Setelah penat berlari di
Maeps Serdang pada malam sebelumnya, pagi ini mendaki
Gunung Datuk di
Rembau Negeri Sembilan pulak. Perancangan untuk mendaki di sini telah lama tertangguh tetapi kali ini dapat direalisasikan dengan penyertaan seramai 8 orang pendaki. Kami mula bermula pada apukul 4.30 pagi di
Restauran Subaidah Kota Damansara dan mula bergerak pada pukul 5.20 pagi. Berhenti untuk solat subuh di
Hentian Rehat & Rawat Dengkil sebelum memulakan semula perjalanan. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 1jam 45minit.
Setelah sampai di daerah Rembau, kami bersarapan pagi dahulu sebelum memulakan pendakian. Kawasan parking kenderaan di kawasan kaki
Gunung Datuk agak terhad dan ramai pendaki pada pagi ini yang menyebabkan kami terpaksa meletakkan kenderaan di tepi bahu jalan di kawasan semak. Pendakian sejauh 2km dengan jumlah masa lebih kurang 2 jam dengan pendakian pacak disepanjang laluan. Walaupun laluan tidak berapa sukar namun laluan trek yang mendaki menyebabkan keletihan.
Bergambar di atas puncak Gunung Datuk....pemandangan sekitar yang menarik, namum cuaca agak berkabus dan sukar melihat pemandangan di Selat Melaka....
Parking kenderaan yang agak terhad sukar untuk menampung jumlah penggunjung yang datang....
Mercu tanda Hutan Lipur Gunung Datuk....
Bergambar dulu sebelum memulakan pendakian...
Start mendaki lebih kurang pukul 9.20 pagi...suasana dingin dan nyaman...
Pendakian pun bermula....melalui kawasan berkelah di kaki gunung....
Kaunter pendaftaran sebelum mendaki...bayaran sebanyak RM5 dikenakan setiap seorang dan nama serta nombor HP dicatitkan jika berlaku sebarang kecemasan...
Jarak dari sini sehingga ke puncak hanya 2km sahaja...tapi azabnya lebih teruk dari HM (21km)....jarak pendek tapi penuh dengan pendakian yang memenatkan...
Awal-awal dah mendaki.....boleh tahan pacak dekat kawasan ini...
Sesetengah laluan disediakan tali untuk berpaut semasa mendaki disebabkan laluan yang curam berbatu serta licin...
Fuuhhh.....tak habis lagi mendaki....mendaki dicelah-celah batu perlu lebih berhati-hati disebabkan keadaan batu yang agak licin serta berlumut...
Jarak baru 500m tapi peluh sudah mula mencurah-curah.....basah lencun...
Lepak rehat dulu....jauh lagi perjalanan untuk sampai ke puncak...
Guide berpengalaman....Joe dan Nuar....ilmu hutan penuh didada...sudah banyak gunung yang berjaya ditawan...setakat Gunung Datuk ini celah tapak kaki jea....
Woow...lagi 50m nak sampai ke puncak....
Akhirnya sampai jua di puncak Gunung Datuk....ketinggian 855m dari aras laut....
Ramai pendaki sudah berada di atas puncak....
Menunggu giliran untuk naik ke puncak paling tinggi di atas bongkah batu besar dengan menggunakan tangga aluminiun yang disediakan....mengeletar kaki dibuatnya....gayat namun nak jugak naik ke atas...
Bergambar kenangan dulu....bukan selalu dapat datang ke sini...
Kawasan ini sesuai untuk tapak perkhemahan kepada pendaki yang ingin bermalam di atas puncak....
Gayat tengok...tapi hati nak naik jugak....
Bila berada di atas batu terasa lega...tapi terpikir juga time nak turun nanti.....nak tercabut rasanya jantung....
Mitos mengatakan bahawa ini adalah bekas tapak kaki Hang Tuah yang berada di atas puncak....namun kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana Hang Tuah berada di Melaka bukan di Negeri Sembilan....
Layan pemandangan...sayup kejauhan...tenang mata memandang...
Riang ria di atas puncak..tapi hati bergetar.....
Masa nak turun...lutut mengigil-gigil....seram....
Fuuhhh...tinggi nie...
Akhirnya...selamat turun....allamdullilah....syukur....
Bergambar sakan dulu sebelum turun....