Sunday, 30 July 2017

IJM Duo Highway Challenge Besraya (13Km) - 30 July 2017

Belum pernah lagi rasanya menyertai event berlari di lebuhraya, ini merupakan kali pertama menyertainya di Highway Besraya. Event yang telah dianjurkan oleh IJM dan Allianz telah menarik penyertaan seramai lebih kurang 10 ribu peserta. Larian telah bermula di Plaza Tol Loke Yew dan terdapat 2 kategori yang disediakan iaitu 7km dan 13km. Larian telah bermula pada pukul 6.30 pagi dan penutupan lebuhraya telah bermula pada pukul 2 pagi sehingga 11 pagi.

Terdapat larian lebuhraya yang kedua yang akan berlangsung pada bulan September nanti di North Pantai Expressway (NPE). Penyertaan combo akan memiliki medal yang boleh dicantumkan dan jumlah yuran pendaftaran kurang berbanding jika pendaftaran secara berasingan.


Larian di lebuhraya yang pertama kali disertai....menarik dengan penutupan sepenuhnya highway dari sebarang kenderaan bermotor...

Bersedia di lorong smart tag....lebih pantas dan mudah....

Peserta telah mula berkumpul seawal jam 5pagi...suasana meriah walaupun agak lewat sampai di garisan permulaan...


Rasanya jarang sekali menggunakan laluan higway di sini....tidak selalu menggunakan highway Besraya ini terutama di Plaza Tol Loke Yew....

Semua sudah bersedia dan peserta dilepaskan pada pukul 6.30 pagi....di awal larian, laluan agak sesak dengan peserta kerana laluan 2 lorong dipenuhi dengan peserta...

Tiada gambar semasa berlari...fokus dengan larian....

Selamat sampai di garisan finishing....

Bersama ex-schoolmate...Redzuan...

Ramai peserta telah tiba.....ada juga yang tidak menunggu lama dan terus balik... 

Terpaksa balik awal kerana urusan family...lagi pun cuaca nampak sudah gelap, tanda hari hendak hujan....

Sekalung medal untuk kenangan....menanti larian NPE pulak pada bulan September nanti....baru boleh cantumkan medal... 

Ini sahaja yang mampu....alhamdullilah...

Larian sejauh 13km sahaja....nanti NPE...HM pulak...

Friday, 28 July 2017

Hiking Gunung Datuk Ghombau N9 - 23 July 2017

Setelah penat berlari di Maeps Serdang pada malam sebelumnya, pagi ini mendaki Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan pulak. Perancangan untuk mendaki di sini telah lama tertangguh tetapi kali ini dapat direalisasikan dengan penyertaan seramai 8 orang pendaki. Kami mula bermula pada apukul 4.30 pagi di Restauran Subaidah Kota Damansara dan mula bergerak pada pukul 5.20 pagi. Berhenti untuk solat subuh di Hentian Rehat & Rawat Dengkil sebelum memulakan semula perjalanan. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 1jam 45minit.

Setelah sampai di daerah Rembau, kami bersarapan pagi dahulu sebelum memulakan pendakian. Kawasan parking kenderaan di kawasan kaki Gunung Datuk agak terhad dan ramai pendaki pada pagi ini yang menyebabkan kami terpaksa meletakkan kenderaan di tepi bahu jalan di kawasan semak. Pendakian sejauh 2km dengan jumlah masa lebih kurang 2 jam dengan pendakian pacak disepanjang laluan. Walaupun laluan tidak berapa sukar namun laluan trek yang mendaki menyebabkan keletihan.


Bergambar di atas puncak Gunung Datuk....pemandangan sekitar yang menarik, namum cuaca agak berkabus dan sukar melihat pemandangan di Selat Melaka....

Parking kenderaan yang agak terhad sukar untuk menampung jumlah penggunjung yang datang....

Mercu tanda Hutan Lipur Gunung Datuk....

Bergambar dulu sebelum memulakan pendakian...

Start mendaki lebih kurang pukul 9.20 pagi...suasana dingin dan nyaman...

Pendakian pun bermula....melalui kawasan berkelah di kaki gunung....

Kaunter pendaftaran sebelum mendaki...bayaran sebanyak RM5 dikenakan setiap seorang dan nama serta nombor HP dicatitkan jika berlaku sebarang kecemasan...

