Tuesday, 16 January 2018

Angin sejuk di puncak Bukit Kutu - 14 January 2018

Perubahan cuaca ketika ini dengan penurunan suhu di kawasan semenanjung disebabkan oleh tiupan angin sejuk dari utara ke selatan menyebabkan suhu menjadi dingin dan cuaca menjadi mendung. Peningkatan hujan yang turun menyebabkan laluan trek menjadi basah serta lecah. Pendakian kali ini dalam cuaca hujan yang sentiasa turun dan menyebabkan persedian mental dan fizikal bagi menghadapi sebarang situasi. Persiapan serta bekalan keperluan di bawa dengan secukupnya bagi menghadapi sebarang kesukaran semasa mendaki, namun segalanya berjalan dengan lancar apabila cuaca baik serta cerah semasa mendaki walaupun dalam keadaan angin sejuk.

Pendakian bermula pada jam 9.30 pagi dengan seramai 6 orang pendaki. Parking kereta di kawasan Perkampungan Orang Asli Pertak dengan bayaran RM1 untuk setiap orang. Ramai pengunjung pada kali ini dengan keadaan parking kenderaan yang penuh.


Sampai di puncak Bukit Kutu pada pukul 12.45 tengahari dalam suasana berangin serta sejuk...

Pendakian kali kedua ke Bukit Kutu...namun kali ini hanya berenam sahaja....ramai yang kesibukan dengan urusan lain...

Jambatan besi usang masih dalam keadaan sama seperti dulu...tiada perubahan...agak sukar untuk meyeberangi sungai jika hujan turun dengan lebat disebabkan oleh peningkatan paras air serta arus sungai  yang deras....situasi ini yang kami bimbangkan jika mendaki di sini jika berlaku hujan yang lebat...khuatir jika laluan ini tidak dapat dilalui...

Merentas sungai yang kedua....walaupun cetek namun sejuk....

Pemandangan semasa mendaki....jiwa terasa tenang...

Nuar....guide untuk pendakian kali ini...pengalaman hutan penuh di dada....

Pendakian bermula....sehingga lah ke Batu Tedung.....

Berehat sebentar....ambil nafas dulu.... kawasan menuju ke Batu Tedung memang pacak...

Lega....

Sampai di kawasan Batu Tedung...berehat dulu sambil berteduh...

Kawasan ini seperti seakan-akan kepala ular tedung jika dilihat dari tepi...

Pendakian dari Batu Tedung ke puncak Bukit Kutu mengambil masa selama lebih kurang 45 minit...

Pemandangan dari atas puncak Bukit Kutu.... struktur tinggalan cerobong asap di atas puncak...

Cerobong asap bagi memanaskan rumah semasa sejuk....reka bentuk seperti rumah Inggeris zaman penjajahan....

Ketinggian mencecah 1053m dari aras laut.....semasa di puncak angin bertiup kencang serta dingin....kesejukan terasa....

Pendakian ke atas batu besar di atas puncak...melihat pemandangan di sekitar....cuaca cerah pada petang ini...

Empangan Kuala Kubu Baru.... sayup mata memandang...

Tiang bendera....dulu ada Jalur Gemilang....sekarang dah hilang...mungkin koyak ditiup angin...

Bergambar dulu sebelum turun....


Terselit di celah batu....

Melihat tinggalan rumah banglow British di atas puncak Bukit Kutu....

Kadang-kadang seram jugak time berada di sini....maklumlah rumah peninggalan, mesti banyak sejarah disebaliknya....

Struktur tangga yang masih jelas kelihatan....


Bergambar dulu....sebagai kenangan...



Tinggalan bangkai tulang kepala lembu atau pun kerbau....tak pasti atas tujuan apa...mungkin aktiviti khurafat dilakukan di sini....

Bergerak turun pada pukul 2.45 petang....cuaca cerah...

On the way turun....alhamdullilah....cuaca cantik pada pendakian kali ini....sepanjang perjalanan cuaca mendung sejuk serta berangin....

Akhirnya sampai di parking kereta pada pukul 6 petang....alhamdullilah segala perancangan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini....

Monday, 1 January 2018

KL International New Year Run 2018 - 1 January 2018

Larian pembuka tirai pada tahun ini di KL International New Year Run yang berlangsung di Dataran Merdeka. Jika tahun sebelum ini tiada kategori HM, namun pada tahun ini kategori ini dipertandingkan dengan penyertaan peserta HM mencecah seramai lebih kurang 8 ribu peserta. Larian HM bermula pada pukul 5 pagi manakala 10Km dan 5Km pada pukul 7.15 pagi serta 7.30 pagi.

Hujan yang turun pada tengah malam tahun baru menyebabkan permukaan jalan yang basah serta bertakung dengan air. Nasib baik hujan sudah berhenti sepenuhnya pada waktu pagi dan keadaan mendung sehingga tamat larian. Namun masih ramai lagi warga kota yang masih belum pulang dari berpesta tahun baru terutama di Jalan Bukit Bintang dan sekitarnya walaupun hari semakin cerah dan suboh pun sudah masuk waktu.



Larian pembuka tirai tahun 2018....

Suasana pagi yang hening di tengah ibu kota di pagi tahun baru....

Peserta sudah mula berkumpul di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad...

Suasana sejuk di pagi hari disebabkan hujan yang turun pada tengah malamnya...jalan raya basah serta licin...

Sambutan tahun baru di tengah malam...manakala acara larian tahun baru di awal pagi....


Flag off pada pukul 5.25 pagi...lewat selama 25 minit tanpa diketahui apa puncanya...mungkin masih menunggu VVIP yang masih belum kunjung tiba...akhirnya peserta dilepaskan jua... ramai peserta yang mula menjerit serta melaungkan bantahan disebabkan kelewatan yang tidak sepatutnya...

Hari masih gelap lagi...namun suasana masih hevoc di kelab-kelab malam di sekitar KLCC...

Menuju ke KLCC....

Bangunan KLCC....

Memasuki KM16 di Jalan Kuching setelah melalui Bukit Tunku serta PWTC...

Ada baki 5Km lagi....cuaca masih lagi mendung...

Menuju ke roundabout di hadapan Stesen Keretapi Kuala Lumpur sebelum berpatah balik ke Dataran Merdeka....

Baki 1Km lagi....

Pecutan yang terakhir sebelum menuju ke garisan penamat...

Sampai di garisan penamat......alhamdullilah....selamat sampai tanpa sebarang kecederaan....

Koleksi medal yang pertama untuk tahun 2018....


Beratur untuk mangambil minuman serta makanan dan juga finisher tee...

Ramai peserta sudah mula sampai...

Tidak menunggu lama dan terus balik ke hotel untuk bersarapan pagi...


Peserta menuju ke garisan penamat....

Peserta 10Km...mengelilingi Pertama Complex dan juga Sogo...


Permulaan tahun baru..in sya allah diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus bersukan demi menjaga kesihatan diri..maklumlah umur dah 4 series kena sentiasa berjaga-jaga...