga ke jalan Sirim Rasa...terpaksa menunggu sehingga tiba....lepak rehat dulu... 


Bergambar dulu....sekarang baru pukul 12 tengah malam...


Pak Syeikh JiwaBasikal...selamat sampai...tak rancang pun, malam ini pakai jersey yang sama iaitu Shimano Lekas Highway....

Pit Stop....Caltex dan 7-Eleven satu tempat....lepak rehat dulu sebelum meneruskan kayuhan... 


Masih ramai lagi pemandu yang ingin mengisi minyak di waktu pagi...walaupun pun dah pukul 1 pagi tetapi masih ramai penggunjung....

Kayuhan menuju ke Serendah....



Persimpangan traffic light Perodua.... 

Kayuhan dalam kegelapan pagi....dari simpang Sungai Buaya ke Bukit Sentosa....

Laluan gelap tanpa lampu jalan....

Kayuhan hanya sejauh 48km sahaja....ini merupakan latihan persediaan untuk kayuhan Audax200 selepas raya nanti...

Loop BB-Sg.Choh....masa kayuhan lebih kurang 2 jam....

Climbing paling teruk di laluan Bukit Beruntung menuju ke Rasa....banyak pendakian seperti roller-coaster...