Jarak dari sini sehingga ke puncak hanya 2km sahaja...tapi azabnya lebih teruk dari HM (21km)....jarak pendek tapi penuh dengan pendakian yang memenatkan...

Awal-awal dah mendaki.....boleh tahan pacak dekat kawasan ini...

Sesetengah laluan disediakan tali untuk berpaut semasa mendaki disebabkan laluan yang curam berbatu serta licin...

Fuuhhh.....tak habis lagi mendaki....mendaki dicelah-celah batu perlu lebih berhati-hati disebabkan keadaan batu yang agak licin serta berlumut...

Jarak baru 500m tapi peluh sudah mula mencurah-curah.....basah lencun...

Lepak rehat dulu....jauh lagi perjalanan untuk sampai ke puncak...

Guide berpengalaman....Joe dan Nuar....ilmu hutan penuh didada...sudah banyak gunung yang berjaya ditawan...setakat Gunung Datuk ini celah tapak kaki jea....

Woow...lagi 50m nak sampai ke puncak....

Akhirnya sampai jua di puncak Gunung Datuk....ketinggian 855m dari aras laut....


Ramai pendaki sudah berada di atas puncak....

Menunggu giliran untuk naik ke puncak paling tinggi di atas bongkah batu besar dengan menggunakan tangga aluminiun yang disediakan....mengeletar kaki dibuatnya....gayat namun nak jugak naik ke atas...


Bergambar kenangan dulu....bukan selalu dapat datang ke sini...

Kawasan ini sesuai untuk tapak perkhemahan kepada pendaki yang ingin bermalam di atas puncak....

Gayat tengok...tapi hati nak naik jugak....

Bila berada di atas batu terasa lega...tapi terpikir juga time nak turun nanti.....nak tercabut rasanya jantung....

Mitos mengatakan bahawa ini adalah bekas tapak kaki Hang Tuah yang berada di atas puncak....namun kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana Hang Tuah berada di Melaka bukan di Negeri Sembilan.... 

Layan pemandangan...sayup kejauhan...tenang mata memandang...

Riang ria di atas puncak..tapi hati bergetar.....


Masa nak turun...lutut mengigil-gigil....seram....

Fuuhhh...tinggi nie...



Akhirnya...selamat turun....allamdullilah....syukur....


Bergambar sakan dulu sebelum turun....

Sunday, 23 July 2017

Men's Health Women's Health Night Run 2017 - 22 July 2017

Penyertaan untuk kali kedua di Men's Health Women's Health Night Run setelah menyertainya pada tahun lepas. Namun kali ini, venue yang sepatutnya sama seperti tahun lepas iaitu di Dataran Putrajaya berhadapan dengan Palace of Justice telah ditukarkan ke Malaysia Argo Exposition Park Serdang (MAEPS). Pertukaran tempat ini adalah bagi memberikan laluan kepada pihak Felda menyambut ulang tahunnya yang ke-60 di Putrajaya.

Semestinya, route kali ini berbeza dan tak pernah dilalui. Pertama kali berlari di sini agak kekok dan sukar untuk mendapatkan rentak larian. Namun dapat menghabiskannya sudah cukup berpuas hati.


Penyertaan kali kedua pada tahun ini....
Jika tahun lepas hanya 10km...namun kali ini mencuba HM pula...

Ramai peserta pada kali ini.....hampir kesemua parking di sekitar Maeps penuh dengan kenderaan....pelbagai acara telah bermula seawal jam 6 petang...

Flag Off pada pukul 8 malam...jumlah peserta hampir mencecah 10k....ini belum dikira lagi dengan kategori yang lain....

Solo runner pada malam ini....family pun tak ikut...hanya berjumpa dengan Tn Haji Umar ARB semasa berlari....

Sampai finishing line...macam biasa..tiada gambar semasa larian hanya mengharapkan gambar daripada photographer professional sahaja...

Lepas lari...terus balik awal..tak tunggu untuk acara lain...esok pagi ada event lain... 


Alhamdullilah....ini sahaja yang termampu....lain kali boleh cuba lagi...

Laluan loop di sekitar Maeps Serdang....mental jugak nak menghabiskannya disebabkan laluan berbentuk rooler coaster dan banyak pendakian....

Official route... sama tak berubah....memang mental...huhuhu...